ADSENSE

Ahad, 15 Januari 2012

Macaroni Goreng Sea Food

Salam pagi Ahad buat semua pengunjung budiman Amie's Little Kitchen. Kita mulakan pagi ini dengan senyuman manis terukir di bibir. Kain baju sudah selesai tersidai di jemuran manakala matahari pagi terang memancar. Harap panasnya akan sampai ke petang atau sekurang-kurangnya keringlah pakaian di ampaian. Cuaca yang cerah pagi ini sungguh menyenangkan dan rasa nyaman sekali. Apa kata kita nikmati Macaroni Goreng Sea Food sebagai alas perut pagi Ahad yang indah ini. Amie 'timurkan' pasta kering ini sebagai hidangan untuk memenuhi selera seisi keluarga. Kenapa 'ditimurkan' dan bukan tetap 'dibaratkan'? He he hehh.... Amie bubuh belacan dalam resepi ini.


Resepi: Macaroni Goreng Sea Food
Sumber: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
250 gram macaroni 
15 ekor udang kertas - buang kulit
3 ekor sotong - bersihkan dan potong ikut suka
2 keping kek ikan - potong ikut suka
3 tangkai sayur sawi - potong ikut suka
1 cawan hirisan kubis
10 biji tomato ceri - belah 2
1 labu bawang besar - cincang
3 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
1 sudu serbuk pati ayam
3 titik minyak zaitun
minyak

Bahan kisar:
10 biji cili kering
3 biji bawang putih
5 biji bawang merah
1.5cm belacan

Cara:
1. Rebus macaroni bersama 3 titik minyak zaitun hingga lembut. Angkat dan toskan.
2. Panaskan sedikit minyak. Goreng bawang besar cincang sehingga garing.
3. Masukkan bahan kisar dan tumis dengan api perlahan sehingga pecah minyak.
4. Masukkan udang, sotong dan kek ikan. Gaul sebati.
5. Masukkan  kubis dan sawi serta sos tiram, dan sos tomato. Kacau rata.
6. Masukkan macaroni. Gaul seketika dan masukkan tomati ceri serta taburkan serbuk pati ayam.
7. Macaroni Goreng Sea Food siap untuk dihidangkan.



Jom sarapan Macaroni Goreng Sea Food sepinggan seorang dengan secawan teh 'o' lemon 
panas!

21 ulasan:

Pen Biru berkata...

Wah,sdap2..Idea baru ni,dlm makaroni ada blacan.Hehe

cheqna berkata...

gulp...tela air liur..dah lah lapar ni =)

myda_ahmad berkata...

nak menjamu mata disini yea....

Melly Octaviana berkata...

yummy nih.. macaronie my fav.. masih ada kah buat melly.. Happy sunday

Amie berkata...

Pen Biru,
sesekali mata biru tukar ke mata coklat gelap!

Cheqna,
jemput makan Cheqna.

Myda,
silakan... jamulah perut sama.

Melly,
ada lagi...memang masak lebih!

Liza berkata...

perggghhhh...tergoda tgk banyaknya seafood yg amie letak kat dlm tu....betol2 tergoda ni....

suri solehah berkata...

sedapnya..suri semalam buat makaroni elbow sup..huhu

lina_pg berkata...

meriah betul macaroni kak amie ni..budak2 kat umah suma suka macaroni..ari2 makan pun tak pe

Hanis MY berkata...

Wahh special ni ada belacan gitu...yumm!

Paty's Kitchen - Cook with passion. berkata...

Salam Amie....baru sampai...ada lagi ke?????

rahel berkata...

Mantap tu Kak Amie...lapar gue tengok..alahai..telan2 liur je ni..

nOOrsha berkata...

aduh sedap sgt nmpak makaroni akak ni..seafood lg mmg suke sgt :)

quinnie berkata...

wah sedapnya kak amie..saya dah lama betul tak makan makaroni ni..derang kat rumah ni tak makan..tu yg jarang2 sgt nak beli....huhuhu...

sana panas ye kak..sini hujan dari malam tadi..hihihi

EmbunRosaliza berkata...

Assalam amie, sedapnya macaroni goreng ni, lebih sedap lg bila tgk udang kertas golek2 tu sedapnya

Amie berkata...

Liza,
memang kena bubuh lebih seafood, anak-anak suka rebut2!

Suri,
sedap tu macaroni elbow sup!

Lina_pg,
anak-anak memang suka tapi syaratnya kena banyak bubuh aksesori... hu hu huu

Amie berkata...

Hanis,
layan tekak Melayu! hi hi hiii

K.Paty,
habis dah kak... nanti Amie masaklagi untuk kakak ye...

Rahel,
lap liur tu dik! Kak Amie masak lagi ni ni...kita makan sama yok.

Amie berkata...

Noorsha,
senang bubuh seafood, cepat siap.

Quinnie,
macaroni ni entah berapa lama tersimpan dalam kabinet, kebetulan pagi ini rajinlah pulak nak masaknya!

Rosa,
rasa nak makan udangnya saja ye Rosa.. he he heh

nuwairani ismail berkata...

mewahnye dengan lauk! suke makan macaroni goreng dgn seafood..alamak! tetibe rasa lapar la pulak..

Amie berkata...

Nani,
anak-anak suka banyak aksesori, habis aksesori tinggallah berlonngok macaroni atas pinggan!

ummiross berkata...

Sedapnya, ummi suka macaroni..

mama aini berkata...

ehem sedapnya..nanti mama nak try resepi ni lah..thanks amie !!..