ADSENSE

Ahad, 9 Oktober 2011

Sup Tulang & Mee Hoon Sup Tulang

Minggu lepas Amie jalan-jalan ke rumah Wana Yusuf @ Potret Kasih. Wah! Sedapnya.... ada hidangan Sup Tulang sedang menunggu. Sedap dan menyelerakan sehingga Amie pun tak sabar-sabar masuk ke dapur untuk memasak resepi yang sama. Minta izin ye.... Wana, untuk Amie kongsi resepi ini bersama teman-teman yang lain.


Sesiapa berminat bolehlah datang ke blog POTRET KASIH di SINI untuk mengetahui resepi ini dengan lebih lanjut. Amie copy paste resepi Sup Tulang di bawah ini.... terima kasih Wana dan Kak Nor Secubit Garam.

SUP TULANG
resipi asal : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
1 kg tulang lembu (lebih sedap jika digunakan tulang rusuk) ( saya guna 1 1/2 kg tulang + daging lembu )
3 biji bawang merah – dimayang halus ( saya guna 2 biji bawang besar )
1 ulas bawang putih – dimayang halus  (saya guna 4 ulas bwg putih ) - Amie gunakan 7 biji bawang putih diketuk
2 in halia diketuk
1 rempah sup bunjut@3 sudu besar rempah sup serbuk ( saya guna rempah sup serbuk )
1 1/2 sudu besar lada hitam – ditumbuk ( saya guna 1 1/2 sudu besar lada putih biji di tumbuk )
3 biji ubi kentang
garam dan gula secukup rasa
1 batang celery jika suka - Amie tak guna
1 kiub pati ayam
air secukupnya
bawang goreng dan daun sup
bahan penumis :
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang

Cara:
1.Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Sukatan air mestilah sekali ganda lebih dari paras tulang. Masaklah sehingga daging 1/2 empuk. Jangan buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat. Sebaiknya gunakan api yg sederhana sahaja. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.
2.Ceduk keluar bahagian berminyak yang terdapat di permukaan air rebusan tulang tersebut. Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan ke dalam peti ais. Akan terdapat satu lapisan membeku di bahagian atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan  di bahagian bawah itu dimasukkan kembali ke dalam air rebusan tulang. Kaedah ini dapat menghalang mulut/bibir kita menjadi berminyak setelah makan sup tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan jika hendak memasak gulai tulang..
3.Masukkan rempah sup bunjut/rempah sup serbuk, halia dan ubi kentang. Bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi. Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ayam.
4.Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan penumis hingga wangi dan masukkan bawang merah dan bawang putih yg telah dimayang. Goreng sehingga bawang tersebut menjadi garing dan curahkan kesemuanya kedalam periuk rebusan tulang (termasuk minyak).
5.Masukkan celery jika ada dan masukkan garam dan gula mengikut cita rasa masing-masing. Masaklah sehingga ubi kentang dan daging empuk. Hidangkan ke dalam mangkuk dan taburlah bawang goreng dan daun sup.

Amie ambil kesempatan untuk makan Sup Tulang dengan mee hoon. Jadi, kami sekeluarga menikmati Mee Hoon Sup Tulang sampai berpeluh-peluh.....


Kenapa sampai berpeluh-peluh.....sebab ada sambal kicap yang lazat turut disediakan.



Memang tak sah kalau tak ada sambal kicap kan..... Wokey,buat semua rakan-rakan blogger..... selamat berhujung minggu bersama yang tersayang....

7 ulasan:

nuwairani ismail berkata...

adeh......terliurnya....sambal kicap plus rasa masam2 limau, pedas2 lagi, daun sup...memang mantap!

Acik Erna berkata...

Amie..betul tu..kalau makan sup tak de sambal kicap..memang kurang sikit..tapi bila dah ada tu..dah tentu sampai berpeluh peluh..sedap sangat.

Amie berkata...

Nani,
jom makan sama.... lawan siapa basah berpeluh-peluh...

Amie berkata...

Acik,
memang sedap Acik...jom joint sama,
tambah pedas, tambahlah menyengat!

ummiross berkata...

Patutlah bau wangi sampai ke Kuching, sup tulang Amie rupanya, hehe..nak buat balik semangkuk ni!

ajumohit berkata...

kak amie, saya ni setahun 2kali je dpt mkn sup tulang puas2, time raya je hihi, maka saya masak ler mmg naalerekek hehhehe

Amie berkata...

Ummi,
langkah kanan ya Ummi,marilah jemput sekali....

Ajumohit,
he hehhh tak kisahlah, nalerekek pun nalerekelah.... apa tu nalerekek haaa....