Smoothie Epal Hijau & Merah
10:15 PGSalam pagi Sabtu. Sarapan apa pagi ini? Amie cuci perut dengan Smoothie Epal Hijau & Merah. Sesiapa yang tidak keluar ke mana-mana dan hendak bersihkan perut boleh ambil segelas seorang. Kenyang sampai tengahari tau!
Resepinya sama sahaja seperti yang selalu Amie buat. Kali ini Amie gunakan 3 biji buah epal hijau dan 2 biji buah epal merah. Oleh kerana biasanya epal yang dijual di pasaran disalut dengan sejenis lilin untuk membuatkan epal kelihatan segar, jadi lebih baiklah kupas kulit epal dahulu. Amie hanya kikis bahagian kulit luar untuk memastikan 'kehadiran' lilin itu tetapi nampaknya tidak ada lilin seperti yang Amie maksudkan. Jadi Amie kisar bersama kulitnya sekali.
Resepi: Smoothie Epal Hijau & Merah
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
3 biji epal hijau - buang biji dan potong kecil
2 biji epal merah - buang biji dan potong kecil
150ml susu segar
150ml yogurt asli
3 sudu besar gula
Cara:
1. Sejukbekukan epal hijau dan epal merah selama 4-5 jam.
2. Masukkan epal epal, epal hijau, susu segar, yogurt asli dan gula ke dalam pengisar.
3. Kisar kesemua bahan sehingga halus.
4. Tuang ke dalam gelas.
5. Sedia untuk dinikmati.
12 comments
Saya mau kak, hari ini di rumah saja.. mau juga cuci perut dengan segelas smoothie apel nya.. have a great weekend.. ;)
BalasPadamsalam Amie...dah 5 hari menjamah pelbagai menu2 yg berlemak2..ari sabtu kiter cuci perot lak yer...
BalasPadambagus minuman ni..bleh cuci isi perut hehehe.Menu sihat dan sedap.Nnt bleh try jugak
BalasPadamSedapnya nmpk, insya Allah pasni bleh try ;)
BalasPadamsmoothie epal...menarik dan simple je emmm leh try lepas ni. tq kak Amie share resepi bagus ni..
BalasPadamboleh buat nie....kalo blh kenyang sampai tghari nti nak ngap masa gi kerja blh la ber'diettt'
BalasPadamhuhu rajinnyerr wat smoothie...
BalasPadamBagus utk digestion system ni... nnt nak tryla... tq Salam kenal & follow di sini~
BalasPadamMelly,
BalasPadamnampaknya Kak Amie sudah ada geng smoothie...sihat & mengenyangkan!
Azatie,
memang bagus cuci perut hari ni Atie... kurang lemak 5 hari tu.
Lina_pg,
boleh cuba Lina, amalkan selalu untuk kesihatan.
Aju,
BalasPadamboleh try Aju... sedap & berkhasiat!
Mama Sara Nur,
memang ringkas saja penyediaannya, sedap!
Khairiah,
memang sesuai sangatlah untuk yang nak diet!
Aeino,
BalasPadamsenang saja buatnya, lagipun sedap!
Marya Yusuf,
terima kasih sudi datang dapur Amie... smoothie memang bagus untuk kesihatan.
Amie, lama ummi tak bersmoothie, tengok ni teringin pulak...
BalasPadam