Gulai Tempoyak Ikan Baung

6:50 PTG

Pernah makan ikan baung? Sebelum menjadi anggota keluarga sebelah suami, memang Amie tidak pernah makan atau melihat ikan baung tetapi pernah dengar nama ikan baung. Kata MIL & FIL, baung banyak diperoleh ketika musim tengkujuh. Mereka suka masak asam pedas. Bila Amie masak sendiri asam pedas baung, memang tidak sesedap masakan MIL atau FIL! Encik suami bawa pulang beberapa ekor ikan baung dari kampung. Memang ramai yang suka memancing di Sungai Segama ketika musim ikan baung menjelmakan dirinya. Amie cuba resepi Gulai Tempoyak Ikan Baung untuk hidangan makan malam kami. Maklumlah, dengan campuran tempoyak, kunyit hidup, serai dan juga daun kunyit sekurang-kurangnya dapat mengurangkan bau ikan sungai di samping menambahkan lagi kelazatan gulai tersebut.


Resepi: Gulai Tempoyak Ikan Baung
Sumber: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
4 ekor ikan baung anggaran 600 gram - bersihkan dan potong 2
10 biji kacang bendi
2 biji cili merah - potong 4
400ml santan
2 batang serai - diketuk
1 helai daun kunyit - disiat
1 keping asam gelugur
garam / gula
1 cawan air
minyak

Bahan tumbuk:
3 biji bawang putih
5 biji bawang merah
3cm kunyit hidup
20 biji cili padi
4 sudu besar tempoyak

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan tumbuk bersama serai hingga naik bau.
2. Masukkan 1 cawan air dan asam keping. Biarkan mendidih.
3. Masukkan ikan baung. Balik-balikkan sehingga ikan layu.
4. Masukkan santan dan masak selama 8-10 minit.
5. Masukkan kacang bendi serta daun kunyit dan perasakan dengan garam serta  gula / perasa pilihan.
6. Gulai Tempoyak Ikan Baung siap untuk dihidangkan.


Sesetengah orang sangat menggemari ikan baung tetapi segelintir yang lain tidak. Bagi Amie yang suka makan apa saja, semua boleh masuk tekak. Sebenarnya ikan baung pun mempunyai rasanya yang tersendiri dan terpulang bagaimana cara masakannya untuk menjadikannya hidangan yang lazat atau sebaliknya. Yang pernah makan ikan baung, jemput makan sama. Yang tak pernah makan atau memang tak boleh makan ikan sungai, cari menu lain ye.... ha ahhahhhhhaa...

34 comments

  1. assalam amie, sedapnya gulai tempoyak ikan baung tu amie, susah nk dapat ikan baung ni kat KL

    BalasPadam
  2. Sedapnya kak amie!!! Pekena nasi panas2 ujan ni lagi best!!

    BalasPadam
  3. kak, saya dtng bawa nasi ni nk tumpang lunch sini yer...hehe sedapnya tgk ikan baung pernah mkn dulu arwah abah saya selalu beli tapi saya x pernah msk sendiri lagi.

    BalasPadam
  4. salam mie.
    Dah lama tak makan ikan baung ni. Dulu masa kecik abah bundo suka pegi mancing dan menjala ikan. Selalu gak makan ikan baung. dulu la..

    BalasPadam
  5. sedapnya ikan baung ni kak...teringin tetiba. kalau mak saya pun masak gulai tempoyak jugak, takpun masak lemak cili api atau goreng pun sedap..belum penah lagi makan ikan baung masak asam pedas.hehe...sedap ke? nanti boleh request kat mak la...

    BalasPadam
  6. Amie, suami ummi suka ikan baung masak gulai tempoyak ni,pernah makan kat satu restoran tu, sedap sangat.Tengok ni pun dah kecur airliur Amie..

    BalasPadam
  7. Salam Kak Amie,hari-hari lapar tengok masakan Kak Amie..sedap2 semua..

    BalasPadam
  8. salam amie...sedapnya ikan baung, peberet liza tu...

    BalasPadam
  9. kak amie...nani pernah gi memancing di beluran. banyak betol ikan baung kat situ..pastu kawan wat balik, masak gulai tempoyak....aduhhh...baunya!

    BalasPadam
  10. salam Amie,

    Kak Ros suka makan ikan sungai... ,tapi kak Ros tak pernah la pulak makan ikan baung ni....

    Mesti sedap kan...masak gulai tempoyak pulak tu....

    BalasPadam
  11. Rosa,
    memang jarang ada di pasar, ini pun hasil pancing.

    Aju,
    memang sedap Aju, bukan selalu dapat ikan baung.

    Nieza,
    jemput Nieza...

    BalasPadam
  12. kak amie cayangggg..apa kabar? salam rindu dari mieza..mieza lapar ni..malam ni mieza makan pasta je..jadi mieza datang nak makan nasi dengan ikan baung kat umah kak amie ni...ada lagi tak kak? rajin sungguh kak amie memasak..alangkah beshnyer kalau mieza dok sebelah umah akak..time anak2 mieza sakit ni dan mieza tak masak leh la mieza mengenen lauk kat umah kak amie..mmuah muahhh muahhhss

    BalasPadam
  13. Ibundo,
    sekarang jarang ada ikan baug ye Bundo.

    JR@22,
    mak mentua kakak masak asam pedas memang sedap!

    Ummi,
    ikan baung ada rasanya yang tersendirikan Ummi.

    BalasPadam
  14. Rahel,
    kalau singgah sini makan sampai kenyang ye Rahel, baru boleh balik!

    liza,
    memang sedap Liza...jom makan sama!

    Nani,
    kak Amie dengar di Beluran pun banyak udang galah. Seronok dapat memancing ye Nani. Kalau teringin sangat memancing, kami pergi ke Sungai Segama yang berpunca dari Sungai Kinabatangan tu... pancing ikan lampam dengan buah kelapa sawit!

    Ros,
    jarang ada dijual ikan baung ni Kak Ros.

    BalasPadam
  15. Mieza cayangggg...
    kak Amie khabar baik, sihat walafiat, syukurlah anak-anak Mieza beransur sihat ye Mieza.
    Seronok hidup berjiran ni, boleh tukar-tukar lauk! Nak pula bila tiba bulan puasa.... he he hehhh

    BalasPadam
  16. salam Amieeee.bau tempoyak dah sampai kat umah atie larrrrr...

    BalasPadam
  17. amie ni semua lauk pauk pandai masak..untung la family dan kwn2 yg dekat.

    BalasPadam
  18. assalam amie..ha2x..mama tak makan ikan !!..mama layan pic.gulai tempoyak ikan baung ni sajalah..sian kan mama sbb tak mkn ikan..hu2x..

    BalasPadam
  19. Ni yg nak marah kat Amie ni, bila mai blog Amie ni, asik menitik je air liur. Nak minta sikit jauh sgt. Nak buat sendiri, time2 mcm ni mmglah kemalasan tahap tinggi melanda.Apapun, gulai tempoyak ni mmg sedap especially kalau dilawan dgn ikan pekasam, sambal belacan dan ulam-ulaman.

    Sudi2kan baca entry terbaru Kaz, ada mention fasal Amie tau.

    BalasPadam
  20. hmmm..sedap nih kak .. melly mau buat juga ahh,ijin liat resep nya yah kak,kebetulan di rumah ada tempoyak,tunggu beli ikan dulu.. hehe

    BalasPadam
  21. nama gulai tempoyak ..pergghh memang kegemaran saya. sedapnya..guna la ikan apa pun. i likeee

    BalasPadam
  22. sALAM AMIE..SEDAP NI..AKAK YANG DUDUK pERAK PUN TAK PANDAI LAGI MASAK TEMPOYAK...COPY YA

    BalasPadam
  23. Azatie,
    kuatnya deria keenam Atie... he he hehhh, punyalah jauh bau tu sampai juga ye.

    WC,
    nak kata pandai tu sebenarnya tidak juga, sama seperti yang lain cuma suka masak dan mencuba.

    Mama Aini,
    tak makan ikan takapa, jangan tak makan yang lain... susah le he hehh

    BalasPadam
  24. Kaz,
    terima kasih sudi kunjung ke sini...
    nanti Amie datang rumah Kaz ye...

    Melly,
    sedap ni makan waktu tengahari!

    Izah,
    peminat tempoyak juga ye Izah.

    K.Paty,
    silakan, kami pun asal keturunan dari Perak juga.

    BalasPadam
  25. papa mifz tak mkn tempoyak...huhu

    BalasPadam
  26. hai kak..akak masak apa harini? puteri masak asam pedas je

    BalasPadam
  27. aduhai kak amie sedapnye gulai tempoyak ni....x lena tidur sy tengok gulai akak ni mlm nnti, kompom terbayang2 kesedapannye tu...:) lame x mkn gulai tempoyak..nyumnyum

    BalasPadam
  28. Sedapnya gulai tempoyak sayangnya kak Zai tak makan ikan baung hehehe....

    BalasPadam
  29. terbau gulai tempoyak tu sampai ke sini kak.. kat rmh ni mmg jarang sgt masak lauk tempoyak sbb en.asben tak makan.. bau dia pun dia kurang selesa.. tp klu makan luar mmg sya pulun ambil lauk ni..

    BalasPadam
  30. Papa Mifz,
    saya makan semua yang boleh dimakan, setakat ni belum ada kes tak boleh makan kecuali telur penyu....:)

    Puteri Kasih,
    hari ini entah kenapa malas sangat nak ke dapur, rasa nak tidur aje.

    Kak Zaitun,
    Amie memang sebelum ini tak pernah makan ikan baung sebab tak pernah jumpa, tapi di tempat suami memang ada musimnya, terikut-ikut keluarganya makan....:)

    Hanis,
    tak apa kalau suami tak makan tempoyak, kita sajalah yang makan....:)

    BalasPadam
  31. Assalamualaikum aimi,
    nani datang sini nak tengok masak lemak ikan baung.. dulu time sekolah lagi selalu nampak ikan baung ni.. tapi dah besar2 tua bangka ni dah tak nampak dah... dah lupa kot mcm mana rupanya.. ikan baung ni sama cam rupa ikan duri/semilang/kat laut tu kan? agaknya je.. kalau salah mintak maaf ye..

    BalasPadam
  32. Sy suka ikan baung,tapi susah nk dptlah kt cni

    BalasPadam
  33. Jassnani,
    betullah tu... memang begitulah rupa ikan baung.

    Pen Biru,
    agaknya spesies baung semakin pupus!

    BalasPadam
  34. ikan baung ni cam ne rupa dia ye kak..hehhehe..saya kalau msuk blog akak ni mesti ada masalah nak mengenal ikan..kekekke..apa2 pun tempoyak memang sedap...kekeke

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe