Ikan Kering Kukus & Kerabu Pucuk Paku
7:49 PTG
Sekolah Amie cuti satu hari saja untuk sambutan Deepavali, hari ini... Rabu. Esok kembali ke sekolah. Kalau begini gaya cutinya, alamatlah esok sekolah jadi sunyi sebab ramai murid akan sambung cuti. Orang lain sibuk pergi ke rumah terbuka Deepavali, Amie pula masuk dapur masak ikan kering!
Ikan Kering Kukus ini Amie tuangkan sedikit bahan tumisan termasuk petai dan tomato hijau serta daun kari. Boleh tak bayangkan apa rasanya? Ikut selera Amie tentulah sedap sebab masak ikut apa saja bahan yang ada di dapur. Amie tuliskan di bawah ini resepi Ikan Kering Kukus, hasil air tangan sendiri.
Bahan:
sepotong ikan kering merah
Bahan tumisan:
3 biji bawang putih - hiris
1 labu bawang besar - mayang kasar
2 biji cili merah - hiris
1.5cm halia muda - hiris halus
1/2 cawan petai - belah 2
1 biji tomato hijau - belah 8
1 pelepah daun kari
1/2 sudu teh pati asam jawa - bancuh dengan sedikit air
1 sudu serbuk pati ikan bilis
minyak
Cara:
1. Kukus ikan kering hingga masak- Amie letakkan di dalam periuk nasi sebaik sahaja nasi yang ditanak mula mengering.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, bawang besar, halia dan lada merah.
3. Masukkan air bancuhan asam jawa, petai dan daun kari.
4. Masukkan tomato.
5. Masukkan serbuk pati ikan bilis. Kacau rata.
6. Tuangkan di atas ikan kering kukus.
7. Hidangkan dengan nasi panas.
Amie terlewat bangun pagi tadi. Masuk ke dapur terpandang bungkusan sayur atas meja. Oooo... rupanya pagi-pagi lagi si dia sudah ke pasar. Amie pilih sayur pucuk paku untuk dibuat kerabu, dan campur dengan lobak merah. Memang Amie hantu lobak merah.... suka sangat makan lobak merah celur dengan sambal belacan. Memandangkan anak-anak tidak akan menjamah ikan kering, Amie buatkan mereka ikan cencaru panggang sumbat sambal kelapa. Sebenarnya ini menu ulangan tapi oleh sebab anak-anak suka, tak kisahlah kalau Amie buat lagikan. Jadinya, sambal kelapa yang Amie sediakan untuk buat kerabu pucuk paku itu Amie bahagi 2. Separuh untuk pucuk paku dan separuh lagi untuk sumbat perut ikan cencaru. Amie tak bubuh belacan dalam sambal kelapa kali ini sebaliknya Amie gantikan dengan udang kering. tempohari Amie buat sambal kelapa bubuh daun kunyit, tapi kali ini malas nak cari daun kunyit di belakang dapur.... sebab selalu suami yang tolong ambilkan. Pemalas punya orang ye.... Sesiapa berminat bolehlah tengok resepinya di bawah ini.
Bahan:
2 cawan kelapa parut
1/2 cawan udang kering - rendam
7 biji cili padi
1 batang serai - mayang halus
3 biji bawang merah
1/2 sudu teh pati asam jawa
garam & gula
Cara:
1. Tumbuk cili padi bersama bawang merah, serai dan udang kering hingga lumat.
2. Masukkan kelapa parut dan tumbuk sekali lagi tetapi jangan sampai lumat.
3. Gaul sambal kelapa bersama pati asam jawa, garam dan gula.
4. Sebahagian sambal kelapa sumbat ke dalam perut ikan. Panggang ikan dalam oven hingga masak.
5.Sebahagian sambal kelapa lagi gaul bersama pucukpaku dan lobak merah celur. Tambahkan hirisan bawang besar dan cili merah. Perahkan air limau kasturi.
Berbalik cerita ikan kering tadi, sebenarnya masa nak balik raya tempohari Amie beli 8 jenis ikan kering termasuklah ikan kering di bawah ini.
Ini salah satu jenis ikan kering yang istimewa di sini. Ikan kering ini diperbuat dari ikan merah atau ikan jenahak. Amie beli yang kecil sedikit anggaran 1/2 kilogram seekor. Harganya RM30.00 sekilogram. Perut ikan kering ini nampak kembung sebab diisi dengan garam. Kepalanya dibungkus dengan kertas mungkin supaya garam tak terburai jatuh sebab biasanya ikan ini digantung ke bawah (yang Amie lihat di pasar). Semalam, Amie telefon bonda... katanya semua ikan kering yang Amie bawa waktu raya dulu sudah habis dimakan. Alhamdulillah..... tiba-tiba Amie teringat semua ikan kering yang Amie simpan dalam peti sejuk yang dibeli sama waktunya Amie belikan bonda 2 bulan yang lalu! Oh.... masih elok lagi..... Amie pun kukuslah sepotong...... masak sikit saja sebab isinya tebal dan padat! Suami kata.... sedap sangat tapi kehadiran ikan cencaru sumbat sambal kelapa mengganggu kelazatan ikan kering kukus yang sedang dinikmatinya! Nak buat macamana.... masak ikan kering saja nanti anak-anak tak makan pula!
Sewaktu Amie sibuk menggaul kerabu pucuk paku, tiba-tiba muncul anak bongsu menghulur buah anggur.... ya Allah! Ini rupanya yang kami sangka selama ini tupai..... cepat-cepat Amie pergi ke belakang dapur. Beberapa gugus anggur hanya tinggal tangkai....
Inilah gugus anggur yang tinggal..... sebahagian anggur sudah dipetik si bongsu.Dan ini merupakan kali ke 3 anggur kami berbuah, dan dapat tangkap tupai berkaki 2 yang selalu makan anggur kami.... he hehehhhh, rupanya kalau anggur masak... manis rasanya! Okey.... nampaknya hari ini lebih kepada cerita karut saja.... dari ikan kering pergi ke anggur dan tupai kaki 2 pulak!
18 comments
wah....seronoknya tengok pokok anggur kak amie tu...kalau nani ada kereta, mau aje nani singgah di rumah kak amie, pastu jadi tupai no 2 lagi...hihih...
BalasPadamikan kering ni kalau sape2 tak makan memang rugi la...inilah pembuka selera orang kata..kalau x lalu makan ke, memang kene beli ikan kering...
ikan kering pembuka selera..kerabu..bertambah2 selera
BalasPadamHehe nak anggur tu Amie, best kan kalau tanam menjadi. Lauk2 tu memang memenuhi selera ummi jugak...
BalasPadamRasanya kat Semenanjung takde ikan kering seperti itu. Selalunya ikan talang, kurau dan ikan sawah padi. Saya suka tulang ikan kering masak gulai atau masak lemak.
BalasPadamwahhh best betul, siap ada pokok anggur yang berbuah lagi di rumah Kak Amie eikkk
BalasPadamkilling menu ni :)sedap tu ada ikan kering
wah seronok betul tengok buah anggur akak ni...:)
BalasPadamikan kering kat sana memang best la...saya suka makan ikan kering dari sana..dulu beli...sekejap je habis..hehehe..tak sangka bleh masak kukus cam gitu...:)
kerabu pun sedap..dahlama tak buat cam gitu...
Nani,
BalasPadamha..haaaa...haa ada tupai no 2 ye... ni pokok anggur dah tak terjaga Nani, nak buah, buahlah... tak nak berbuah pun suka hati pokoknyalah... tapi dia nak berbuah juga...
inilah sat-satunya buah tangan kalau balik kampung selain buah salak....
WC,
menu kampung....
Ummi,
pokok anggur tu hidup segan mati tak mahu Ummi... sebab tuan tanah dah tak ambil pedulu, kejam betulll....
Hazila,
BalasPadamAmie pun rasa tak ada ikan begini di sana, macam di Sarawak... yang istimewa ikan terubuk masinnya pula...
Ixora,
makan ikan kering ni sikit je... sebab masinnya tu dah cukup rasa untuk makan dengan nasi...
Quinnie,
ginilah saja cara kak Amie masak ikan kering,kukus je...senang & sedap!
Kak amie memang nampak besar ikan kering tu.. masin ye kak rasanya.. teringin nya la nak rasa.. tentunya sedap.. suka tgk cara akak masak amat menyelerakan
BalasPadamikan kering memng sedap...
BalasPadamWahhhh...kak amie tanam anggur yer..seronoknya bila berbuah...
lum pernah ida mkn ikan merah yg jadi ikan kering ni kak....mesti sedap sgt isi dia tu....tambah pulak mkn dgn kerabu pucuk paku tu...emmmm, mmg sedap ni...
BalasPadamSalam Kak Amie..sedapnya..terliur tengok ikan kering kukus tu..siap ngan petai tu..yang tak tahan tu...nak zikit
BalasPadamaslmkum amie.. sedapnya tgok ikan kering amie tu.. kt sni mmg tak jumpa.. ikan kering saya suke msk lemak kuning dgn nenas .. perggg
BalasPadamAssalamualaikum Amie,
BalasPadamBagi akak ni menu terbaru ni, sebab akak tak pernah makan lagi ikan kering kukus, nampak cam best, betul kata Nani ikan kering ni pembuka selera....
Maruku dan casablanca kat bawah tu lagila mengancam jiwa ni......
Psssttt.... mai singgah rumah akak makan nasi beriani
Assalamualaikum Amie,
BalasPadamBagi akak ni menu terbaru ni, sebab akak tak pernah makan lagi ikan kering kukus, nampak cam best, betul kata Nani ikan kering ni pembuka selera....
Maruku dan casablanca kat bawah tu lagila mengancam jiwa ni......
Psssttt.... mai singgah rumah akak makan nasi beriani
huhu..waw..waw..makanan kat dapo Amie semua menyelerakan..suka semua..
BalasPadamBagi kak Zai yang suka makan ikan kering masak apa pun sedap tapi sekarang ni tak boleh makan banyak2 sebab b/p akan melonjak hehehe....
BalasPadamAmie tanam anggur...bestnya.
salam amie..
BalasPadamtak pernah pula ikan kering dikukus.. biasanya mesti digoreng & kadang2 dimasak gulai.. nampak sedap pulak msk versi amie ni..
wahh.. mesti seronok kan dpt merasa buah anggur dr pohon sendiri gitu...
p/s: sekolah anak madihaa bercuti whole week! tp sek agama tetap sek mcm biasa.. hehe..