Ikan Siakap Kukus Ala Portuguese
6:22 PTGSelamat berhujung minggu buat semua pengunjung yang sudi bertandang ke Amie's Little Kitchen. Jemput sama menikmati hidangan Ikan Siakap Kukus Ala Portuguese yang Amie sediakan kali ini. Untuk memasak resepi ini bolehlah gunakan Perencah Ikan Kukus Portuguese. Bagaimanapun Amie sediakan sendiri pes perencahnya. Cara mengukusnya pun ikut gaya tersendiri Amie, dan terpulanglah dengan cara masing-masing, asalkan ikan itu masak dan boleh dimakan.
Bahan:
1 ekor ikan siakap - Amie potong 2 bahagian sebab ikan agak panjang (tak muat masuk seekor dalam periuk kukusan)
1/2 biji capsicum merah - potong dadu
1/2 biji capsicum kuning - potong dadu
1/2 biji capsicum hijau - potong dadu
1.5cm halia - hiris halus
sedikit hirisan daun bawang
sedikit hirisan daun sup
sedikit bawang goreng
1 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
1 sudu sos kicap manis
1 sudu sos tiram
1 sudu sos ikan
1/2 sudu pati asam jawa - bancuh dengan sedikit air
minyak
garam & gula - jika perlu
Bahan kisar:
7 biji cili kering
7 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 batang serai
Cara:
1. Taburkan hirisan halia di atas ikan dan renjiskan dengan sos ikan. Kukus selama 15 minit.
2. Pada masa yang sama, panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar sehingga pecah minyak.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos kicap manis, sos tiram dan bancuhan air asam jawa. Kacau rata.
4. Jika kurang garam, bubuhlah garam - Amie tidak bubuh garam kerana sos ikan sudah cukup masinnya.
5. Setelah 15 minit ikan dikukus, buka penutupnya dan masukkan separuh pes yang baru ditumis tadi ke atas ikan. Tutup kembali tudung periuk dan kukus selama 5 minit lagi.
6. Kemudian masukkan hirisan capsicum merah, kuning dan hijau ke dalam lebihan pes yang masih ada di dalam kuali. Kacau seketika dan tutup api.
7. Tutup api pengukus dan keluarkan dulang kukusan ikan.
8. Letakkan ikan kukus di atas pinggan dan tuangkan pes lebihan tadi ke atasnya.
9. Sedia untuk dihidangkan dan jika suka tabukan hirisan daun bawang, daun sup serta bawang goreng.
Pes ikan kukus Portuguese ini Amie ikut seperti dalam Perencah Ikan Kukus Portuguese yang mengandungi cili, bawang dan serai. Bahan-bahan yang lain Amie ikut kreativiti sendiri. Jomlah makan sama-sama.... sedap tau! Tulang-tulangnya pun Amie hisap.... bukan apa, kuahnya tu yang sedap! Rasa ikan biasa saja....
14 comments
perghhhh!sedap tu.Mintak skit Kak Amie
BalasPadamadoi....dah terbayang2 kesedapan ikan ni...kalau siakap kukus memang sedap...isinya lembut, manis lagi kalau ikan fresh...
BalasPadamassalam amie, sedapnya ikan siakap kukus ala portuguese tu, rasa ikn tu pun dh sedap manis n lemak lemut je
BalasPadamassalam amie..acik ambik resepi ye..dah kata sedap..terliur pulak..
BalasPadamSedapppppnyaaaa...kechur kita...
BalasPadamIxora,
BalasPadamboleh dik...ambil,kita makan sama-sama ye...
Nani,
sedapkan...sampai tulang-tulangnya pun sedap... heheheh
Rosa,
memang sedap, tambah pula makan waktu masih panas....
Acik,
silakan Acik... masak sedap-sedap ye, nanti panggil kami datang tolong makan...kih kihkoih
Cik Cek,
marilah sini dik....makan sama, tapi kesat dulu liur tu...hi hihiiii
Assalamualaikum akak amie cayang...
BalasPadamwah sedapnya tgk ikan kukus tu akak... lain kali nak cuba resipi nie plak.. mmg nampak sgt sedap tu akak
sedapnya nengok tang kepala nye tu kak amie..rasa macam makan kat restauran lak...hehhehe...suka makan ikan besar2 ni...isi manis...:)
BalasPadammmm.. sedapnya amie..
BalasPadammaklong sekarang ni pun suka ikan siakap kukus ni.. lembut dan manis isinya.. nanti nak tiru resepi amie nilah.. :)
assalam kak amie,sedapnya kak. suka sgtla saya kalau hari-hari mkn ikan kukus gini pun tak pe...tapi siakap ni susah sikit nak jumpa kat sini.jarang-jarang ada.
BalasPadamSalam Kak Amie, fuhhhhh tengok siakap akak duk posing mosing cenggini buat saya ngencesss jeeeee......
BalasPadamtengok mata ikan pun dah tau..mesti kena dera dgn k.amie....
BalasPadammalas nak tenung lebih2 takut nanti akak tercekik tulang..bila dah tercekek tulang..alamat dah takde la menu ikan yg terngetop dari akak...
Diana,
BalasPadamkalau bubuh sos itu ini campur segalanya, sedap ajelah.... he hehhh
Quinnie,
yang sedap begini sekali-sekala je buat dik, buat selalu nanti kurang pulak sedapnya ye...
Maklong,
silakan Maklong... buat jangan tak buat, air tangan Maklong mesti sedap punya....!
wc,
BalasPadammemang sedap....
Nieza,
masak kukus memang cara diet yang sihat ye Nieza.... takpe, tak ada siakap ikan lain pun boleh kan...
Sue,
kesian ikan tu kena buat macam-macam pose yea...
Ucu,
iyalah dik.... sekali kakak tengok rupanya mata ikan tu dah juling...