Nasi Lemak Utara

2:56 PTG

Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Oleh kerana kami sekeluarga berkumpul bersama pada hari ini, jadi Amie sediakan menu merangkap sarapan pagi dan makan tengahari untuk anak-anak dan suami. Kali ini Amie cuba resepi Nasi Lemak Utara pula dan pertama kali gunakan halba tetapi tidak memasukkan lada hitam biji sebagaimana yang tercatat dalam buku resepi. Amie tambah sayur kangkung celur di samping lauk-pauk yang lain termasuk telur rebus, sambal ikan bilis dengan petai, kacang tanah, hirisan tomato dan timun. 


Amie berdua dengan suami makan dengan sayur kangkung celur tapi anak-anak sedikit pun tak mahu usik sayur itu.


Amie kongsi bersama resepi Nasi Lemak Utara yang Amie ambil dari buku masakan Kuisin Warisan Melayu.

Resepi: Nasi Lemak Utara
Sumber : Kuisin Warisan Melayu
Chef: Ismail Ahmad


Bahan:
1 kg beras - cuci dan tos
200ml pati santan
1.3liter air
4cm halia - hiris
2 batang serai- diketuk
1 helai daun pandan - disimpul
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 sudu besar halba
1 sudu besar lada hitam - Amie tak guna
1/2 sudu garam

Cara:
1. Bubuh beras, pati santan, air, halia, serai, daun pandan,bawang putih,bawang merah, halba, lada hitam dan garam ke dalam periuk nasi elektrik. Kacau biar rata.
2. Hidupkan periuk nasi dan masak nasi hingga tanak.
3. Karih nasi sebelum dihidangkan.

P/S: Amie tidak masak guna periuk elektrik sebaliknya masak cara kukus. Memandangkan anak-anak suka makan nasi lemak, jadi Amie masak lebih sebab mereka boleh makan sampai ke petang. Dengan cara mengukus nasi lemak lambat basi, tidak keras dan tidak lembik. Jika ingin makan lagi, panaskan saja periuk pengukus untuk didihkan airnya dan nasi akan kembali panas, serta lembut oleh wap. 


Lauknya pula Amie masak Sambal Ikan Bilis Dengan Petai. Biasanya Amie goreng dahulu ikan bilis tapi kali ini Amie mahu rasa sambal ikan bilis yang lembut, jadi Amie masukkan sahaja ikan bilis ke dalam sambal yang sedang pecah minyak bersama petainya sekali.

Bahan:
1 mangkuk ikan bilis 
1 mangkuk petai
3 keping asam gelugur / 1/2 sudu pati asam jawa
minyak
1 labu bawang besar - hiris bulat
garam / gula

Bahan kisar:
20 biji cili kering
1.5cm belacan
5 biji bawang putih
10 biji bawang merah

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan kisar hingga pecah minyak. Jika terlalu kering masukkan sedikit air.
2. Masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa.
3. Masukkan ikan bilis dan petai.
4. Angkat dan hidangkan bersama nasi lemak.


Jemput makan.... tak kisahlah kan, nasi lemak memang boleh dimakan bila-bila masa saja... Tak disediakan airlah pulak, kena cari sendirilah ye...atau selongkar dapur Amie & buatlah apa yang patut... hehehhhheee

32 comments

  1. Alahai...sambal ikan bilis ngan petai tu mmng mnggoda...

    BalasPadam
  2. pertama sekali saya tgok gmabr nasik tu..mata sy terpandang 1 benda yg sy amat pantang sgt2..PETAI...pantang tgok tu..huhuhuh

    BalasPadam
  3. kak amie! nani tak jumpa lagi petai kat sini...LD ada petai ye? sandakan xde pulak. kinabatangan jauh sekali la..hish...teringin pulak nak makan petai

    BalasPadam
  4. Amie..sedapnya sambal petai tu..besar2 mata petainya..puas makan.

    BalasPadam
  5. Salam Kak Amie
    menggoda betul dapur kat sini ni..banyak masakan sedap2..mengancam betul nasi lemak utara tu..tp yg sangat Rahel suka ialah sambal petai...ehe..lapo.

    BalasPadam
  6. Oiii sedapnya sambal tumis petai. Ma pun pernah juga buat nasi lemak letak alba cam tu... tapi dah lama tak buat. Nampaknya kena buat jugak ni, alahai terliur lah...

    BalasPadam
  7. Makkkk aiiii Amie sedapnya nasi lemak Amie, siap ada sambal petai lagi, dah kecur air liur kita kat sini menengoknya....nak tumpang sekaki leh

    BalasPadam
  8. salam kak amie... datang malam2 ni rasa lapar plak nampak nasi lemak tambah ikan bilis dengan petai tu.. yummmy

    BalasPadam
  9. Sedapnye sambal bilis petai tu...kalau mkn mesti bertambah-tam bah tu

    BalasPadam
  10. Assalam amie...tergoda tgk nasi lemak tu, samalah rumah kita ni pun anak2 cukup suka ngan nasi lemak, kalo msk utk bf boleh bawa ke lunch heheh.

    Sedap nasi lemak mkn ngan sayur kangkung, biasanya kangkung tuumis, yg celur tak pernah cuba lagi

    BalasPadam
  11. sedapnya set nasi lemak akak ni...suka part kangkong rebus tu..saya suka makan nasi lemak dgn kangkong...tang sambal tumis tu pun best..teringin nak makan nasi lemak la pulak rasanya...huhuhu

    BalasPadam
  12. Best tu nasi lemak dengan sambal petai.

