Latok @ Rumpai Laut
6:28 PTGDengan tangan terbuka, dan pintu dapur yang memang sentiasa terbuka, Amie jemput kepada sesiapa yang sudi untuk mencicipi hidangan Rumpai Laut, yang merupakan menu tradisi masyarakat Bajau. Biasanya Rumpai Laut atau juga dipanggil latok (bahasa Bajau) dihidangkan bersama dengan ikan bakar. Antara bahan yang boleh digandingkan untuk menghasilkan hidangan ini ialah mangga muda dan cili padi. Amie ubahsuai resepinya dengan menukar mangga muda kepada mangga masak sebab Amie kurang berselera dengan rasa mangga muda..... masammmmmm! Bonda dan ayahanda mentua suka celup latok dalam air limau yang sudah bercampur dengan segala bahan termasuk asam limau dan lada. Amie pula, lain caranya... seperti di bawah ini.
Bagi yang belum pernah memakannya, Amie terangkanlah ye.... latok kadang-kadang masyarakat di sini memanggilnya sebagai anggur laut sebab rupanya pun macam anggur yang bergugus-gugus cuma butirannya halus-halus. Kalau kita makan, berderup-derap bunyi semasa mengunyahnya. Resepi yang Amie sediakan ini bukanlah resepi asal masyarakat Bajau, cuma Amie olah ikut selera Amie.
Bahan:
1 mangkuk rumpai laut - siram dengan air dan toskan segera, buangkan tangkai- rumpai laut tidak boleh direndam atau masuk dalam peti sejuk, sebab akan menjadi cair, jadi sebaik sahaja dibeli dari pasar, jangan tunggu lama untuk memakannya
1 biji mangga - sebaiknya mangga muda - cincang
10 biji cili padi - hiris
1 labu bawang besar - mayang
1cm belacan - hancurkan
2 biji limau kasturi - perah jusnya
garam /gula /perasa - pilihan jika suka
Cara:
1. Gaulkan kesemua bahan di dalam sebuah bekas
2. Perahkan jus limau kasturi
3. Hidangkan segera dan enak dimakan bersama ikan bakar.
Orang kata rumpai laut banyak khasiatnya. Oleh kerana terlalu banyak khasiat... Amie pun tak larat nak tulis di sini. Lain kali Amie tuliskan ye... ni nak hantar sepinggan kat jiran terdekat Amie di Bukit Garam tu, dik Nani di Life is Beautiful. pernah ke tidak Nani makan latok. Kalau tak pernah, cubalah cicipinya ye....dik Nani! Mana tahu boleh buat tambah satu lagi menu diet Nani.... he he hehhhh.... Ikannya kena bakar sendirilah ye Nani!
22 comments
Mmg x pernah mkn tp teringin nk mkn gk
BalasPadamKt sini Ada mkn rumput laut tp jenis daun tu
😊😄😉d(^_^o)m(._.)m
boleh beli di shoppee
PadamMemang tak pernah makan Amie. Cantik pulak rumpai laut tu, betul macam gugusan anggur. Mai sepiring,hik!
BalasPadamYa lah macam buah anggur hijau.
BalasPadamcantik la pulak. Memang confirm tak jumpa kat semenanjung.
menariknya... tapi mmg tak pernah makan... teringin nak rasa..
BalasPadamSelamat petang Amie..Rahel suka sangat makan latok ni..sedap dicelup kat lada limau..emmm..
BalasPadamAssalam amie, pernah tgk rumpai laut ni kat blog nani, mcm mana lah agaknya rasa rumpai laut tu ya, tak boleh nak gambar la, tapi terasa msm mangga muda tu dpt byg heheh
BalasPadamkak amie!!!! nani pernah jumpa benda ni masa gi pulau mabul dulu...tapi tak beli pon sebab tak tahu cara makan macam mana. nanti nani nak try jugak la...nani suke makan mende masam2 ni...aduh....kecur liur kalau dibagi limau, cili dengan mangga muda ni....nak jugak!!
BalasPadamLady Ayu,
BalasPadammemang ada macam-macam jenis rumput laut Ayu....
