Ikan Jenahak Sos Thai

8:19 PTG

Sebelum masuk beradu, Amie hidangkan dahulu resepi Ikan Jenahak Sos Thai. Kali ini ikan jenahak Amie bersisik merah gelap. Oleh kerana agak lama tidak masak jenis masam manis, jadi petang ini Amie mengambil sedikit masa untuk menyiapkannya. 


Resepi: Ikan Jenahak Sos Thai
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
5 keping ikan jenahak
garam 
serbuk kunyit
minyak

Bahan untuk sos:
3 biji bawang putih - cincang
1 labu bawang besar - cincang
1.5cm halia - cincang
5 helai daun limau purut
1 batang serai -ketuk
1 biji tomato - cincang
1 biji cili merah - potong 4
2 biji cili hijau - potong 4
1 sudu sos plum
1 sudu sos tiram
1 sudu sos cili padi 
6 sudu sos cili Thai
75ml bancuhan tepung jagung

Cara:
1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta bawang merah bersama halia hingga separuh garing.
3. Masukkan tomato, serai, sos tiram, sos plum, sos cili padi dan sos cili Thai. Gaul sebati bersama cili merah dan cili hijau.
4. Tuangkan bancuhan tepung jagung. Kepekatan ikut cita rasa.
5. Masukkan ikan jenahak goreng dan gaul rata dengan sos tadi.
6. Tutup api.
7. Ikan Jenahak Sos Thai sedia untuk dihidangkan.


Yang suka datang dapur Amie lewat-lewat malam tu kenalah layan diri ye. Carilah apa yang ada.

30 comments

  1. salam amie...liza dtg awal ni, siap bawak pinggan lg , ada belen lg ke? ekekekeekekeke

    BalasPadam
  2. salam amie
    wah sedapnya ikan jenahak masak gaya gini..anak2 akak mmg suka dgn sweet sour ikan..tak kira ikan apa pun..tp jenahak ni kena skip dulu lah amie..mahal sgt harga dia skang ni..:)

    BalasPadam
  3. adoi! lapar aje tengok ikan tu...dah lama nani tak makan ikan...mcm berminggu2 jugak rasanya...

    BalasPadam
  4. assalam amie, sedapnya ikan jenahak sos thai, ikn besar gini mmg best

    BalasPadam
  5. tak lena tidur terbayang ikan jenahak ni....

    BalasPadam
  6. akak geramnya tengok kepingan ikan akak ni...suka makan ikan besar2 cam gini..puas makan..hehhee

    BalasPadam
  7. Kak Amie.. lapar lah malam malam di kasih ikan, nasi hangat di mana kak.. ;)

    BalasPadam
  8. Salam, tuan umah dah tido ke?hihi..
    singgah makan nasi dengan ikan jenahak sos thai ni, sodap!!!

    BalasPadam
  9. waulawwe...sedapnya lauk ikan tu Kak Amie...adoiii keroncong perut..

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum Amie

    *Sedapnya...apa2 ikan pun boleh kan Amie?...

    BalasPadam
  11. Salam Amie,

    Adoih Amie.....kak Ros ni memang tak boleh la...tengok masakan ala2 thai ni,dan dan meleleh air liur...

    Tq lah ya Amie.. kongsi resepi ni..

    BalasPadam
  12. Amie acik suka ikan jenahak.
    nanti nak cuba la..terima kasih amie

    BalasPadam
  13. ikan jenahak ni buat masak lemak cili api pon sodap....
    awal nye beradu....? ucu kt sini tengah sibuk membaking lagi...kalau akak ada kt cepat sikit kek ni masak...

    BalasPadam
  14. yumyumyumyum..sedapnye ikan jenahak ngan sos thai yg melimpah ni... makan camni saje dah ok kan... :)

    BalasPadam
  15. Kak Zai suka sangat ikan jenahak tak kiralah masak apa sekali pun.Kak Zai bawa pinggan ya hehehe...

    BalasPadam
  16. Liza,
    ada balance... boleh ambil seketul aje...sebab di belakang tu waiting list... he hehehhh

    Kak Anim,
    sedap kak, memang ikan jenahak antara ikan yang tersedap!

    Nani,
    kena cari ikan banyak-banyak Nani... makan ikan je di sini!

    BalasPadam
  17. Rosa,
    anak-anaklah yang suka sangat sos kalau masak sos, memang kena masak lebih sikit!

    MP,
    baik-baik nanti bangun tidur kaki bertukar jadi ekor pulak... ha hahahh ikan duyung!

    Quinnie,
    memang puas makannya Quinnie, jom makan sama!

    BalasPadam
  18. Melly,
    nasi hangatnya ada di rice cooker dik, nanti kakak ambilkan ye, cukup nggak sepiring?

    WC,
    lapar ye... jemput makan WC!

    Ummi,
    jemput makan Ummi... jangan malu-malu, kalau tersedak ambil je mana-mana minuman yang ada.

    BalasPadam
  19. Rahel,
    marilah makan sekali Rahel, nape berdiri je depan pintu tu...

    Lin,
    boleh, gunalah apa ikan yang kita suka.

    Nens,
    masaknya pun mudah, cepat siap.

    BalasPadam
  20. Ros,
    resepi simple saja kak Ros, penuhi selera anak-anak.

    Acik,
    boleh cuba, sedap tau!

    Ucu,
    nape tak begitau awal-awal nak membaking... boleh kak Amie bantu mana yang patut (he he hehhh bantu makan ajelah ye...)
    nak buat juga jenahak masak lemak cili api... adeeeehhh terbayang betapa enaknya!

    BalasPadam
  21. Noorsha,
    betul tu... cukuplah lauk gini je.

    Kak Zaitun,
    boleh kak, mari Amie bubuh ikan jenahak atas piring kakak.

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum,Salam kenal,sedapnya tgk masakan kat blog Amie ;)

    BalasPadam
  23. Nasib baik dah lunch kalau tak mau terliur tengok ikan nih:)

    BalasPadam
  24. Kak Amie cayang..lama tak jumpa..anak mieza umar dan wawa dan papanya sakit muntah2 dan cirit2 jadi mieza terpaksa jadi nurse..tak masak pun..asek kerja cuci muntah dan najis depa je..huhuhu.rasanya bekalan air yang tercemar kat taman mieza ni...penat nya mieza kak..dan rindu nak menziarah umah kawan2..sedap sgt nampak ikan jenahak ni..makan pun tk sempat sebab asek terkejar2 ke spital bawa anak lepas satu satu lagi..tambah pula kena jadi supir anak sulung yang kena pergi tusyen sebab tahun ni nak upsr...rasa macam nak bercuti ke lahad datu je kak :(

    BalasPadam
  25. Assalamualaikum dan selamat tahun baru Amie,
    Rindu sangat kat Amie, ikan masak masam manis mmg favourite sekeluarga,klu masak selalu tak cukup. pekena pulak dengan smoothie straw n plum kat bawah tu, fuhhhh.....nyamannya.....

    BalasPadam
  26. Sofea,
    salamkenal, terima kasih sudi singgah dapur Amie.

    Qema,
    ikan jenahak memang sedapkan Qema..., goreng saja pun sedap!

    Mieza cayangggg....
    kesiannya dia, tak apalah besar pahalanya jadi nurse untuk keluarga, kenapalah sampai boleh tercemar bekalan air tu ye Miesa, syukurlah keadaan Umar & Wawa tak serius, harap cepat sembuh seperti sediakala.
    Memang jadual kita jadi ketat kalau dah jadi drebar hantar anak tuisyen.
    Marilah datang sini berehat-rehat sambil makan ikan...he he heh

    Wattie,
    Waalaikumussalam sayang Wattie....
    rindu juga Amie kat dia, macam lama sangat tutup pintu dapur... he he hehh dah namanya ratu smoothie, memang kena ada smoothie selalu!

    BalasPadam
  27. ala amie..petang ni baru sempt datag...sah2 yang datang awal habiskan huhu

    BalasPadam
  28. Suri,
    tak apa datang lewat, nanti Amie masak untuk Suri ye.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe