Berkumpul Anak-Beranak di Sama-Sama Hotel
10:25 PGBismillahirrahmanirrahim.
Catatan kenangan 07 Januari 2026 - Rabu.
Kami kembalikan kereta sewa di Suria Car Rental KLIA1 sebelum pukul dua petang dan kemudian daftar masuk Sama-Sama Hotel. Alhamdulillah walaupun sepatutya masuk selepas pukul tiga petang tetapi kami diterima masuk lebih awal, sebelum pukul dua.
Sebelum ini, kami pernah menginap di sini satu malam sebelum keesokan paginya terbang ke Sharjah Airport pada 26 Disember 2025 : Bermalam di Sama-Sama Hotel KLIA1 Sebelum Terbang ke Sharjah Airport
Gambar atas : Keadaan beg selepas bermusafir. Nampak kembung sedikit.
Gambar bawah : Keadaan beg selepas bermusafair. Nampak agak kurus.
| Apa agaknya yang difikirkan Firdaus ketika ini? |
Tidak lama kemudian Abang Farid bersama Aseeyah dan Hamzah sampai dari Tronoh. Sebelum meneruskan perjalanan ke Gombak, rumah mentuanya, Abang Farid singgah di Sama-Sama Hotel. Esoknya, Hamzah ada jaji temu di Hospital Selayang.
Walaupun kami berkumpul anak-beranak di sini tetapi bilik tidaklah penuh sesak. Keadaannya yang luas memudahkan untuk anak-anak solat dan bersihkan diri serta berehat seketika. Hamzah pula asyik berlari ke sana sini. Seronoklah dia sebab semua orang melayaninya.
Tidak lama kemudian katil dipenuhi oleh Tok Baba sampailah ke cucunda, Hamzah!
Fuad dan Firdaus tidak mahu ketinggalan.
Sekarang, tiga generasi bersusun di atas katil.
Gambar-gambar ini sangat menghiburkan hati apabila ditatap semua. Rupanya kenangan ini sudah sebulan berlalu.
Selamat berhujung minggu!
0 comments