    Kak ani pun suka makan nasi lemak dengan kangkong celur tu. Teringat masa mak masa nasi lemak masa muda2 dulu, mesti ada kangkong celur.

    BalasPadam
  13. salam K.Amie...waduhhhhh!sgt berselera tgk menu nasi lemak utara bersama gengnya tuh!.Atie dtg bawak pinggan ni,ada lg tak?

    BalasPadam
  14. Salam Amie..pagi ni tengok nasi lemak Amie, wow mengancam sungguh!terus berkeroncong perut nih.ada sambal bilis dgn petai yg tak tahan tu !!

    BalasPadam
  15. Kak Amie, nampak sedap sungguh tengok menu sarapan merangkap makan tengahari tu terutamamya tang sambal ikan bilis petai....

    BalasPadam
  16. Amie..lamanya tak makan nasi lemak utara, tang masuk serai,halba,halia tu yang buat rasa dia special kan amie...

    BalasPadam
  17. MP,
    tergoda ye... jom makan sekali...

    Pen Biru,
    memang petai tu... memang pantang nampak petai...

    Nani,
    LD sebenarnya tak ada petai, kalau ada pun jarang sangat nak jumpa, ni cari di Tawau.. itupun harga selalu berubah , kadang cecah rm16 sekilo... dah tu pulak kadang-kadang penuh ulat, dulu murah rm10 sekilo tapi entah kenapa akhir-akhir ini naik harga pulak, padahal petai ni dari Tarakan...

    BalasPadam
  18. Acik,
    memang matanya besar Acik tapi ulatnya pun besar jugak... he hehehhh

    Rahel,
    nanti kalau ada petai kak Amie buat sambal petai lagi ye... datang lagi ye...boleh makan sama-sama

    Kamariah,
    ni pertama kali cuba resepi nasi lemak bubuh halba, memang tak mengecewakan... harum je dengan halia, serai dengan daun pandannya...

    BalasPadam
  19. Salam Kak Amie, rajinnya
    nasi lemak memang sedap tapi tak boleh makan selalu :)

    BalasPadam
  20. Wattie,
    kenapa tumpang sekaki je... nanti jatuh, lengohlah pulak.. tumpanglah 2 belah kaki Wattie...

    Juwita,
    datang malam pun boleh je jamu selera makan nasi lemak, jom makan Ita...

    Ain,
    sesekali jumpa sambal bilis dengan petai memang sedap ye.... memang bertambah nasinya...

    BalasPadam
  21. Rosa,
    entahlah... agaknya Amie nak jadikan kangkung tu sebagai ulam sama macam timun dan tomato kot... he hehehh

    Quiinie,
    kangkung celur tu tinggal seco'et je bila direbus... cukuplah buat makan kami berdua, anak-anak tak suka sayur..

    Kunang-Kunang,
    oh...makan masa muda ye...kalau dah rasa sedap memang tak boleh lupa sampai bila-bila...

    BalasPadam
  22. Azatie,
    ada lagi nasi lemak and the gang... bawa balik 2 pinggan ye Atie, sepinggan bagi kat hubby...

    Mamanajmi,
    sekali-sekala masak nasi lemak ni... buat sarapan seisi keluarga...

    Yatie,
    walaupun dijadikan sarapan / alas perut waktu pagi tapi menu begini sama kenyangnya dengan menu nasi biasa...

    Ummi,
    iye.. betuol Ummi, anak sulung Amie pun terus serbu dapur bila Amie buka tutup periuk pengukus... aroma daun pandan, campur serai, halia dan halba penuh mengisi ruang....

    BalasPadam
  23. meraihnye kak nasik lemak ni..kalo jual tu satu set berapa ringgit yer..hehehe puas buat sendiri dari beli kat luar..

    BalasPadam
  24. kak...ida tak tahan tgk sambal ikan bilis petai tuuuu...sini petai frozen ada la kak,,,,dh lembik
    nk bgtau...sedapnyer

    BalasPadam
  25. waduh kak amie. tak boleh la masuk sini, lagi2 tengok sambal tu, menjejes dah air liur nih. hihi..

    BalasPadam
  26. Salam Kak Amie, haaa bagai berpakat2 pula menu sarapan kita semalam yaaaa...

    Oh tak tahan betul tengok sambal petai tuuuuu..mengguda abissss

    BalasPadam
  27. perhhh part sambal ikan bilis ngan petai tue terangat giler la kaka...sedap ni...terlioqqqqq

    BalasPadam
  28. woww Aku suka ini semua,,,sedaaaapp.

    BalasPadam
  29. Ixora,
    masak sekali-sekala saja...

    Hasleenda,
    memang puas makan hasil masakan sendiri, selain memenuhi selera, terjaminlah pula kebersihannya...

    Ida,
    petai frozen pun tak apa la dik... janji ada...

    BalasPadam
  30. Lady Ayu,
    suka petai juga ye... he he hehh bagusnya petai ni boleh cuci perut kita tau.... jadi kurus gitu / langsing sekejap

    Asmara,
    he he hehhh lain kali jangan lupa bawa tisu wat lapliuq tu ye...

    Sue,
    best pakat-pakat masak ni... kita tukar pinggan laaa... opsss bukan pinggan kosong ye Sue..

    Dethea,
    alhamdulillah....senang mendengarnya...

    BalasPadam
  31. nasi lemak sambal bilis petai!! waduh!

    BalasPadam
  32. WC,
    tekak orang Melayu memang tak boleh dipisahkan dengan sambal ikan bilis ye...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe