Ikan Kembung Asam Kari

8:25 PTG

Rasa sunyilah pula petang ini. Biasanya sewaktu Amie sediakan makan malam di dapur, anak kedua yang baru pulang dari sekolah akan berseru dari pintu ruang dapur.....mummy masak apa hari ini? Itulah sahaja pertanyaan yang sama diulang setiap petang sebaik tiba di rumah. Petang ini dia sudah berada di Kota Kinabalu. Pertama kali Amie berjauhan dengannya untuk tempoh 5 hari. Syukurlah, perjalanan selama 7 jam dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu dapat ditempuhinya dengan selamat, tidak mabuk dan muntah-muntah seperti salah seorang rakannya. Dan baru sebentar tadi Amie telefon, katanya sudah siap mandi, makan dan bersedia untuk mengikuti program pukul 8 malam. Biarlah....biarlah dia belajar hidup berdikari. Asyik memikirkan dirinya, tak tersedar siaplah lauk untuk makan malam kami.


Ha.... inilah hasilnya resepi untuk mereka yang jenis lipas kudung dan mengejar masa. Semua masuk kuali sekali harung. Dalam kuah ada ikan kembung, dalam kuah ada sayur terung dan kacang bendi....2,3 dalam 1. Bukan setakat masuk lada dan air asam jawa, masukkan sekali serbuk kari! Siapa kata tak sedap.... belum cuba belum tau..... Ucu Faridah  dan Hazila sudah lama menunggu di pintu... marilah jemput masuk, makan sama! 


Bahan-bahan:

3 ekor ikan kembung sederhana besar - bersihkan dan potong 2
2 biji terung - belah 2 & potong 4
10 biji kacang bendi
1/2 sudu pati asam jawa - bancuh dengan sedikit air
3 sudu rempah kari
1 batang serai - diketuk
5 helai daun limau purut
garam / gula / perasa
300ml air
minyak


Bahan kisar:
15 biji lada kering 
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih 
1.5cm belacan 

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan rempah kari, serai dan bancuhan air asam jawa.
3. Masukkan air dan biarkan mendidih.
4. Masukkan terung bersama ikan kembung. Biarkan mendidih atau sehingga terung dan ikan masak.
5. Masukkan kacang bendi dan daun limau purut.
6. Perasakan dengan garam & gula / perasa lain.
7. Apabila kuah hampir pekat, tutup api.
8. Sedia untuk dihidangkan.




Masakan begini memang pilihan bijak untuk orang yang kurang pandai mengurus masa macam Amie.  Apa pun, hidangan tunggal ini kira lengkaplah sudah sebagai lauk makan malam kami sekeluarga. Mana Ucu dengan Hazila yang dah lama menunggu tu ye.....? Jom makan sama-sama..... cuci tangan dulu. Bismillah.....

21 comments

  1. nani tak pernah buat masak asam kari macam ni...tengok rupe masakan tu macam sedap pulak...terus perut pon terasa lapar yang amat...hadoi...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Amie,
    Kalau rumah dekat rasa2nya saya nak hantar mangkuk tingkat dan bayar ikut bulan je.... tiap2 hari masak yg best2 jek...

    BalasPadam
  3. Nani,
    ini resepi main bantai je... apa yang ada masuk sekali harung... habis cerita, jimat masa, tenaga...

    Yatie,
    waalaikumussalam,
    oooo.... mangkuk tipin tu ye... he he hehhboleh sangat.... tingkat bawah bubuh nasi, tingkat dua bubuh ikan, tingkat 3 bubuh ulam & ingkat 4 bubuh sambal belacan... amacam, okey tak?

    BalasPadam
  4. jommm makan...alahai sedapnya ikan kembung asam kari tu..!!!!!Mp goreng mee jer..(menu orng tak berapa rajin)hehehhe...bolehlah kan..

