Bermalam di Citymax Hotel Sharjah
11:25 PGBismillahirrahmanirrahim.
Lebih kurang pukul tiga petang, kami sudah berada di dalam bilik masing-masing di Citymax Hotel Sharjah. Dapatlah luruskan kaki seketika sementara menunggu pukul 4:30 petang untuk berkumpul di lobi hotel. Waktu yang agak singkat ini kami gunakan untuk bersihkan diri, solat jamak dan makan tengah hari. Makanan dibekalkan dalam bungkusan dan kami bawa masuk ke bilik.
| Daftar masuk Citymax Hotel Sharjah. |
Sempat rakam gambar pintu lift. Terpampang gambar makanan dengan perkataan : Enjoy the taste of India.
Ketika kami masuk ke Citymax Cafe, bukan sahaja menu India, bahkan juga dari Nepal pun ada di situ!
Sementara menanti urusan pembahagian bilik dan kunci, kami berehat dahulu di Citymax Cafe.
Kami dapat dua bilik tetapi agak berjauhan. Rasanya tidak selesa apabila terpisah-pisah. Jadi, kami terima sahaja dua katil untuk bertiga.
Selalunya UAE hanyalah sekadar transit sahaja, tetapi kali ini transit bermalam pula.
Walaupun sebilik bertiga, tetapi tetap rasa selesa.
| Alhamdulillah. Kelengkapan untuk minum turut disediakan. |
Bilik air pun bersih dan kemas.
Kami buka bungkusan makanan yang masih panas. Ada Chicken Briyani di dalamnya. Aromanya semerbak!
| Chicken Biryani |
Chicken Biryani merupakan menu yang sangat terkenal di Sharjah dan seluruh UAE. Setiap saiz hidangan sangat besar untuk makan seorang. Rasanya, kalau dapat sebungkus, makan berdua pun sudah mencukupi. Nasi dari beras basmati ini dimasak dengan rempah-ratus dan agak rasa pedas. Di bawah nasi, ada beberapa ketul daging ayam.
Ada sos putih di dalam bekas kecil yang dikenali sebagai raita iaitu yogurt dicampur dengan daun ketumbar untuk mengimbangi rasa pedas briyani. Pelengkap nasi briyani ini merupakan hirisan timun, daun pudina, hirisan bawang serta lobak merah.
0 comments