Nasi Ayam
10:31 PTG
Petang tadi rasa teruja sangat sebab bujang Amie yang kedua dijangka sampai malam ini dari Kota Kinabalu. Kem Robotik Peringkat Negeri Sabah dapat diikutinya dengan lancar bersama dua orang lagi temannya sebagai mewakili daerah Lahad Datu. Oleh kerana esok sekolah kami akan mengadakan Program Motovasi SPM, jadi petang tadi memang agak lewat pulang ke rumah kerana membantu guru kaunseling, Cik Salmi pergi mengambil 10 kotak air mineral dari kedai ( kami dapat sponsor ). Walaupun sampai rumah agak lewat, tapi hati rasa gembira sebab dapat ayam segar ( dari pasar), jadi bolehlah buat Nasi Ayam. Bujang Amie dijangka sampai pukul 9 malam sebab mula bertolak dari Kota Kinabalu pada pukul 2 petang, dan biasanya mengambil masa 7 jam perjalanan. Rasa sebak dada bila Amie telefon atau bapanya telefon., mesti dia tanya.... mummy masak apa hari ini?
Menu Nasi Ayam yang Amie masak ini sama saja dengan menu nasi ayam yang lain. Cuma supnya saja Amie bubuh lobak merah. Bagi sesiapa yang ingin mencuba resepi ini atau yang tersesat ke dapur Amie kerana tercari resepi Nasi Ayam, dengan penuh rendah hati Amie persilakanlah untuk semak resepinya di bawah ini. Amie tidak rujuk mana-mana buku masakan kerana memang sejak sekian lama Amie gunakan resepi turun-temurun dari seorang kawan Amie semasa kamibelajar di UM dulu.
Nasi Ayam
Bahan:
3 mangkuk beras basmathi - cuci dan toskan
3 mangkuk air rebusan ayam
4 sudu besar marjerin
3 ulas bawang putih - hiris halus
3cm halia - hiris halus
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
1 helai daun pandan - siat 2 dan simpulkan
2 sudu pati ayam Maggie
Cara:
1. Didihkan air dalam periuk pengukus.
2. Panaskan marjerin dalam kuali. Tumis semua bahan hirisan bersama kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dan daun pandan hingga wangi.
3. Masukkan air rebusan ayam dan pati ayam Maggie. Biarkan mendidih.
4. Masukkan beras dan kacau sekali-sekala sehingga beras kembang dan mengering.
5. Pindahkan beras tadi ke dalam periuk pengukus. Kukus selama 15- 20 minit atau sehingga nasi masak.
6. Hidangkan bersama ayam goreng, sup ayam, sos hitam dan cili.
Biasanya kalau masak Nasi Ayam, ayam direbus terlebih dahulu tetapi Amie tidak begitu. Untuk sup ayam dan juga air rebusan ayam, Amie masak bahagian lain seperti leher, kaki dan tulang. Sebenarnya ayam goreng yang Amie buat tak bertulang sebab tulang-tulangnya Amie cabut.
Ayam Goreng
Bahan:
3 bahagian peha ayam - keluarkan tulang
1 sudu gula
1 sudu sos tiram
1/2 sudu lada putih - tumbuk
1 sudu kicap pekat
1 sudu pati ayam Maggie
minyak bijan
minyak
Cara:
1. Perap ayam dengan kesemua bahan di atas sekurang-kurangnya 15 minit.
2. Goreng hingga masak.
3. Angkat dan toskan.
4. Potong dan hidangkan.
Sup Ayam
Bahan:
Tulang, leher dan kaki ayam
3 mangkuk air
1/2 labu bawang besar - cincang
2 biji bawang putih - ketuk
1 biji lobak merah - potong ikut suka
1/2 sudu lada putih - tumbuk
kulit kayu manis, bunga lawang / bunga cengkih dan buah pelaga
garam / perasa / serbuk pati ayam
daun bawang / daun sup / bawang goreng
Cara:
1. Didihkan air.
2. Masukkan kesemua bahan dan masak dengan api perlahan sehingga ayam empuk.
3. Angkat dan hidangkan bersama taburan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
Masih ada lagikah resepi yang tertinggal? Oooo... ada lagi tu... Sos Hitam dan Cili. Untuk menyediakan Sos Hitam, Amie gunakan bawang putih cincang, sedikit lada putih tumbuk, sedikit sos tiram dan kicap manis. Tambah sedikit air dan didihkan bahan tersebut sehingga pekat. Oleh kerana anak-anak suka minyak bijan, jadi Amie tambah sedikit minyak bijan dalam Sos Hitam itu. Manakala cilinya pula, Amie gunakan 2 batang cili merah, 5 biji cili minyak (cili padi), sebiji tomato, halia, garam, gula dan air limau kasturi. Kisar semua bahan dan gaul rata bersama perasanya. Dah siap lengkap sajian Amie malam ini. Tepat pukul 9 malam, bujang Amie pun sampai. Terima kasih kepada Cikgu Veronica Viotin yang telah menjaga anak kami selama 5 hari dan menghantar pulang sampai depan pintu pagar.
Apalagi.... jomlah makan.... Bismillah. Kalau tak cukup, di bawah ni ada lauk tambahan.... jangan segan-segan ye....buatlah macam dapur sendiri.
15 comments
sungguh sedap...ingat nak buat le.
BalasPadamMacam2 cara yer buat nasi ayam ni....apa2 pun..nasi ayam memang sedap...
BalasPadamAmie buka restoren, pandai memasak!
BalasPadamdh telan air liur tgk set nasi ayam Kak Amie..nk 2 set kak hihii
BalasPadamringkas, mudah dan sedap!
BalasPadamKasih,
BalasPadammemang sedap... terutamanya ayamnya yang dah tak bertulang tu...
MP,
memang macam2 cara... dan sudah semestinya sedap!
Kamariah,
sudah buka restoran Ma....alamatnya di http://salamisimon1.blogspot.com... bila2 masa boleg datang, open 24 hours... hehehehhh
Yana,
boleh... tapau lebih sikit, 2 set je cukup ke...
WC,
betul tu...pilihan bijak untuk seisi keluarga!
Assalam amie, suka --si bujang dapat mkn nasi ayam..mesti dia rindu masakan mummy nya
BalasPadamsedapnya mie. rasa mcam nak buat nasik ayam jer pulak harini..
BalasPadamtgk nasi ayam akak ni pagi2, lapar la lagi w'pun dh b'fast
BalasPadamSalam Kak Amie..sedap nyaaaaaa....lama pula rasanya tak masak ni...
BalasPadamAssalamualaikum akak amie cayang...
BalasPadamwah terliur diana tgk nasi ayam tu tau... mmg fav diana nie nasi ayam... sedaaapnya.. teringin plak nak makan skg.. ehehhehehe.. terasa2 keenakannya kat tekak nie plak.. :)
Bestnya nasi ayam Amie ni.
BalasPadamtengok nasi kak amie ni buat nani rasa lapar..nak gi makan la kejap...heheh
BalasPadamCantik nasi ayam Amie tu, rasanya pun mesti sedap..
BalasPadamnasi ayam ni kalau ada depan mata memang saya tak kan tolak..tak kisah la guna resepi apa pun...hehhehe...
BalasPadam