    BalasPadam
  5. terliur tgk asam kari tu amie, pandai amie msk mcm2 jenis lauk

    BalasPadam
  6. sedapnya kak saya pun sekarang ni kalau masak gulai asam mesti letak kari...hehhehe..suka nya tengok bendi tu....rasa nak ratah je..:)

    BalasPadam
  7. Singgah sebelum tidur Amie, sebab bau kari ikan sangat2 menggoda...

    BalasPadam
  8. kak amie first time tgk menu ni kak.. tentu sedap sebab rasa masam dan pedas kari..

    BalasPadam
  9. owh dipanggil asam kari erkh..pernah buat tp tak tahu nama ..hehehe

    BalasPadam
  10. eerkk..alhamdulilah dah sendawa, (ada bau kari la pulak)...

    BalasPadam
  11. Salam rindu Amie.......miss u so muchh dear. Bila masuk aja rumah Amie......ya Allah berderet2 menu yg sedap2, rajin sungguh Amie memasak,nampak sungguh menyelerakan..... Anak akak pun sama Amie, bila sampai jer rumah, mesti tu soalan pertama yang ditanya Mama masak apa hari ni???? keh keh keh...hari ni mama masak kari tulang lembu ngan sup ekor chef wan....

    BalasPadam
  12. mcm masak asam pedas gak kan kak amie..cuma masuk serbuk kari eh?
    emm boleh pelbagaikan masakan ni..hehe

    BalasPadam
  13. Assalam amie,
    sedapnya kita tengok lauk asam kari ni amie...kecur kita tau..lagi2 belum makan ni dapat makan dengan roti pun sedap juga ni..slurrpppsss

    BalasPadam
  14. Aroma daun limau tu yang best. Kakak memang suka asam pedas amie. Makan masa masih panas, hmmm kalau tak berpeluh tak usah cakaplah hihi...

    BalasPadam
  15. kecur liur tapi takut nak try..masak asam pedas pun tak lulus lg nih..

    BalasPadam
  16. MP,
    goreng ikan kembung pun sodap apa... bubuh kicap, makan dengan nasi panas...terangkat tau!

    Rosa,
    masakan orang kampung je...

    Quinnie,
    entah apa khasiat bendi... memang sayur wajib ada dalam seminggu tak pernah miss...

    Ummi,
    jemput Ummi...jangan balik dengan perut kosong ye Ummi

    BalasPadam
  17. Juwita,
    gunakan saja mana bahan yang ada di dapur Ita...

    MamEma,
    itu nama Kak Amie bagi, tak tahulah kalau orang lain... he hehehh

    Ucu,
    dia ni memang sportinglaaa... makan mesti sampai kenyang ye.... jangan malu2..

    Wattie,
    tunggu ye...nak datang dapur Wattie nak hirup sup tulang...

    BalasPadam
  18. Nens,
    masukkan saja...tambah aroma, sedap pun memang iye...

    Ayu,
    kalau dah masuk serbuk kari...makan dengan roti pun sedap...cuma pedas sikitlaaa...

    Kakzakie,
    aroma daun limau memang membangkitkan selera ye kak...

    Nora,
    masak je...lama-lama jadilah tu...

    BalasPadam
  19. Salam Kak Amie, saya kalau ada ikan kembung..ada bendi..memang berselera....dua dua tu kegemaran...Lauk akak ni pun nampak sedapppppp

    BalasPadam
  20. nmpk sgt sodap..tp syg nye papa mifz x mkn ikan...huhu

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum
    Pakcik Temuk minta izin tumpang mengintai segala masakan kat dapur Amie tu. Hebat-hebat! 'Bila tiada orang di dapur' Pakcik suka juga membuktikan (pada diri sendiri) yang Pakcik pun ada 'air tangan'. Malangnya selalu saja ada orang di dapur, termasuk si bibik. Seronoknya dengar bila Amie kata dapur boleh meredakan tekanan! Love your other blogs too.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe