Nasi Lemak Halba & Ayam Rendang Cili Padi

5:19 PTG

Salam petang Isnin. Cuaca masih muram. Gambar pun nampak suram. Tak berseri. Hu hu huuu.... Rindu sangat nak jalan-jalan rumah kawan-kawan! Hari ini sampai ke petang kami makan Nasi Lemak Halba & Ayam Rendang Cili Padi.


Tak cukup makan sepinggan, kena tambah lagi sebab Ayam Rendang Cili Padi punya pasal! Bila cili padi bertemu dengan santan rasanya tidaklah pedas menyengat. Tambah sedikit gula untuk sesuaikan rasanya dengan Nasi Lemak Halba.


Amie sengaja masak lebih sebab anak-anak suka makan nasi lemak berkali-kali. Jadi tak payahlah masak 2 kali untuk hari ini.


Ayam Rendang Cili Padi memang sungguh menyelerakan! Lain kali Amie tuliskan resepinya  sebab hari sudah lewat petang akibat menunggu berjam-jam lamanya untuk muat naik gambar!

Wokey, oleh sebab ada permintaan untuk resepi Ayam Rendang Cili Padi, jadi Amie edit catatan Amie.

Resepi : Ayam Rendang Cili Padi
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 kg daging ayam - potong 10 bahagian
4 cawan santan pekat
1 cawan kelapa parut - sangan dan tumbuk jadikan kerisik
3 keping asam gelugur
hirisan daun kunyit
garam/ gula / perasa secukupnya

Bahan kisar:
20 biji cili padi warna hijau
2.5cm kunyit hidup
2.5cm halia
3cm lengkuas
5 batang serai - hiris kasar
2 labu bawang besar
5 biji bawang putih

Cara:
1. Panaskan secawan santan pekat ke dalam kuali hingga mendidih.
2. Masukkan semua bahan kisar dan kacau hingga naik bau.
3. Masukkan ayam, dan asam keping. Gaul sebati hingga ayam layu.
4. Masukkan lebihan santan pekat dan masak dengan api perlahan hingga daging ayam empuk.
5. Masukkan kerisik, garam / gula / perasa secukupnya.
6. Biarkan seketika sehingga kuah pekat dan taburkan hirisan daun kunyit.
7. Angkat dan hidangkan.


Jemputlah makan Nasi Lemak Halba & Ayam Rendang Cili Padi! Sedapnya sampai menjilat jari! Jomlah! Apalagi....jangan pakai sudu garfu, tak sedap.... guna tangan saja dan baca Bismillah!

17 comments

  1. assalam kak...menarik esok nak buat lah......rendang npk sungguh menyelarakan

    BalasPadam
  2. rendang cili padi tu mmg menjejeskan air liur saya la kak amie. hehe.. mmg gandingan mantap ni. nak resepi kakkkk

    BalasPadam
  3. puteri pun masak rendang ayam untuk tahun baru :)

    BalasPadam
  4. hari ni pun wc masak nasi lemak tapi lauk sambal sardin udang dan bilis jer..sampai malam la slagi tak abis

    BalasPadam
  5. nasi lemak dan rendang, buat ummi kecur ni Amie..tak boleh tahanlah!nak jugak...

    BalasPadam
  6. Sedapnya kak, dulu makan halba sebab nk bykkan susu ;)

    BalasPadam
  7. assalam amie..ehem terliur mama tgk pic.makanan tu..hu2x..

    BalasPadam
  8. ammie..
    maklong nampak rendang tu terus rasa nak cuba.. terliurnya.. resepinya pulak belum ada.. huhu..

    BalasPadam
  9. amboi..sedapnye..nk kalau sy makan confm tambah 2 3 kali ni...:)

    BalasPadam
  10. Salam Kak Amie..sedapnya nasi lemak...Gandingkan pula ngan rendang ayammm..mesti legi besttttttt..

    Dan kesempatan ni Sue nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2012..Semoga kedatangan tahun baru ni membawa lebih keceriaan dan kegembiraan buat akak sekeluarga

    BalasPadam
  11. Amie..kalau dah namanya cili api..memang acik suka sangat..sedap tu

    BalasPadam
  12. Sheila,
    memang sedap rendang tu, ringkas & mudah!

    Izah,
    sudah kak update resepinya.

    Puteri Kasih,
    sama-samalah makan rendang ye Puteri.

    BalasPadam
  13. WC,
    di rumah Amie memang tak ada baki kalau masak nasi lemak!

    Lady Ayu,
    kakak dah tulis resepinya ye.

    Ummi,
    sedapkan Ummi!

    BalasPadam
  14. Aju,
    memang sedap Aju...teringat nasi dagang!

    Mama Aini,
    jemput makan sekali.

    Ixora,
    happy new year too!

    BalasPadam
  15. Maklong,
    sudah Amie masukkan resepinya ye.

    Kunang-Kunang,
    jomlah makan...kami pun tambah berkali2.

    Sue,
    selamat tahun baru 2012 Sue...jom makan nasi lemak Sue!

    Acik erna,
    memang sedap cili api dengan santan ye Acik!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe