Iftar 3 Ramadan 1447H - Sate Ayam
9:22 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ketiga berpuasa, rajinkan diri intai Bazaar Ramadan. Oleh kerana hari hujan, malaslah pula berpayung-payung dan bersesak-sesak dengan pelanggan yang ramai. Akhirnya bawa pulang sate ayam sahaja. Jadi, berbuka puasa dengan sate ayamlah kita hari ini.
Oleh kerana kuah kacangnya sedikit, Amie tambahkan kuah kacang baki makan dengan Cucur Udang Rangup kelmarin. Encik Suami, Fairuz dan Firdaus sukakan hirisan bawang, timun dan Amie potongkan nasi himpit.
| Sate Ayam & The Gang |
Rindu pula hendak makan sate ayam yang dijual di Pasar Malam Batang Berjuntai.... ahaks! Sebenarnya kita rindu sate ayam orang dulu-dulu. Memang ada beza sate ayam dulu dengan sekarang. Ikut tradisinya sate ayam orang dulu berjumlah tiga ketul isi dan dua hiris kulit. Cucuk isi, diikuti kulit atau lemak, cucuk isi lagi diikuti dengan kulit atau lemak dan tutup hujung lidi dengan isi ayam. Apabila dipanggang memang berlemaklah dan keluar minyak ayam yang cantik berkilat. Sate sekarang kebanyakannya hanya isi ayam atau dada ayam, jadi agak keras atau kering. Untuk melunas rindu, kenalah buat sendiri kan.
Amie didihkan sup cendawan dan panggang roti wholemeal. Anak-anak tak cerewet panggang roti tak buang kulitnya. Semua masuk perut.
Roti panggang sudah habis. Ada baki sup cendawan ayam. Balik solat tarawih nanti bolehlah Firdaus tolong panggang roti lagi dan panaskan sup cendawan. Encik Suami kata hendak makan lagi. Salad kegemarannya pun masih berbaki.
| Salad Campur |
Hari ini hidangan salad nampak gelap saja. Amie campurkan lettuce, red coral dan green coral salad, ditambah dengan hirisan timun Jepun dan buah blackberry. Walaupun banyak hidangan salad, tapi laju jew hilang dari pinggan sebab ada Kewpie Sesame Dressing!
| Buah blackberry menjadikan taman salad berwarna gelap. |
Amie teringin minun Air Mata Kucing atau Lo Han Kuo tapi yang tak berapa manis. Ramadan kali ini kami tidak sediakan jus buah seperti tahun-tahun sebelumnya. Kalau dulu jus buah terutamanya jus tembikai memang wajib! Setelah mengetahui kandungan gula yang tinggi, kami mula kurangnya pengambilannya. Maklumlah kalau tidak minum empat lima gelas memang tak berhentilah minumnya!
Amie tambahkan buah kurma merah, white fungus dan biji teratai dalam air rebusan Lo Han Kuo. Jumlah kiub Lo Han Kuo pun Amie kurangkan supaya tidak begitu manis. Ada beza Air Rebusan Lo Han Kuo yang biasa Amie buat dengan hari ini. Biasanya nampak pekat seperti gambar di bawah. Terasa manisnya kan? Hari ini hanya manis-manis manja seperti dalam gambar di atas. Sedap dihirup panas.
Air Rebusan Lo Han Kuo atau Air Mata Kucing memang sedap. Wangi! Entri berkaitan Lo Han Kuo di sini : Air Rebusan Kiub Lo Han Kuo : Minuman Untuk Buang Panas
| Air Rebusan Lo Han Kuo ditambah White Fungus dan Kurma Merah. |
0 comments