Ummi,
nampak cantik ketika segar ummi, tapi kalau dah cair... nampak kelongsongnya yang layu....
Hazila,
agaknya ada di semenanjung, cuba tempat-tempat tertentu saja...
Salam kak amie...masa ke kk dulu ada try gak makan rumpai laut..dorang panggil agar...sedapnya sampai tapau 2 3 bungkus bawak balik ke semenanjung,,terliur lagi rasanya nak makan menu ni..
BalasPadammenu yang sangat asing..first time tengok latok ni.
BalasPadamTak pernah mkn la amie...mesti sedapkan...mcm teringin jer nk mkn mcm tu...
BalasPadamKak amiee..satu benda baru bg mieza..sebelum ni tk pernah mieza dgr atau nampak apatah lg makan rumpai laut ni..teringin sekali nak mencubanya..mmg sah tak ada dijual di Tg Malim ni kak
BalasPadamamie... sy pernah tgk gmbr rumpai laut ni masa kwn fotopages tnjuk gmbrnya waktu dia lawat sabah.. cantikkkan.. teruja nk tau rasanya mcmana.. kalau rumpai saree yg org kelantan buat kerabu tu sedap! ratna sukaaa...
BalasPadamTak pernah mkn rumpai laut ni kak, sedap nmpk hidangannya tu
BalasPadamSalam Amie,
BalasPadamFirst time dengar nama resepi rumpai laut, rasa cam jakun lak kita dibuatnya. Makan ni begitu aja ka Amie, atau makan ngan nasi. Nampak cam salad pun ada, salad orang sabah ya...
Aeinio,
BalasPadamdatang sinilah... nanti boleh rasa...
Rahel,
kalau gitu cara makannya, itu gaya mak ayah mentua Amie tu...
Rosa,
rasa masin air laut tapi taklah rasa garam...dalam butirannya tu cecair, kalau pecah rumpai laut tu macam berlendir sikit...
Nanie,
lepas ni bolehlah Nani buat ye... makan wakut tengahari memang sedap, siap dengan ikan bakar sekali.. jangan lupa tu, kalau suka pedas, bubuh lada lebih sikit...
Kerull,
BalasPadamada beberapa jenis rumpai laut yang biasa dijadikan hidangan di sini, ada yang macam Kak Amie buat tu, ada yang jenis panjang-panjang, warna hijau,warna merah....
WC,
memang rasa asing kalai pertama kali nampak....
Ain,
rumpai laut ni tak panjang umurnya kalau di darat... mungkin ada tu di perairan semenanjung, tapi hanya tempat tertentu sahaja...
Mieza,
BalasPadaminsya-Allah suatu hari nanti kalau jalan ke Sabah, kena tempatnya... dapatlah merasa rumpai laut.... siap makan dengan ikan bakar sekali ye Mieza....jomlah datang sini....
Madiha,
pernah juga dengar rmpai saree di Kelantan, tapi belum pernah makan, rasanya tu boleh dibayangkan.... butiran kecil , dalamnya cecair dan ada rasa masin air laut, tapi taklah masin macam garam...
Ajumohit,
memang sedap bagi yang menggemarinya Aju,mungkin bagi yang pertama kali makan, lain pula penerimaannya... he hehehh
Wattie,
makan dengan nasi, tapi kalau nak makan sepuasnya, ratah aje dengan ikan bakar.... sedap!!!!
ini latok masa kat Tawau mesti makan 1 minggu 3 x... alhamdulillah sakit gout dah x pernah datang..... nak amalkan kat semenanjung x der la pulak
BalasPadamsaya nisah...saya org johor bahru. saya baru cuba makan...kali pertama saya beli kerabu latok..masuk peti ais mmg betul biji2 tu jadi lembik...kali ke dua ni saya beli yang mentah punya. sekali beli 1/2 kilo..saya makan dengan sambal belacan perah limau dgn nasi putih..mai aiii sedap sungguh berderap-derup meletup dalam mulut..
BalasPadamSy ada jual sekitar seremban...0102660313
BalasPadam