Nasi Goreng Tom Yam
1:44 PTG
Salam tengahari Jumaat. Hari ini Amie pulang lebih awal dari hari Jumaat seperti sebelum ini kerana mengambil alih tugas memantau keadaan sekolah sementara rakan sejawat datang selepas menunaikan solat Jumaat. Ada urusan yang perlu diselesaikan. Oleh kerana perut perlu diisi untuk mendapatkan tenaga baru hingga ke petang, jadi Amie terus ke dapur melihat apa bahan yang ada untuk dimasak dengan cepat. Oh! Ada lebihan nasi putih yang banyak kerana semalam suami dan anak-anak menghadiri majlis tahlil dan bacaan Yaasin di kampung, dan mereka makan di sana. Sebenarnya Amie yang terlupa rutin mingguan mereka, itu sebabnya Amie masak dalam jumlah yang sama seperti hari-hari biasa. Wokey... kita terus kepada Nasi Goreng Tom Yam yang Amie sediakan untuk tengahari ini sementara menunggu tamatnya solat Jumaat untuk makan bersama. Pertama kali Amie makan Nasi Goreng Tom Yam ialah lebih kurang 7 tahun yang lalu ketika singgah di Pekan Ranau untuk meneruskan perjalanan ke Pensiangan melalui Keningau. Amie pun sudah lupa apa bahan yang dicampurkan dalam nasi tersebut tetapi memang ada rasa pes tom yam. Jadi Amie putuskan untuk meletakkan sedikit pes tom yam di dalam nasi goreng Amie kali ini. Amie bubuh sedikit sahaja kerana kalau bubuh banyak-banyak, lain pula rasanya. Kesimpulannya, sekadar ada bau atau rasa ala-ala tom yam.
Oleh kerana hendak jimatkan masa di dapur, memanglah tidak sempat untuk mencari resepi Nasi Goreng Tom Yam, jadi Amie gunakan bahan yang berkaitan tomyam untuk menghasilkan aroma tom yam. Misalnya, Amie petik 5 helai daun limau purut yang memang sengaja ditanam di tepi pintu dapur. Amie juga gunakan serai yang diketuk dan cili padi tetapi dalam jumlah yang sedikit supaya seisi keluarga termasuk anak-anak boleh menikmatinya! Bahan lain yang digunakan termasuklah udang dan sotong kerana makanan laut ini tidak perlu mengambil masa yang lama untuk dinyahbekukan.
Resepi: Nasi Goreng Tom Yam
Sumber: Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
5 cawan nasi putih
10 ekor udang kertas - bersihkan
1 ekor sotong sederhana besar - bersihkan dan potong ikut suka
5 helai daun limau purut
2 batang serai
1 cawan jagung biji
1/2 batang lobak merah - cincang halus
1 cawan sayur kubis cincang
2 sudu besar pes tom yam
1 sudu sos tomato
1 susu sos tiram
1 sudu serbuk pati ikan bilis
minyak
Bahan tumbuk:
4 biji bawang putih
5 biji bawang merah
1.5cm belacan
5 biji cili padi
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan tumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan sotong dan udang dan serai. Gaul rata.
3. Masukkan lobak merah dan jagung dan kubis.
4. Masukkan sos tiram, sos tomato dan pes tom yam. Kacau sebati sehingga udang dan sotong masak.
5. Masukkan nasi putih bersama daun limau purut.
6.Taburkan serbuk pati ikan bilis. Gaul rata sehingga nasi goreng kelihatan gurih dan terbau aroma daun limau purut.
7. Tutup api.
8. Nasi Goreng Tom Yam sedia untuk dihidangkan.
19 comments
Salam Kak Amie...hehehe..awal sampai..maknanya bole dapat sepinggan nasi goreng tom yam..sedap tu kak..suka3..
BalasPadamRahel,
BalasPadamboleh sangat Rahel...panas2 lagi nih!
Ermmm mesti sedap ni. Lagipun lama juga tak makan tom yum. Saya suka nasi goreng sebab cepat boleh makan. hehehe...
BalasPadamAssalam kak amie,uii sedapnyer nasi goreng tomyam,mesti bau harum semerbak kan..Nmpak sotong ngan udang tuh lagilah terliur..
BalasPadamAmie, tumpang makan nasi goreng sini malam ni leh? Nampak sedap sangat nasi goreng Tomyam tuh... ^__^
BalasPadamsedap ni akak!
BalasPadamtetiba rindu nak makan bihun goreng tomyam plak ni uwaaa
betul tu amie...kdg2 kita kena kreatif kan...kdg2 tu liza masak pun main campak2 jer apa yg ada, janji sedap....hihiihhi
BalasPadamkak amie..sy copy resepi ye;)
BalasPadamsuami sy asal ujung mggu nk sarapan ngn nasi goreng 'pemikat' saya..ns goreng ciptaan sedirik,muak sy...oleh itu esok nk buat nasik goreng ni..hehe..sedappp je rasa..;)
seb baik datang awal lagi..sempat amil baunya hehe
BalasPadamHazila,
BalasPadambau tom yam tu... ada rasa asam2 sikit.
Dana,
memang semerbak, aroma serai dan daun limau purut!
Ummi,
silakan Ummi, jangan malu jangan segan!
Lady Ay,.
BalasPadambee hoon goreng tomyam pun sedapkan kan Ayu.
Liza,
memang kena campak-campak kalau dah tak punya banyak waktu.
Nens,
silakan copy, selamat menggoreng nasi tom yam , buat lebih ye Nens.
Suri,
dapat hidu bau pun bolehkenyang ye Suri... he hehehhhh
As'salam Amie
BalasPadamMaaf lama ct tak singgah kesini. kadang2 tenet ni ok jer, kadang2 ko. bila dah ko tu mulalah nak meradang bagai sebab tak dapat nak menyelongkar resipi..hehehe
CT pun pertama kali makan nasi tom yam ni 2 tahun lepas. itu pun my anak dara yang oder. ct tumpang2 makan jer..memang sedap ada aroma daun limau purut dan serai tu yang membangkit rasa sebenarnya..
wow..wowwwww...ucu rasa macam makan kt restoran la siap ada munge2 lagi...
BalasPadampada pengamatan ucu lah,ini adik nujum pulak nak meramal..bila tengok warna nasi tu..x lain dan x bukan..melainkan,ucu ngeleh..kwang..kwang..
salaam..sedap nnmpak nasi goreng tomyam ni..sy pon suke mkn..wat pedas22 mmg terangkat :)
BalasPadamsalam amie..he2x..sedaonya nasi goreng tomyam tu..mama nak sikit..
BalasPadamCT,
BalasPadamtak apa CT, tak dapat datang selalu datang sekali-sekala pun sudah memadai, maklumlah kalau dah namanya secara online semuanya diluar jangkaan kita.
Memang sedap aroma tom yamnya tu Ct.
Ucu,
ngeleh ye.... sian dia, jom makan sama.
Noorsha,
memang kalau naklebih pedas bubuh je cili padi hiris nipis, memang berpeluh!
Mama Aini,
boleh... banyak ni!
Hari ni lewat singgah ke dapur Amie,ada order batik sarong yang perlu diurus. Balik lapar ni, nak tumpang makan nasi goreng sepinggan, boleh?
BalasPadamummi,
BalasPadamsilakan....jangan segan-segan ye Ummi,makan sampai kenyang tau.
ala.....sedapnye....dh lama nani tak masak nasi di rumah...
BalasPadam