Ayam Goreng Masam Manis
5:34 PTGSalam petang Sabtu. Entah kenapa hari ini seperti rasa agak lesu saja. Selepas menghadiri aktiviti kokurikulum di sekolah, Amie hantar anak-anak ke perpustakaan daerah untuk meminjam buku. Dalam perjalanan pulang sempat pula menelefon Encik Suami yang kebetulan memandu selang 3 buah kereta di belakang kami supaya membeli ayam segar untuk dimasak sebagai hidangan tengahari. Sampai di rumah, rasa malas pula untuk ke dapur. Terpaksalah Encik Suami keluar sekali lagi membeli makanan. Lepas itu, Amie melingkar depan televisyen macam ular sawa! Tertidur seketika tapi tak lena. Amie bangun, mandi dan solat dan terus menjenguk ke dapur. Sekali lagi rasa berat hati dan berat tangan untuk membuat kerja-kerja dapur. Hari semakin senja, dan sebentar lagi Encik Suami dan anak-anak akan sampai ke rumah (semasa Amie tidur, mereka pergi ke kampung). Hmmm... makin dilayan, makin menjadi-jadilah kelesuan ini. Baiklah gagahkan diri buat apa yang patut. Niat di hati Amie ingin goreng ayam sahaja dan Amie pun potong-potong ayam agak kecil supaya cepat masak apabila digoreng. Amie bubuh sedikit tepung beras, tepung gandum dan garam. Entah macamana semasa menggoreng, terlintas pula di hati untuk make-up sikit ayam goreng itu! Jadilah Ayam Goreng Masam Manis. Bahan yang digunakan pun bahan main tuang-tuang saja.
Resepi: Ayam Goreng Masam Manis
Sumber: Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
600gram daging ayam - potong kecil (sebaiknya dibuang tulang)
3 sudu tepung beras
1 sudu tepung gandum
sebiji putih telur
sedikit garam
minyak
Bahan untuk sos:
5 sudu cili kisar
2 sudu sos tomato
1 sudu sos plum
1 sudu sos tiram
4 sudu sos cili Thai
1 sudu gula
1 sudu teh serbuk pati ayam
2 labu bawang besar - cincang
3cm halia - cincang
Bahan hiasan:
1 cawan kacang gajus goreng
2 biji cili merah - potong-potong
Cara:
1. Gaul daging ayam denganputih telur, tepung beras dan tepung gandum serta garam. Goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis halia dan bawang besar hingga wangi.
3. Masukkan cili kisar dan biarkan masak dengan api perlahan hingga pecah minyak.
4. Masukkan sos tomato, sos plum, sos cili dan sos tiram.
5. Masukkan ayam dan gaul rata.
6. Masukkan cili merah dan taburkan serbuk pati ayam.
7. Taburkan kacang gajus goreng dan gaul sebati.
8. Ayam Goreng Masam Manis sedia untuk dihidangkan.
Amacam? Jadi tak resepi ekspress Amie? Harap dapatlah memenuhi selera seisi keluarga. Hmmmm.... sampai sekarang masih tak dapat jawapan kenapa rasa malas sangat hari ini!
20 comments
Whoaa..sedapnya, ni naj kaut2 separuh bawak balik, kita pun ada time mls bebenor nih..*rasa mcm kerap je mls tu..haja
BalasPadamfuhhhhh....ekspres pun mmng mnjadi...nak tumpang makan..boleh tak????
BalasPadamkak amie..melly kalo malas yah masak nya cuma telor mata lembu dengan kecap..kalo masak macam ini sudah di kira rajin lah.. hehe
BalasPadamhmm sedap kak di makan dengan semur tahu ..hehe
amie..
BalasPadammerah berkilat ayam masam manis amie ni.. memang meleleh air liur maklong dibuatnya..
ni bukan malas ni.. rajin banget ni.. hehehe..
Sedapnya ayam masam manis tu amie, basah2 gitu best nampak, sesekali mkn gajus tu nyaman je
BalasPadamsalam sinagh memlm amie..trasa sdpnya klu dpt nga nsi myak spnagn lauk ayam tu kan...mnarik ni..
