Mukadimah : Perjalanan Mendebarkan Menuju ke Bumi Anbia

7:54 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
In syaa Allah, entri kali ini Amie kongsikan pengalaman ketika hendak memulakan perjalanan yang mendebarkan menuju ke bumi anbia iaitu Palestin. Sewaktu rakan-rakan dan keluarga mengetahui kami akan berangkat ke negara tersebut, ramai yang menyuarakan kebimbangan dan tidak kurang juga yang turut mendoakan agar kami selamat pergi dan selamat kembali. 

Awal tahun 2025, kami merancang untuk menunaikan umrah bersama seisi keluarga. Namun, hanya Allah sebaik-baik perancang. Abang Farid, Fuad dan Fairuz tidak dapat ikut serta. Encik Suami pula, katanya hanya Mekah dan Madinah sahaja yang ingin dikunjunginya. Ketika itu Amie teringat Rasulullah SAW pernah bersabda:

Tidak disyariatkan bersungguh-sungguh bermusafir  kecuali ke tiga masjid : Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al Aqsa - HR al-Bukhari & Muslim.

Doa dan harapan sentiasa dipanjatkan agar dipermudahkan perjalanan kami untuk sampai ke Masjidil Aqsa, qiblat pertama umat Islam.

Pasport Malaysia sah digunakan untuk semua negara kecuali ke negara yang satu ini.

Kami daftar di bawah pakej Kembara Sufi: Jordan - Masjidil Aqsa dan diterima sebagai peserta untuk 10 hari permusafiran. Bagaimanapun kami dikehendaki mengisi Permohonan Borang Visa ke Jerusalem 50 hari sebelum penerbangan. Kelulusan ke Jerusalem ini akan ditentukan oleh negara itu kerana mereka mengawal  pintu masuk ke Palestine.


Banyaklah syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi untuk melepasi pemeriksaan imigresen tersebut. Perjalanan bermula dari Amman, Jordan menuju ke sempadan Allenby Bridge. Sampai di sini perasaan mula bercampur baur antara teruja dan berdebar. Bahagian paling ketat sudah tentulah ketika pemeriksaan keselamatan yang dilakukan oleh negara itu. Hal ini akan Amie sentuh dalam catatan penuh untuk entri berikutnya.

Menurut agen pelancongan, ada ketikanya tidak semua peserta boleh lolos pemeriksaan keselamatan. Jika hal tersebut berlaku, terpaksalah mereka tinggaal di Amman, Jordan. Biasanya yang tidak lepas, terdiri daripada peserta muda.

Amie tanya, adakah Firdaus lepas pemeriksaan imigresen? Kalau kami berdua lolos, dan Firdaus tidak lolos apa akan jadi kepadanya? Tidak boleh bayangkan kalau Firdaus terpaksa berada di Amman, sementara kami pula berada di Palestin. Menurut agen, kalau Firdaus in syaa Allah negara itu akan luluskan. Mereka hanya takut kepada golongan muda belia, bukannya kanak-kanak dan golongan usia emas seperti kami. Alhamdulillah.

Seminggu sebelum kami memulakan perjalanan Jordan - Masjidil Aqsa, agen pelancongan mengumumkan khabar gembira bahawa permohonan visa ke Jerusalem diluluskan. Alhamdulillah. Namun begitu, kami sentiasa diingatkan agar mematuhi segala arahan ketika berada di pintu imigresen negara itu.

Seperti biasa, Amie bawa buku catatan untuk menulis segala peristiwa yang dilalui sepanjangan permusafiran. Kali ini Amie bawa tiga buah buku catatan:
  • KLIA - Dubai
  • Jordan
  • Palestine
KLIA - Dubai


Jordan

Palestine


Doa kami:
Ya Allah ya Rahman.
Permudahkanlah urusan kami ke Baitulmaqdis, menjejak kami ke bumi para anbia dan in syaa Allah berpeluang menunaikan solat di Masjidil Aqsa - tempat yang selama ini hanya kami sebut dalam doa dan rindu.

0 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Acheh - Banda Acheh) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Palestine ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Acheh Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe