Hari Ini Tujuh Tahun Yang Lalu

8:35 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Lama Amie tidak jenguk FB. Entah mengapa hari ini tergerak hati untuk intai. Melintaslah 7 Tahun Yang Lalu - Lihat Kenangan Anda.

Amie salin semula apa yang Amie tulis ketika itu:

Berkali-kali Firdaus bertanya:
Kenapa Mommy menangis?  Kenapa Mommy menangis... Kenapa Mommy.... 

Tak mampu untuk menjawab. 
Hari ini memang hari penuh airmata dan dukacita.
Pemergian kakak ipar tersayang,  Norija Rilay pergi yang tak akan kembali lagi. Terlalu banyak budi dan jasanya,  tak mampu kami balas. Dia sangat ringan tulang,  membantu itu dan ini tanpa rungutan. Dia yang memandikan kesemua anak-anak kami sewaktu lahir, membasuh dan menguruskan uri mereka. Juga menjaga Farid serta mengasuh Firdaus, menjaga selama tempoh berpantang dan menumpahkan kasih sayang buat anak kecil ini sehinggalah ke hari ini. 

Firdaus memanggilnya Mama. Kalau melukis gambar keluarga, Firdaus akan melukis 7 orang, dan bukannya 6 (Baba, Mommy, Farid, Fuad, Fairuz & Firdaus). Katanya yang ketujuh ialah Mama.

Hari ini, Firdaus bisikkan di telinga Mama sambil berkata: Mama, Daus minta ampun.

Kemudian Firdaus cium Mamanya, hanya jasad tanpa nyawa.

Allahu Akbar. Mama Daus sudah tinggalkan kita semua sayang.

Bismillahirrahman nirrahim.
Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Zat Allah Taala ialah Tuhan yang Maha Besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها وَأَكْرِمْ نُزُلَها وَوَسِّعْ مُدْخَلَها وَاغْسِلْها بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّها مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْها دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِها وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِها وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِها وَأَدْخِلْها الْجَنَّةَ وَأَعِذْها مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ

ِ“Ya Allah! Ampunilah dia, berilah rahmat kepadanya, selamatkanlah dia, maafkanlah dia dan tempatkanlah di tempat yang mulia (syurga), luaskan kuburannya, mandikan dia dengan air salji dan air dingin. Bersihkan dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih dari kotoran, berilah rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah keluarga yang lebih baik daripada keluarganya (di dunia), pasangan yang lebih baik daripada pasangannya (di dunia), dan masukkan dia ke syurga, jagalah dia dari siksa kubur dan neraka.

Antara lukisan Firdaus waktu kecil - hujung sekali Mama.



Firdaus di hari pengebumian Mama.


Walaupun belum mencapai usia empat tahun, tapi Firdaus sudah memahami erti pemergian Mamanya.

Firdaus mendapat rawatan di hospital.

Selepas pemergian Mamanya, Firdaus terlalu sedih dan jatuh sakit dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital. Ketika itu kami meminta saudara mara dan jiran tetangga jangan bertanya kepada Firdaus tentang 'Mamanya' sebab Firdaus akan menangis dan tercari-cari.

Amie juga tidak pernah menulis entri berkaitan peristiwa Firdaus kehilangan Mamanya kerana terlalu sedih apabila mengenang semula. Apa yang Amie rasa terkilan ialah dua hari sebelum Mamanya pergi, arwah membuat voice mail kepada Encik Suami. Arwah meminta Encik Suami bawa Firdaus ke kampung kerana sangat rindu. Hal ini kerana kami sudah tidak hantar Firdaus ke kampung kerana Firdaus sudah masuk kelas tadika. Encik Suami beritahu arwah, nantilah dulu sebab ketika itu Encik Suami sibuk.

Pada malam sebelum arwah meninggal, ada pencuri masuk ke rumahnya. Antara barang yang dicuri termasuklah emas dan telefon. Tengah harinya arwah diberitahu orang kampung bahawa telefon miliknya yang dicuri pencuri, sudah dijual kepada seseorang di kampung. Arwah sangat tertekan dan hendak bertemu dengan orang yang beli telefonnya. Arwah tergesa-gesa masuk bilik air untuk mandi. Ketika itulah arwah terjatuh dan tidak sedarkan diri.

Dari pukul tiga petang sehinggalah tengah malam, kami berada di hospital. Tepat pukul 12 tengah malam, anak-anak arwah dari Kota Kinabalu sampai di hospital. Allahu Akbar! Sebaik mereka sampai di pintu masuk wad, arwah hembuskan nafas terakhir. Innalillahiwainnailaihiraajiuun.

Hari ini genap tujuh tahun arwah meninggalkan kami.
Dan hari ini juga hari ulang tahun arwah Kak Ros:Kak Ros : Akhirnya Kau Pergi Jua
Al-Fatihah.

0 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Acheh - Banda Acheh) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Jordan - Amman ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Palestine ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~UAE - Sharjah - Dubai ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Acheh Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe