Selamat malam semua. Kepada yang berpuasa di bulan Rejab yang mulia ini, diucapkan selamat berbuka. Kalau Amie yang berpuasa, tentulah Amie terlebih dahulu berbuka sebab jarak waktu timur dan barat berbeza lebih kurang satu jam. Itulah pasal, pagi-pagi setiap kali dalam perjalanan ke tempat kerja, azan Subuh berkumandang dari corong radio. Di sini, matahari mula mengintai dari Laut Sulu.... suasana pagi amat tenang...
Selamat malam kepada pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Tengahari tadi Amie singgah di rumah Azatie, dan terpikat pula dengan sotong masak karinya. Kata Atie, resepi ini diwarisi daripada Yana MYR..... Amie belum sempat lagi berkenalan dengan Yana. Nanti, insya-Allah ada rezeki Amie akan berkunjung ke rumahnya pula. Terima kasih ye Atie kerana memberikan idea untuk Amie mencuba resepi ini... Oleh sebab perut-perut sotong...
Selamat malam semua. Seperti hari-hari kelmarin, hanya pada waktu malam Amie dapat meluangkan masa yang agak panjang untuk bersama rakan-rakan blogger. Cerita dari dapur Amie hari ini ialah tentang resepi Nasi Ayam Hainan. Amie pernah beberapa kali memasak resepi ini tetapi menggunakan pes Hainan Chicken Rice yang sudah sedia ada. Kali ini Amie cuba ikut resepi dari Singapore Heritage Food by Sylvia Tan....
Pernah dengar ikan belawis? Ikan ini bentuknya leper, hidup di batu karang. Isinya lembut dan sangat enak. Amie panggang saja, panggang atas kuali beralas daun pisang. Belum sempat diterbalikkan, ikan sudah masak. Nanti Amie ganggu, hancur jadinya.... tak nampak rupa ikan belawis lagi. Nampak tak kunyitnya masih lagi jelas tak terusik....Amie temankan ikan ini bersama latok. Pernah sekali dulu Amie masukkan dalam blog...
Salam pagi Ahad semua.... tentu masing-masing dengan pelbagai kesibukan, mengurus rumahtangga, melayani karenah anak-anak dan memenuhi tuntutan yang lain. Sesibuk manapun, perut perut perlu diisi, dapur sudah tentunya berasap seawal pagi. Amie pergi ke rumah Ida, Japan kelmarin dan terpikat pula dengan nasi lemak hujan panasnya. Katanya, idea itu datangnya setelah berkunjung ke dapur K. Nor dan juga Lovely Kitchen. Amie buat nasi...
Sejak kelmarin lagi kepala mula rasa berat, nak demam agaknya. Namun terpaksa gagahkan diri untuk pergi bertugas, walaupun sengaja lewat bangun pagi. Semasa sedap bersiap2 pakai baju dan make-up sikit, terdengar pakwe buka pagar. Sebelum turun ke bawah Amie bangunkan anak yang masih melingkar di atas katil untuk tunaikan solat Subuh. Rupanya sebentar tadi pakwe keluar membeli sarapan pagi. Dia siap pesan lagi...
Petang tadi sewaktu menghidangkan lauk makan malam, baru Amie tersedar tiga hari berturut-turut menggunakan kelapa dalam masakan. Dimulakan dengan sambal kelapa, diikuti dengan ikan cencaru sumbat kelapa dan hari ini kerabu pucuk paku yang sememangnya menggunakan kelapa. Agaknya setelah digaul sebati dengan pelbagai bahan ramuan, aroma kelapa itu yang menimbulkan nostalgia lampau.... makan bersama bonda sekeluarga. Sampai sekarang Amie masih terbau aroma kelapa...
Alhamdulillah, kita dapat bertemu lagi. Nampaknya Amie hanya sempat menyediakan hidangan makan malam sahaja. Sampai ke rumah menjelang Asar, bersihkan diri, solat dan bergegas ke dapur buka peti sejuk, keluarkan apa yang patut untuk dimasak. Memang teringin sangat nak buat pelbagai masakan seperti kek, muffin, puding dan macam-macam lagi yang cantik dan sedap seperti di daput Ct. Delima, Ucu Bakery, Kak Ummi, Juwita,...
Bertemu kembali rakan-rakan blogger masakan yang disayangi. Seronok bertandang ke rumah rakan-rakan yang pandai masak macam-macam resepi. Rasa rugi sangat kalau tak belajar, menimba ilmu dalam dunia masakan yang bagaikan lautan tak bertepi ini. Dengan mengadakan lawatan sambil belajar ke dapur-dapur anda semua, timbullah sedikit minat untuk menceburkan diri dalam dunia kuih-muih, dessert, dan segala macam yang nampaknya sedap & cantik-cantik belaka. Wokey.....cerita...
Selamat malam rakan-rakan pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Tengahari tadi sewaktu menghadiri sesi taklimat pengurusan, terlintas pula di fikiran untuk masak nasi epal. Gara-gara tak berselera untuk makan, terfikir pula untuk makan yang masam-masam, dan kebetulan kelmarin sempat belek majalah resepi dan terpandang menu nasi epal hijau. Mungkin boleh buka selera..... Nampaknya petang tadi agak terlewat sedikit untuk memulakan aktiviti memasak. Bukan apa,...
Selamat malam semua. Sebelum tidur Amie masukkan dulu resepi sup tulang. Mungkin minggu pertama selepas cuti penggal, jadi badan pun kurang selesa dengan rutin harian, berhadapan dengan pelbagai karenah itu dan ini semasa bekerja menjadikan tubuh agak letih. Amie lebih banyak tertidur pada waktu petang (mungkin sebab bangun awal pagi) tetapi kurang selera makan pula. Manalah tahu dengan hidangan sup tulang dapat membuka...
Kebiasaannya, tahun-tahun sebelum ini memang kami tuan rumah sempena hari bapa. Itu yang menyebabkan Amie kadang-kadang terlupa tarikh lahir pakwe Amie sebagaimana yang berlaku pada tahun ini. Oleh sebab tarikh lahirnya pada minggu ketiga bulan Jun, kami sambut serentak pada hari Ahad. Seronok.... sebab keluarga dapat berkumpul ramai-ramai, bertemu bapa mentua, ipar duai dan anak-anak buah. Kadang-kadang apa yang dirancang lain jadinya. Memang...
Oleh sebab sudah berhasrat untuk masukkan setiap menu yang dimasak ke dalam blog, walaupun tertunggak kenalah tunaikan juga niat itu. Ini hidangan tengahari Sabtu, tetapi sebenarnya dihidangkan lewat petang sedikit kerana Amie menghadiri mesyuarat dan sambung kursus dalam perkhidmatan sehingga 12.40 tengahari. Sempat singgah di Batu 1, tempat menjual sayur dan buah-buahan.... Amie beli seikat sayur parapa. Kalau ada rakan-rakan yang belum pernah melihatnya,...