Langit Malam Dubai Bermandi Cahaya - Light Show Burj Khalifa
12:49 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Wellcome to Dubai Mall At The Top Burj Khalifa.
Sambil bergandingan tangan, bimbang terlepas di antara satu sama lain akhirnya kami sampai juga ke tempat khas untuk menyaksikan Light Show Burj Khalifa.
Sambil bergandingan tangan, bimbang terlepas di antara satu sama lain akhirnya kami sampai juga ke tempat khas untuk menyaksikan Light Show Burj Khalifa.
Dalam gemerlap cahaya malam dan di tengah kesesakan lautan manusia, mata tidak lepas dari melihat sendiri Burj Khalifa, bangunan pencakar langit yang sangat terkenal di Dubai, UAE dan merupakan bangunan tertinggi di dunia setakat ini. Tingginya mencecah 828 meter dan 163 tingkat (tidak termasuk beberapa tingkat mekanikal).
Burj Khalifa dibuka secara rasmi pada tahun 2010. Selain pejabat dan kediaman, di dalamnya terdapat hotel, restoran dan dek pemerhatian di beberapa tingkat tinggi. Rekabentuknya diinspirasikan oleh bunga gurun hymenocallis, dengan struktur bertingkat yang semakin mengecil ke atas.
Light Show Burj Khalifa merupakan paparan lampu LED memenuhi keseluruhan bangunan. Malam itu kami menyaksikan paparan pelbagai corak, bunga, bendera dan animasi dan dimainkan bersama muzik. Memang rasa terpaku melihat keindahan cahaya yang menari di tubuh bangunan tertinggi dunia ini. Dari senja hingga ke malam, dari dalam bas terus menyaksikan bagaimana Dubai berubah wajah daripada kota siang yang sibuk kepada kota malam yang sarat dengan cahaya dan keajaiban. Hebat sungguh ciptaan manusia yang berdiri gagah di kota moden yang penuh gemerlapan.
Masya Allah.
Namun hanya Allah sebaik-baik pencipta.
| Antara warna-warni Light Show Burj Khalifa. |
Video Light Show Burj Khalifa
| Di luar Dubai Mall Emmar, ketika menunggu bas untuk membawa kami ke tempat lawatan seterusnya. |
| Rakaman gambar Burj Khalifa pada malam 26 Disember 2025. |
0 comments