Durian Merah, Plum & Kiwi Smoothie

4:21 PTG

Salam petang Jumaat. Pernah makan durian merah? Pernah nampak durian merah? Pernah dengar nama durian merah? Kalau belum pernah makan durian merah, Amie beritahu rasanya sangat lemak tapi tidak lembik dan semanis seperti durian yang biasa kita makan. Baunya lebih enak dan tidak sekuat  bau durian  biasa! Kalau belum pernah nampak, Amie sertakan sekali gambarnya di bawah, termasuk gambar isi, dan kulitnya sekali. Kalau belum pernah dengar, memang ada durian isinya berwarna merah yang dipanggil durian merah. Harganya? Kalau di Lahad Datu harganya jauh lebih mahal dari harga durian kawin atau durian biasa!Biasanya durian merah dimakan bersama nasi, dan insya-Allah ada kesempatan nanti Amie cuba kongsikan bersama. Petang ini Amie sempat campurkan sedikit durian merah bersama buah plum dan kiwi untuk dijadikan smoothie. Jangan fikirkan apa rasanya sebab kalau sudah dicampur menjadi smoothie, hasil kombinasi buah-buahan bersama susu segar dan yogurt asli serta sedikit gula memang sedap!


Inilah rupa isi durian merah. Cantikkan warnanya! Ada yang suka dan ada yang tidak suka durian merah, dan samalah juga dengan durian yang biasa kita makan tu sampai ada yang hantu durian! 

Resepi: Durian Merah, Plum & Kiwi Smoothie
Sumber: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
3 biji buah plum - buang biji dan potong-potong
2 biji buah kiwi - kupas, buang biji dan potong-potong
1/2 cawan isi durian merah
1 sudu jus limau nipis
150ml susu segar
100ml yogurt asli
2 sudu besar gula

Cara:
1. Sejukbekukan buah plum, kiwi dan durian merah selama 4-5 jam.
2. Masukkan buah plum,kiwi, durian merah, jus limau nipis, susu segar, yogurt dan gula ke dalam pengisar.
3. Kisar kesemua bahan sehingga halus.
4. Tuang ke dalam gelas dan sedia untuk dinikmati.


Seperti yang Amie janjikan dalam n3  yang lepas, Amie akan kongsikan gambar buah bambangan. Buah warna coklat di atas yang bertenggek atas rambutan kuning itulah buah bambangan. Buah bambangan mempunyai bau yang agak kuat dan rasanya sedikit masam serta bersabut seperti buah bacang. Kulitnya agak keras dan tebal. Biasanya buah bambangan dijadikan jeruk dan dimakan bersama nasi. Amie selalu buat sambal belacan bambangan!


Jom cuba smoothie gandingan buah angeleno plum dari US, buah kiwi dari New Zealand dan buah durian merah dari Negeri di Bawah Bayu.



16 comments

  1. baru mkn durian ni kat kg suami mgu lps! sedap sgt..jrg jumpe durian ni kat semenanjung..

    BalasPadam
  2. Nurha,
    di sini pun jarang ada, itulah agaknya harganya berganda-ganda dari harga durian biasa!

    BalasPadam
  3. salam kak amie ..selamat petang .. baru nak jalan2 p dapo .. dah la line slow adeh ... x pernah nengok durian merah .. ni kali pertama tengok .. apasal blh merah isi durian tu ... pokoknya sama ka .. kalo jual kat sini tentu mahal ..

    BalasPadam
  4. " merah lak isi durian tu..tak penah tgk pun sblm ni..jakun pulak..."

    BalasPadam
  5. Assalam kak,sy 1st time tgk doyan isi kale merah nih time g sabah masa mula kawin kak,punyalah jakun,duk igt sedap n manis cam doyan biasa,rupanya tawar heber,adeiii,last2 mkn sikit,pastu buang jer kak..Akak mmg RATU SMOOTHIE kak,xda org yg lagi layak berbanding akak..

    BalasPadam
  6. belum pernah makan kak durian merah,tapi seperti nya pernah lihat,kalo ngga salah buah nya kecil yah dari buah durian biasa.. atau sama kah dengan durian setan..tau tau juga..hehe

    BalasPadam
  7. Cantik warna durian tu Amie, payah nak dapat ni. Sedapnya smoothie tu Amie, telan air liur je ni.

    BalasPadam
  8. Wani,
    tak pernah tengok pokoknya...

    Pia,
    jarang orang nampak durian merah Pia.

    Dana,
    tak tahulah durian merah jenis apa yang Dana makan tu, sebab memang ada yang tawar dan ada yang berlemak dan sedikit manis serta harum!

    BalasPadam
  9. Melly,
    ada pula durian setan ye Melly... he he hehhh, duriannya kecil saja,tapi isinya comel! Warnanya cantik! Nasiblah kalau dapat durian merah yang tak sedap! Kak Amie dapat yang sedap punya!

    Ummi,
    agaknya dah berkurangan pokok durian merah, tu sebab susah nak dapat!

    BalasPadam
  10. salam kak...x pernah makan durian merah ni..tp pernah tgk..tu pun kawan blogger yg tunjuk....sedap ya rasanya....x dapat bayang lg sbb x pernah rasa..ehehe

    BalasPadam
  11. Noorsha,
    bergantung pada cita rasa masing-masing, ada yang kata sedap ada yang kata tidak, tapi bagi Amie okey saja...sebab biasanya durian merah kalau di Sabah boleh dibuat lauk, makan dengan nasi.

    BalasPadam
  12. Salam Kak Amie,
    waaa..banyaknya koleksi minuman akak tu...Rahel pun suka smoothie..sedap n lemak..

    BalasPadam
  13. Rahel,
    memang dah banyak koleksi smoothie Kak Amie, nak cuba lagi kombinasi buah-buahan lain.

    BalasPadam
  14. dah lama tau pasal durian merah ni tapi memang belum ada kesempatan merasainya.. huhuhuhu bilaa agaknya ada rezeki nak merasa..

    BalasPadam
  15. Durian merah tu rasa mcm durian biasa ker?

    BalasPadam
  16. Aeino,
    memang susah nak dapat durian merah sekarang ni.

    Gula Merah,
    lemak tapi tak berapa manis.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe