Mee Hoon Goreng Seafood
10:52 PGSalam pagi Isnin. Jam menunjukkan lewat 10.30 pagi namun suasana sekitar kelihatan muram dan suram, kelam tanpa sinaran cahaya matahari pagi. Mendung seawal pagi tadi yang membawa hujan turut menggelapkan suasana. Talian internet masih seperti sebelum ini, asyik terputus tanpa memikirkan perasaan pengguna. Niat untuk mengunjungi rakan-rakan blogger terpaksa dibatalkan sekali lagi dan entah bila akan tiba masa yang sesuai, bila talian kembali lancar. Untuk memuat naik sebuah foto pun terpaksa menunggu berjam-jam lamanya! Jom kita minum pagi dengan hidangan Mee Hoon Goreng Seafood dari dapur Amie.
Resepi : Mee Hoon Goreng Seafood
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 bungkus mee hoon - celur seketika dan toskan airnya
4 sudu cili kisar
1 labu bawang besar - cincang
3 ulas bawang putih - cincang
15 ekor udang - buang kulit dan belah belakang
1 ekor sotong sederhana besar - bersihkan dan potong ikut suka
15 biji bebola ikan - belah 2
1/2 batang lobak merah - hiris kecil
10 batang anak jagung - belah 2
1 cawan kubis bunga yang telah dipotong
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap pekat
1 sudu besar serbuk pati ikan bilis
minyak
Cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan lobak merah, udang dan sotong serta bebola ikan. Biarkan seketika sehingga masak.
4. Masukkan sos tiram dan kicap, anak jagung dan bunga kubis.
5. Masukkan mee hoon dan gaul rata.
6. Taburkan pati ikan bilis. Gaul sebati.
7. Tutup api dan Mee Hoon Goreng Seafood sedia untuk dihidangkan.
Amie hidangkan bersama sos cili padi.
Bahan-bahan:
10 biji cili padi
3 biji bawang putih
2 sudu gula
sedikit garam
5 biji limau kasturi - ambil jusnya
Cara:
1. Tumbuk cili padi bersama bawang putih hingga lumat.
2. Gaulkan bersama gula, garam dan jus limau kasturi.
8 comments
selamat thn baru amie...
BalasPadamkat sana seafood murahkan amie...suka udang :)
Kasih,
BalasPadamSelamat TahunBaru 2012 Kasih,
bolehlah dikatakan murah berbanding di sana.
Sedapnya mee hoon goreng...adei..tak tahan lama2 tengok...kecur air liur..
BalasPadamSelamat tahun baru buat Amie sekeluarga.
BalasPadamehem sedapnya !!..untung amie tinggal kat sana seafood murah..
BalasPadamsedap nih kak untuk sarapan. slurrp
BalasPadamAmie, ummi singgah makan mee hoon,sedapnya,bawa balik sepinggan lah...
BalasPadamselamat thn baru kak amie...
BalasPadamterliur plak tgk mihun grg seefood... nak sepinggan boleh kak?