Aroma Timur Tengah di Meja Sarapan
10:20 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Peringatan mesra daripada Tour Leader Prof. Dr. Azmil:
Assalamualaikum tuan/puan
6: 00 am Breakfast di Hotel
6: 08 am Masuk Subuh
7: 00 Bawa turun luggage dan asingkan untuk tinggal di Hotel Amman dan bawa ke Palestin
7:15 Check out dan Masukkan luggage dalam bas
7:30 Bas bergerak ke Palestine
Sama-sama berdoa semoga dipermudahkan urusan kita semua.
Ustaz Azmil juga meminta kami solat hajat pada malam itu sebelum bertolak ke Palestin pada keesokan paginya.
Kami hanya perlu membawa barang keperluan diri untuk penginapan selama tiga malam di Palestin. Beg kami akan disimpan di Hotel Rawa. Selepas pulang dari Palestin kami akan kembali semula ke sini. Jadinya, untuk kami bertiga selain membawa beg sandang masing-masing, kami bawa satu beg besar kongsi bertiga.
Selesai solat subuh, kami segera turun ke lobi menghantar dua buah beg untuk disimpan, dan sebuah beg untuk dimasukkan ke dalam perut bas. Kemudian kami masuk ke dewan makan untuk sarapan.
Seronok sangatlah nampak timbunan telur rebus. Amie ambil dua biji. Menu lain termasuklah hashbrown, sosej, kentang goreng, roti dan sebagainya. Memandangkan belum ramai peserta rombongan yang masuk, jadi Amie ada masa untuk berbual-bual dengan petugas hotel. Kebetulan pula, pada pagi tersebut banyaklah rempah ratus dan makanan Timur Tengah yang Amie baru nampak.
Hidangan di atas menunjukkan pilihan yogurt dan pencuci mulut yang dihidangkan dalam gaya bufet Mediterranean atau Timur Tengah.
Gambar dari kiri ke kanan, potongan buah-buahan epal atau pir yang direndam dalam sirap. Seterusnya yogurt asli atau plain yogurt. Kelihatan teksturnya yang pekat dan berwarna putih bersih. Di sebelahnya ada yogurt cair atau laban iaitu versi yang lebih ringan. Sebelahnya lagi ada hummus. Jiran hummus sudah tentu yogurt beri iaitu yogurt yang dicampur dengan buah beri dan kelihatan kesan warna ungu padanya. Hujung sekali ialah bubur gandum.
| Labneh dalam minyak zaitun. |
Labneh atau labaneh ialah yogurt yang ditapis hingga pekat menjadi seperti krim keju lembut, kemudian direndam dalam minyak zaitun. Labneh biasanya dimakan dengan roti Arab atau khubz atau pita bread. Rasanya masam lembut dan berkrim.
Jom kita lihat condiment station atau tempat sos dan pelengkap sarapan. Dalam mangkuk tanah liat itu ada:
Di sebelahnya pula ada campuran acar zaitun dan sayur jeruk
Cara makan gaya Jordan ialah ambil roti Arab atau roti pita, celup dalam minyak zaitun, celup pula dalam zaatar atau sumac dan makan bersama labneh atau acar.
| Sumac |
Sempat cerita panjang dengan pelayan hotel tentang rempah sumac. Rempah ini berwarna merah gelap keunguan merupakan serbuk daripada buah beri kering pokok sumac. Rasanya masam segar seperti macam lemon tapi lebih lembut. Pelayan hotel ambil sesudu sumac dan minta Amie hidu untuk bau aromanya.
Katanya lagi sumac warna merah maroon pekat biasanya ditabur atas salad, hummus, labneh
atau dicampur dalam zaatar.
| Cereal Coklat |
Zaatar ialah campuran herba kering samada thyme atau oregano Timur Tengah, bijan dan sumac serta garam. Biasanya zaatar dicampur dengan minyak zaitun dan disapu pada roti Arab.
Gambar di bawah ini tak sempat hendak tanya apa namanya.
Ketulan berwarna kuning cerah itu adalah mentega yang telah dipotong untuk memudahkan pengambilan. Di sebelahnya ada hirisan daging atau Turkey Ham. Ada keju putih: Keju yang dipotong dadu dan ditabur dengan bijan hitam
Di sebelah kiri juga terdapat breadsticks atau grissini yang diletakkan di dalam gelas.
Di sini jupa salami pulak! Aduhai nampaknya pagi ini Salami makan salami! Selain salami ada beef mortadella.
Memandangkan masa sarapan agak singkat, tidaklah boleg berlama-lama di sini. Jom sarapan.
Firdaus ambil hashbrown .
| Kali kedua Firdaus tambah hashbrown dia mbil juga daun salad. |
| Salami makan salami! Selepas sarapan kami terus naik bas dan pada pagi ini kami menuju ke sempadan Jordan untuk ke pintu masuk Palestin. Ketika ini masing-masing mula berdebar-debar! |
0 comments