Makan Tengah Hari di Me'nate Steak Hub Puncak Alam
9:33 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Pada 05 Januari 2026, kami pulang ke kampung ikut Puncak Alam. Fuad yang memandu ketika itu ternampak Me'nate Steak Hub. Dia sengaja berpusing dua kali di kawasan itu. Katanya hendak memastikan bahawa itu betul-betul Me'nate. Tak sangka Me'nate Steak Hub sudah ada di Puncak Alam.
Katanya, sebelum balik ke Sabah, dia hendak bawa kami makan di situ. Katanya lagi, September 2025 sewaktu ulang tahunnya, ada seorang kawan belanja makan di Me'nate tapi Amie tak ingat Me'nate cawangan mana. Memang Fuad ada kongsi gambar menu yang dimakan. Amie tak dapat lupa apabila Fuad beritahu daging yang dimakan, cair di mulut. Maknanya, sangat lembut kot! Tapi Amie tidak pula membayangkan akan makan di tempat yang Fuad maksudkan.
Apabila asyik di sebut Me'nate pagi dan petang, terasalah Fuad memang bersungguh-sungguh hendak bawa kami makan di situ. Teringat pula diri sendiri, kalau makan sesuatu yang sedap kita pun hendak orang terdekat yang disayangi untuk makan sama!
| Antara menu yang dipesan. |
Sebelum ini memang pernah sesekali dengar nama Me'nate, yang menawarkan hidangan dari daging berkualiti premium. Dengarnya harga sekeping daging sampai beratus ringgit. Rasa tidak sampai hati pula memikirkan Fuad terpaksa keluarkan banyak wang untuk bayar harga makanan di situ. Diam-diam kita peruntukkan beberapa ratus supaya Fuad tidak bayar harga keseluruhan.
| Kesempatan keemasan, masa yang sangat berharga apabila dapat bersama-sama. |
Semua ada di sini kecuali Abang Farid. Abang Farid urus janji temu Hamzah di Klinik Kesihatan Tronoh pada 06 Januari 2026. Pada 08 Januari pula ada janji temu Hamzah di Hospital Selayang pula. Jadi, pada hari ini 07 Januari 2026 bersamaan hari Rabu, Abang Farid bertolak dari Tronoh dan akan menyusul kami di KLIA1 pada sebelah petang nanti.
Makan bersama anak-beranak.
| Me'nate Steak Hub Puncak Alam |
| Menanti hidangan yang dipesan tiba di meja. |
Menu pilihan kami:
- BBQ Lamb Loin
- BBQ Super Premium Lamb Ribs
- BBQ Grain Fed Beef Back Ribs
- BBQ Angus Striploin
- Salmon Pistachio
- Curly Fries
Me’nate Steak Hub Puncak Alam menawarkan pelbagai jenis stik, termasuk USDA Prime, Wagyu Australia dan kambing New Zealand. Harganya memanglah arah kayangan! Amie hanya ambil gambar bawah kayangan sedikit. Yang atas kayangan itu ada yang sampai RM600+++ sekeping.
| Gambar bawah itu Wagyu Ribeye RM298.00, sebelahnya RM280.00. |
| Angus Striploin RM100+++ |
Minuman pilihan:
- Classic Lemon Iced Tea
- Hausboom Mango
- Lemon Grass & Ginger - Hot
- Honey Lemon - Hot
| Fairuz - Classic Lemon Iced Tea |
| Encik Suami & Fuad - Honey Lemon - Hot |
| Amie - Lemon Grass & Ginger |
Sementara menunggu pesanan siap dimasak, anak-anak makan Curly Fries dulu.
| Amie - BBQ Angus Striploin |
Fuad yang pilihkan Angus Striploin untuk Amie, tetapi Amie hanya makan beberapa hiris sahaja. Selebihnya Fuad tolong habiskan kerana Amie minta Lamb Ribs Fuad. Sedap pula, sangat lembut dan cukup rasa!
| BBQ - Angus Striploin |
| Firdaus - BBQ Lamb Loin |
Menu pilihan Firdaus pun sangat menggoda selera! Dia tidak toleh kiri-kanan lagi, terus makan sampai menjilat jari!
Lain kali kalau ada rezeki datang ke sini lagi, Amie hendak pilih kambing saja! Eh, berangan pula hendak datang lagi... ahaks!
| Fuad - Super Premium Lamb Ribs |
Encik Suami tidak mahu daging lembu atau kambing, sebaliknya hanya memilih ikan salmon sahaja. Set Salmon Pistachio Encik Suami kelihatan seperti taman dalam pinggan!
| Salmon Pistachio penuh warna-warni. |
| Fairuz - BBQ Grain Fed Beef Back Ribs |
Macam sedap jew melihat Fairuz makan hidangannya.
| Cantik sempurna hidangannya. |
Tiada yang lebih menggembirakan hati kedua-dua orang tua melainkan melihat anak-anak dalam keadaan rukun dan damai. Semoga ikatan persaudaraan di antara mereka terus berkekalan dua dan akhirat,
Jumlah kesemuanya RM579.40 sen. Amie tambah bayaran. Fuad pula kata akan bagi duit untuk beli kelengkapan sekolah Firdaus. Baru teringat, waktu itu belum beli pakaian sekolah Firdaus! Alhamdulillah.
1 comments
Alaaaa... jangan la guna title makcik... kakak lagi tu....
BalasPadamHai Daus!