Tersingkapnya Kemewahan Dubai di Bawah Cahaya Malam
12:44 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Di tengah kemeriahan malam Dubai, perhatian kami tertumpu pada beberapa buah kereta limousine yang diparkir di bahagian luar Zaa'beel Palace. Panjangnya luar biasa, jauh berbeza daripada kereta biasa yang sering kita lihat. Kilauan badannya memantulkan cahaya lampu malam, menjadikan kereta itu kelihatan begitu eksklusif dan memukau pandangan.
Kewujudan limousine itu seolah-olah melambangkan gaya hidup mewah yang sinonim dengan kota Dubai. Kami berdiri memerhatikan setiap inci reka bentuknya, membayangkan suasana di bahagian dalam yang pasti dipenuhi kemewahan dan keselesaan. Bagi penduduk di sini, kereta sebegini mungkin satu pemandangan biasa, tetapi bagi kami ini merupakan satu pengalaman yang jarang dilihat secara dekat.
Limousine panjang itu bukan sekadar kenderaan, tetapi seperti simbol kemajuan dan kemewahan sebuah kota yang berkembang pesat di tengah padang pasir.
| Encik Suami dan Firdaus bergambar di sebelah limousine putih. |
- Badan kereta dipanjangkan (sebab itu nampak sangat panjang).
- Biasanya digunakan untuk VIP, pelancong atau majlis khas.
- Bahagian dalam selalunya sangat mewah.
- Ada lampu hiasan, tempat duduk berhadapan, dan kadang-kadang ada sistem hiburan.
| Sempai intai bahagian dalam limousine. |
| Zaa'beel Palace |
| Bergambar di hadapan Dubai Frame. |
- Dubai lama – kawasan bersejarah seperti Deira dan bandar tradisional.
- Dubai moden – bangunan pencakar langit dan pembangunan futuristik
| Kunafa Pistachio |
Setelah makan banyak jenis, akhirnya Amie memilih Coklat Kunafa Pistachio sahaja kerana pernah beberapa kali makan coklat ini. Kalau tak silap kawan-kawan yang balik dari umrah bahagi-bahagikan coklat ini untuk kami di ladang. Coklat Kunafa Pistachio sering disebut sebagai Dubai Chocolate kini menjadi fenomena global karena perpaduan tekstur dan rasa yang sangat kontras dan unik. Kudapan ini menggabungkan elemen pencuci mulut tradisional Timur Tengah dengan seni coklat moden.
Bahan utama dari coklat ini adalah isian kadayıf iaitu pastri filo halus yang dipanggang garing dengan mentega. Ketika digigit, lidah akan merasakan sensasi renyah yang sangat kontras dengan lapisan coklat luarnya yang lembut.
Berbeza dengan coklat kacang biasa, coklat kunafa umumnya menggunakan pistachio spread atau krim pistachio berkualiti tinggi. Rasa kacang pistachio yang rangup, sedikit manis, dan berwarna hijau cerah memberikan kesan mewah dan rasa yang mendalam.
Ramai yang memilih Coklat Kunafa Pistachio untuk dibawa sebagai oleh-oleh. Setelah sampai ke tanah air, masing-masing menyatakan - kenapa tak beli banyak - kenapa sedap sangat! Mungkin boleh beli secara online kan?
1 comments
Panjang lagi dari bas ye kak... lain macam betul kemewahan kat sana tu ya kak.... pastu tengok lak pelbagai jenis coklat, rambang mata.
BalasPadam