BalasPadamsalam Amie...
BalasPadamsedapnya tgk ayam goreng masam manis tu....agak2nya kalau makan tu cukup 1@2 pinggan tak?....kalau lauk bertambah,nasi lagilah bertambah2..alamak! macam mane nak berdiet nie...kalau asyik2 bertambah2 je....hehehe....mulut kata nak tapi hati kata tak nak....
As'salam Amie
BalasPadamKenapa tu, tak sihat ker..bawak2lah berehat Amie. Letih sangat tu kot sebab tulah lesu jer. oga Amie sentiasa sihat ya.
Alhamdulillah..walau pun dihujung minggu n i dapat juga ct menjengah kedapur Aie seketika. siang memang sibuk sedikit maklumlah anak2 dan suami ada. Tambah2 pula anak dara pun balik bercuti. Jadi siangnya memang tak cukup masa nak layan blog segala.
Selalunya menu ni payah kita nak jangkakan Amie. Secara sepotan jer muncul dikepala tu yang jadi Ayam goreng masam manis ni, sedap juga ct tengok walau pun simple dan ringkas hidangannya.
Amie buah gajus tu....mesti sedap le ayam ni.
BalasPadamKak amieeee...kekadang yg main campak-campak tu lah yg sedap..pastu bila nak wat semula dah tak ingat apa yg kita campakkan ke dalam ayam tu..itu lah yg selalu terjadi pada mieza.
BalasPadamkak amie betul la..mieza pun tak der mood nak masak bagai sehari dua ni...malas je..sian lak kat hubby asek2 suh dia beli kat luar..ampunnnn
alahai kak amie....campak apekebendenya kalo dh siap meriah mcm ni..heheh.... suka sangat makan gajus! kalau gi tawau, mesti beli tu. ada mcm2 jenis perisa yang celup tepung tu.
BalasPadamlauk express pun nampak sedap kak..hehehhe...biasanya lagi sedap...:)
BalasPadamAnna,
BalasPadamkautlah mana yang boleh dikaut ha hahaha...
MP,
iyelah MP, benda tak terancang, ambil saja bahan depan mata yang dalam botol2 tu.
Melly,
memang sedap tu Melly makan dengan semur tahu, kak Amie ingin cuba juga semur tu.
Maklong,
BalasPadamhasilnya jadi begini sebab bahan dah ada depan mata Maklong, tuang aje dalam kuali he hehehh
Rosa,
gajus tu buat tambahan sedapkan hati @ mata ...:)
Maz,
sedap pula rasa masakan ekspress ni... itu kata anak-anak, Amiepun rasa begitu juga (masuk bakul berlubang....:)
Myda,
BalasPadamoleh kerana kuahnya tu yang menggoda, memang kena tambah dari 1 pinggan nasi ke 1/2 pinggan lagi nasi tambahan.....:)
CT Delima,
agaknyalah.... sebab kalau terlalu letih memang Amie tertidur waktu siang tak kira masa!
Betul tu CT, kadang-kadang dah siap nak rancang masak lain, tiba-tiba sampai dapur tukar pulak resepi!
Puan Ros,
BalasPadamjom makan gajus tu, rangup!
Mieza,
Kak Amie rasa sesekali kena layan juga mood malas ni sampai puas! Lepas tu akan datang kembali mood rajin....:)
Nani,
Kak Amie pun selalu beli gajus di Tawau, tapi di Lahad Datu pun ada juga. Oleh sebab tak berapa pandai buat kuih, gajus ni Kak Amie goreng saja jadikan salah satu menu hari raya....:)
Quinnie,
BalasPadammemang yang ekspress tu biasanya lebih sedapkan Quinnie!
salam amie....menyelerakan betul lauk ni kalau mkn ngan nasi panas kan, dah xyah lauk lain lg dah...peberet family liza ni...
BalasPadamLiza,
BalasPadammemang sedap Liza... Amie pun suka!
Pergh!, mak mertua lalu boleh tak sedar tak sedar ni Amie..makan dengan nasi panas2, meletop!
BalasPadam