Ikan Cencaru Panggang Sumbat Sambal Kelapa

8:36 PTG

Ada sesiapa tak yang terfikir kalau masuk dapur Amie seperti masuk kebun sayur atau masuk pasar sayur. Maklumlah, asyik dihidangkan dengan ulam-ulaman saja. Dalam seminggu rasanya memang menu wajib Amie  tak lain tak bukan mesti ada ulam. Sebenarnya tidak banyak jenis ulam yang dijual di pasar Lahad Datu sebab  selera masyarakat di sini tidak sama dengan selera kita. Daun selom, ulam raja, segala pucuk gajus, pucuk kaduk dan sebagainya memanglah tak dijual.... pernah seorang kawan (tahun 90-an) kalau nak masak laksa, terpaksa masuk kawasan hutan untuk mencari daun kesum dan bunga kantan. Oleh kerana banyak jenis masakan yang diperkenalkan oleh orang semenanjung yang bekerja di sini, terutama yang rajin berjualan di Pasar Tani... maka masyarakat tempatan pun mula menjual daun kesum dan bunga kantan. Petai dan jering... memang mereka tak makan. Tapi kami pun tak berapa pandai makan buah bambangan, durian merah, buah tarap dan macam-macam lagi buah-buahan di sini. 

Ulam pegaga yang ada di atas itu suami Amie yang tanam.Janganlah cari pegaga di pasar ye.... pusing depan belakang pasar pun tak akan jumpa. Teringinlah pula nak makan ikan cencaru sumbat kelapa cecah dengan ulam-ulaman segar. Amie kongsi bersama resepi Ikan Cencaru Panggang Sumbat Kelapa, antara menu yang memang menjadi kegemaran Amie.

Bahan:
1 ekor ikan cencaru - bersihkan dan belah bahagian belakang

Bahan untuk Sambal Kelapa:
1 cawan kelapa parut
2 biji cili merah
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1cm belacan
1/2 sudu teh lada putih 
1 batang serai - mayang halus
1 helai daun kunyit muda - mayang halus
sedikit pati asam jawa
garam & gula

Cara:
1. Tumbuk hingga lumat lada merah, bawang merah, bawang putih, serai, belacan dan lada putih.
2. Masukkan kelapa parut, pati asam jawa, garam dan gula. Tumbuk lagi tetapi jangan sampai kelapa parut lumat.
3. Gaulkan dengan daun kunyit muda.
4. Sumbatkan sambal kelapa ke bahagian belakang ikan.
5. Panggang ikan di dalam oven sehingga masak.
6. Hidangkan semasa panas bersama ulam-ulaman pilihan.

Kalau ikutkan hati memang suka ratah saja ikan sumbat sambal kelapa dengan ulam-ulaman! Sedaplah rasanya bagi yang suka makan begini.... bagi yang kurang gemar, selongkarlah gerobok Amie... carilah apa yang ada yang boleh memenuhi selera....... ngeeeee.....

21 comments

  1. Amie..bambang.tarap,pucuk midin..acik biasa tengok,.masa jerja kuarantin dulu..

    BalasPadam
  2. sungguh menyelerakan..ulam2 juga best!

    BalasPadam
  3. Amie, kalau makan lauk macam ni boleh tambah nasi 2-3 kali ni..

    BalasPadam
  4. tula kan kak amie..payah nak jumpa sayur2 macam kat tempat kita... pegaga ni lagilah xde. bunga kantan pulak jarang2 sekali ada jual di pasar sandakan. itu yang nani pelik tengok kak amie hidang petai. sebab tak jumpa kat sini.

    BalasPadam
  5. Amie... lama nyer tak msk or mkn ikan sumbat kelapa. Dulu mak selalu msk begini yg paling sedap di panggang atas bara bungkus ngan daun pisang..wangi bau daun pisang tuh. Sedap lah dimkn bersama ulam2 lagi2 ada sambal belacan..yum3x

    BalasPadam
  6. Hari ni nora godek blig kak amie..bila la nak pandai masak mcm akak..hubby dah mula bising..bukan tanak buat kan..mana yg sempat je..huhu

    BalasPadam
  7. Kalau dapat makan ikan cencaru yang Amie sediakan amatlah sedapnya,rindu dengan masakan negara kita walaupun cuma 5 hari kak Zai tak makan.

    BalasPadam
  8. untaleoAcik,
    jsuh perjalanan luas pemandangan ye Acik, & banyak pengetahuan...

    WC,
    kita sekepala .... suka makan ulam!

    Ummi,
    Amie ratah aje ulam tu dengan sambal kelapa Ummi...

    Nani,
    sekali-sekala pergi Tawau, kalau ada petai di sana, memang Kak Amie borong...

    BalasPadam
  9. Mama Hawa,
    memang sedap sangat panggang atas bara, hasilnya pun gurih....

    Nora,
    sebenarnya Nora pun pandai masak....

    Kasih,
    tergoda ye....

    Zaitun,
    rindu dah ke....

    BalasPadam
  10. kak amie..geram nengok isi sambal dlm perut ikan tu..saya kalau ada ikan cencaru besar memang suka masak cam gini..sedapnya makan lak ngan ulam2....memang berselera habis...hehhehe

    BalasPadam
  11. assalam amie, lamanya kita tak mkn ikan subat kelapa ni, ingat kat arwah nenek, dia suka msk ikan gini.

    Bestnya amie, mkn lauk gini, bersama ulam2an,tgk pagi2 pun terliut ni

    BalasPadam
  12. Salam Kak Amie..wahhhh cengcaru..antara ikan peberet ni..suka gak panggang ngan sambal kelapa macam ni tapi selalu malas..last2 goreng sumbat cili dan bawang jee...ha ha ha ha

    BalasPadam
  13. kak, ikan cencaru sumbat kelapa ni salah satu makanan kegemaran qema..terus terliur nih..

    BalasPadam
  14. rindu nak makan ulam2an kat msia tu. huhu.. masuk sini nampak hijau ulam2 tu yg best! ;D

    BalasPadam
  15. hari2 sergah gerobok k.amie..tapi tak jumpa jugak buah tarap..bambang..
    teringin jugak nak tengok mcm mana rupa paras benda2 tu...

    BalasPadam
  16. Menu fav kak cek lagi....suka...suka sgtnya...:D

    BalasPadam
  17. Quinnie,
    Kak Amie pun sama, kalau jumpa cencaru besar memang tak fikir lain... sumbat je dengan sambal kelapa...sedapkan.

    Rosa,
    Amie pun teringat kat makcik Amie yang suka sangat panggang ikan cencaru...memang sedap!

    Sue,
    ini tengah angin rajinlahni... kalau mood malas memang masuk oven saja tak payah sumbat-sumbat lagi dah... he hehehhh

    BalasPadam
  18. Qema,
    wah! ramaipenggemar ikan cencaru masakan yang sama ye...

    Asmara,
    mehlah sini... balik kampung masuk hutan cari ulam.. he hehehh

    Ucu,
    nantilah ye kalau dah musim tarap & bambangan...kak Amie tayang untuk ucu ye... (lama tak pergi kebun belakang di kampung.... memang ada pokok tarap)

    Cik Cek,
    jom makan sama Cik Cek...

    BalasPadam
  19. akak...
    tgk pun dah terliur nie.. wah! suka sgt makan ikan sumbat gini... mmg sedap..

    BalasPadam
  20. 1st time tgk resepi mcm ni...jap g sy nk try buat utk ikan sebarau yg suami dpt mse mncing pg td..blh la gn masak utk berbuka karang

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe