ADSENSE

Ahad, 16 Oktober 2011

Daging Goreng Kicap

Salam hari Ahad. Nampaknya hari ini Amie bersendirian di rumah. Anak sulung belum pulang dari Kota Kinabalu. Suami dan dua lagi anak bujang menghadiri kenduri di kampung..... orang lelaki saja yang dijemput! Jadi tercangak-cangaklah kesunyian di rumah. Nak masak pun rasa malas semacam tapi perut perlu diisi. Ketika membersihkan peti sejuk terjumpalah sepotong daging yang masih elok. Tiba-tiba teringinlah pula makan Daging Goreng Kicap! Entah berapa puluh tahun tak pernah masak resepi ini.


Bahan-bahan:
300 gram daging lembu - hiris nipis
2 biji kentang - buang kulit dan potong nipis
3 biji cili hijau - hiris
1.5cm halia - hiris
2 biji bawang putih - hiris
1/2 labu bawang besar - hiris
1/2 sudu lada putih - tumbuk
1/2 sudu sos tiram
1/2 sudu serbuk kunyit
2 sudu kicap manis
garam

Cara:
1. Lumurkan daging dengan sedikit garam dan kunyit.Goreng hingga garing. Toskan.
2. Goreng kentang hingga kuning keemasan. Toskan.
3. Panaskan sedikit minyak dan tumis hirisan halia, bawang putih, bawang besar dan cili hijau.
4. Masukkan daging goreng, sos tiram, kicap dan lada putih. Gaul sebati.
5. Masukkan kentang goreng. Gaul seketika dan angkat.


Tak habis pun makan seorang..... tapi sekurang-kurangnya dapatlah makan untuk penuhi keinginan!

7 ulasan:

harrazdani berkata...

antara lauk feberet ni...terbaiklah..huhuh

laskar pelangi berkata...

sedapnye...memang peveret =))

IXORAROXI berkata...

Salam Kak Amie,kalau untuk makan seorang memang mudahkan.apa saja menunya tak kisah, janjinya kenyang.Kira Kak Amie ni rajin, kalau saya seorang, saya makan biskut cicah susu+milo je!:D

Amie berkata...

harrazdani,
memang feveret tapi jarang masak..

laskar,
sedap, garing...

Ixora,
sayang tengok daging tu, kalau tak dimasak tak tau bila lagi...

Ummiross berkata...

jarang makan daging, tapi sekali sekala memang sedap kan Amie,nampak sedap tu Amie...

Sue @ Nenie berkata...

Salam Kak Amie..sedapnya..peberet saya juga ni....

nuwairani ismail berkata...

kalau masak macam ni kan, kite suke betol bau cili n bawang besarnya tu...wangi aje..makan lauk ni dengan nasi panas2 memang kene aje...