Pla Muerk Tod Kratiem - Sotong Goreng Bawang Putih
10:17 PTGJom cuba menu masakan ala Thai yang Amie hidangkan di bawah. Amie masak Sotong Goreng Bawang Putih atau Pla Muerk Tod Kratiem. Ini merupakan kali kedua Amie memasak resepi ini. Memang banyak penggunaan bawang putihnya! Kena gunakan 3 labu! Bukan labu bawang yang kecil-kecil tapi yang besar. Amie cincang bawang putih untuk mendapatkan satu mangkuk kecil. Tapi memang sedaplah, tak rugi mencuba. Cara memasaknya pun mudah, dan tidak memerlukan banyak bahan. Cuma bawang putih sahaja yang mesti banyak.
Resepi : Pla Muerk Tod Kratiem - Sotong Goreng Bawang Putih
Sumber: Chef - Koleksi Istimewa Majalah Perempuan
Bahan-bahan:
500 gram sotong - potong ikut suka
3 labu bawang putih - cincang
1 sudu besar serbuk lada
1 sudu kecil serbuk perasa
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil gula
minyak
Cara:
1. Goreng sotong hingga garing. Angkat dan toskan.
2. Panaskan semula minyak dan goreng bawang putih sehingga naik bau. Angkat dan toskan.
3. Panaskan sedikit minyak dengan api besar. Masukkan sotong goreng dan bawang putih tadi dengan serentak.
4. Masukkan sekali serbuk lada, serbuk perasa, sos tiram dan gula. Kacau sebati. Pastikan tidak terlalu lama.
5. Angkat dan hidangkan.
Mudah bukan cara penyediaannya. Rasanya pun lazat! Tak percaya? Boleh cuba.... dan jangan takut dengan jumlah bawang putihnya yang banyak. Bila sudah siap masak, tak nampak pun rupa bawang putih yang begitu banyak!
19 comments
Nama menu ni dalam bahasa Thai ke Amie...pandai Amie ya...nak menyebutnya pun akak dah tegeliat lidah...tak kisahlah janji lauk ni sedap dimakan kan..:)
BalasPadamCik Cek,
BalasPadamagaknyalah tu dalam bahasa Thai... siap dengan terjemahannya sekali, memang sedap Kak Cik.
akak mmg suka sotong..walau di masak cara apa pun..lebih2 lagi sara thai..mmg sesuai je rasa kat tekak ni..
BalasPadamresepi pandan lapis tu pun nampak senang je...nak cuba buat juga lah nanti.:)
Kak Anim,
BalasPadammemang sedap masak ala Thai,
kek pandan lapis itu pun taklah susah sangat nak buatnya.
Assalam amie,
BalasPadamsedapnya sotong!!!.kita tak kira sotong masak apa, mesti kita telan juga..boleh cuba ni..nampak sedaplah amie..aduh malam2 macam ni..sedap betul buat supper..hehe
Sedap pulak sebutan thainya tu Amie. waa kalau senang macam ni nak cuba jugak lah.
BalasPadamkak amie..berbelit lidah nak nyebutnya..hehehe...masakan thai saya pun suka..tapi jarang masak kat rumah ni...suka makan kat kedai je...hahhahha..nanti ada sotong bleh cuba..:)
BalasPadammenariknya resepi ni kak, masakan ala thai memang sedap:)
BalasPadamAssallamualaikum Amie..
BalasPadamMmg mudah nampaknya resepi ni.. Boleh cubalah lain kali. Suka menu yg simple2 tp sedap. Tak yah lama2 duduk kat dapur tu..hehehe..
Amie, cantiknya kek pandan kat bawah tu. Lama dah Naz nak buat. Resepi pun dah ada 4-5 jenis kek lapis pandan ni tp tak terbuat2 lagi.. Mesti harum dgn bau pandan kan.
salam amie...uwaaaaaa, Liza lambat dtg, mst dh habis sotong tu kan....
BalasPadamnmpk sotong tu sedap la Amie, must try ni...
Pagi K'Amie..susah mau sebut nama menu nya yah, tapi looks yummy.. kapan kapan melly mau try juga buat ini di rumah. makasih kak share recipe nya. ;)
BalasPadammaklong ada sotong dalam peti tu.. petang nanti bolehlah cuba resepi ni.. nampak sedap je..
BalasPadamAyu,
BalasPadammemang sedaplah Ayu sotong masak gaya ni.
Ummi,
senang buatnya Ummi, tak banyak bahan.
Quinnie,
boleh cuba, tak rugi cuba sebab sedap!
Waalaikumussalam Naz,
BalasPadammemang simple saja resepinya, sedap pula tu!
Liza,
tak apa, boleh masak lagi... Amie pun tak puas makan!
Mellyu,
susah nak sebut namanya, tapi rasanya enak banget!
Maklong,
memang mudah, ringkas dan sedap!
okay..tergeliat nak sebut nama penuh masakan ni..suka sotong goreng tepung,nnt nak cuba resipi mcm ni pulak.
BalasPadamSalam Amie,
BalasPadamAmie ni macam Kak Ros jugak la suka masakkan Thai...
Memang selera Kak Ros terbuka terus bila nampak masakkan Thai ni...Emmm...menu ni kalau kita tambah cili padi boleh dak Amie....?
Kamalia,'tergeliat nak sebutnya satu hal.. ntah betul ntah tidak sebutannya satu hal lagi... ha hahah
BalasPadamkak Ros,
boleh bubuh cili padi, rasanya pun jadi pedaslah kak., tapi masakan Thai memang biasanya tak lari dari cili padi!
lamanya diana x masak sotong... sejak diana berpantang sotong nie hubby pun turut serta x nak beli sotong.. adeeh!! tgk sotong yg akak masak nie teringin plak nak makan.. huhuuu
BalasPadamDiana,
BalasPadamsotong ni sedap tau!