Udang Cacamerba & Wantan Udang

8:29 PTG

Salam malam Selasa buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Oleh kerana lewat pulang dari kerja, Amie hanya sempat sediakan Udang Cacamerba untuk makan malam .......ini istilah untuk masakan bercampur baur dalam keadaan kelam kabut. Udangnya pun masih lengkap berpakaian.... tak sempat kupas, terus masuk kuali.



Dan di bawah ini ialah Wantan Udang yang Amie buat kelmarin tetapi hanya sempat digoreng petang tadi. Amie perlu berehat lebih awal malam ini, memandangkan pada siang tadi banyak gunakan tenaga di tempat kerja. Resepi kedua-dua menu ini Amie tulis kemudian ye.... 


Sesiapa yang datang ke dapur Amie, dapatlah kiranya layan diri... makanlah apa yang ada, tinggalkan Amie seekor udang dan beberapa ketul wantan.... wokeyyyyy.... jumpa lagi! Salam sayangggggg......

***********************************

 
Amie masuk semula ke dapur setelah berehat sebentar. Nampaknya sudah ada yang beminat untuk mendapatkan resepi Udang Wantan. Udang cacamerba tu tak payahlah Amie tulis resepinya ya.... sebab masak udang ni, orang kata campak apa pun mesti sedap kerana dah memang udang tu rasanya sedap! Rebus bubuh garam pun sedap!

Resepi Wantan Udang (ini ikut kepala Amie tau....)

Bahan-bahan:
50 keping kulit wantan
2 cawan isi udang - cincang halus
1 cawan isi ikan - tumbuk lumat bersama 2 sudu air
1/3 cawan lobak merah cincang
3/4 cawan jagung tin
1 labu bawang besar - cincang
2 batang daun sup- cincang
1/2 sudu kecil lada putih - tumbuk
1 sudu pati ayam Knorr

Cara:
1. Gaul kesemua bahan di atas hingga sebati.
2. Bubuh satu sudu kecil bahan di atas ke atas kulit wantan. Kemudian kepit kulit wantan supaya melekat. Tak perlu gunakan air ata telur kerana isi wantan sudah menjadi pelekat kepada kulit wantan.
3. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk membentuk wantan kepada bentuk 3 segi, bulat atau seperti yang Amie buat di atas.
4. Goreng wantan dalam minyak yang banyak hingga kekuningan.
5. Angkat dan toskan minyaknya.
6. Hidangkan bersama pencicah kegemaran masing-masing.

P/S: Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk memilih isi wantan. Biasanya Amie gunakan isi ikan sepenuhnya, tapi kali ini Amie gunakan udang campur isi ikan. Isi wantan yang Amie sediakan lebih dari cukup untuk menyediakan 50 keping wantan. Itu sebabnya wantan Amie nampak gemuk-gemuk kerana isinya penuh. Sebaik-baiknya isi sedikit sahaja supaya hasilnya lebih kemas dan cantik. Seronok sangat tengok anak-anak makan.....

23 comments

  1. Kak amie,udang kalo msk pa pun sedap kak,feberet udang ni..sy pon da beli kulit wantan,igt nak wat wantan goreng juga esk lusa..Nanti akak syer resepi eks,kut2 blh menerai rcp akak..

    BalasPadam
  2. Salam Kak Amie..biasanya resepi cacamerba lah yg sedap kan..xtahan tgk wantan tu..suka wantan :=)

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. nampak kepala udang aje terus teringat petis..hihih...dah lama nani nak buat wantan...tapi di giant sandakan takde pulak jual kulit wantan...hadoi...tak tahu nak cari kat mana dah...

    BalasPadam
  5. Tak pernah cuba buat wantan ni.. selalu makan yang dah siap je, tentu sedap Amie masak..

    BalasPadam
  6. kak, sedapnya! tapi byk kali kalau singgah dapur akak ni tak kenyang-kenyang juga...jamu mata jer la..hehe

    BalasPadam
  7. amie..
    maklong sejak2 dah tua ni.. bila sebut udang je, selera terbuka luas.. kalau yang lain2 tu kureng sikit..
    nampaknya kena cuba resepi amis ni..
    nampak sedap..!!

    BalasPadam
  8. salam kak.. lama ita tak singgah sini.. akak sibuk kebelakangan ini.. nampak menarik wantan tu kak ita tak pernah makan

    BalasPadam
  9. sedapnya kak wantan...saya suka tapi tak pernah buat sendiri....berketul2 boleh habis saya sorang je makan...hehhehe

    BalasPadam
  10. sy suka wantan..suka sgtt..tp x reti nk buat..skang boleh ler try buat ni..hehe

    BalasPadam
  11. Dana,
    tak puas makanlah.... rebut2 dengan anak-anak... he hehehhhee

    Yana,
    wantan memang sedap kan Yana...

    Nani,
    ada dijual di supermarket, di pasar pun ada...kak Amie jumpa di Pasar Sri Perdana...

    Che Mid,
    kalau buat sendiri...puas makan & boleh tentukan bahannya ikut citarasa.

    Nieza,
    takpe... kalau belumkenyang datanglah lagi ye Nieza...he heheh

    BalasPadam
  12. Maklong,
    jarang orang tolak udang ye Maklong...sebab dah memang udang tu sedap...

    Ita,
    kak Amie & anak-anak memang hantu wantan, kalau buat kena lebih-lebih, tu sebab sekali-sekala je buat...

    Quinnie,
    kakak pun suka sangat wantan, kalau makan di kantin...beli berketul-ketul sampai rasa malu sendiri sebab banyak sangat nampaknya kakak makan... tapi kalau buat sendiri...puas makan!

    Nens,
    kalau dah biasa buat wantan, isinya kita boleh tentukan dari bahan apa yang kita mahu...

    BalasPadam
  13. Salam Kak...Lama betul saya tak buat wantan, tapi selalu pun buat sup, belum pernah lagi goreng..ada masa nanti bolehlah cuba ni....

    BalasPadam
  14. kak amie cayangggg..nak tanya kulit wantan tu sama ke dengan kulit popia yang dijual di kedai tu? mieza tak pernah buat wantan tp teringin nak mencuba resepi kak amie ni..sedapkan kak..cicah dengan sos..uhhhh hangus diet mieza kak!

    BalasPadam
  15. amboi sambil masak boleh juga keluar masuk..keluar masuk utk rehat...

    tak pernah buat n tak pernah rasa...tahap jakun ni...(kesihani lah adik mu ini..)

    BalasPadam
  16. Sedapnya nmpk wantan tu kak, insya Allah nnti nk try ;)

    BalasPadam
  17. Amie...Anak2 ummi suka sangat wantan goreng, senang je rupanya nak buat, ummi tak pernah buat sendiri lagi.

    BalasPadam
  18. Sue,
    kalau beli wantan yang dah siap memang kak Amie buat sup, tapi kalau buat sendiri kakak goreng...

    Mieza,
    kulit wantan tak sama dengan kulit popia, kulit wantan lembut & lembik sikit...kalau di sini memang dalam bentuk 4 segi kecil ...

    Ucu,
    jakun pun sekarang ni dah tinggal di bandar tau ucu... rasa wantan sangat sedap Ucu, tapi bergantung pada isinya juga... tapi memang sedap!

    BalasPadam
  19. Aju,
    memang sedap dik... boleh try...buat banyak-banyak ye sebab memang tak puas makan seketul dua...

    Ummi,
    kalau ada kulit wantan, buat saja bahan untuk isinya ikut suka kita....cubalah Ummi.

    BalasPadam
  20. lama tak mkn wantan kak....sini susah nk cari kulit wantan, wantan sini dipanggil gyouza kak..pas tu menu2 camping tu pun sedap2 nmpk...

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum Amie,

    Bestnya wantan udang tu. Ni kena cubalah jugak. thanks for sharing.

    BalasPadam
  22. udang tu masih tutup aurat yer kak..hehe..geli hati je baca ayat 'masih lengkap berpakaian' tu.. :D
    x pernah lg try wat wantan ni kak..cam best je..

    BalasPadam
  23. sedapnyer!! tak pernah guna wantan, agak2 kalau tukar kulit popia jadik tak ek? hehe.. pandai2 je kan. :D

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe