Panorama Senja dari Jendela Bas - Sharjah ke Dubai
8:04 PTGDari jendela bas, ambil kesempatan merakam beberapa keping gambar untuk kenangan. Sebelum sampai ke Dubai, kita tatap dahulu suasana di Sharjah di kala senja hampir menjelma. Walaupun di kiri kanan jalan hanya bangunan kaku yang kami tinggalkan satu demi satu, namun suasananya kelihatan tenang. Cahaya matahari yang semakin redup memantul lembut pada permukaan lagun dan tasik buatan di sekitar bandar. Suasana indah ini Amie tidak sempat rakam kerana pergerakan bas yang sangat cepat dan kalau dapat tangkap sekeping dua pun semuanya kabur!
| Dari Sharjah ke Dubai. |
| Ruler of Dubai - Sheikh Mohammed bin Rashid al Maktoum, |
| Suasana klasik Dubai - Dhow Cruise sedang melintasi kawasan bersejarah dengan latar belakang menara dan bangunan tradisional. |
Di atas Dhow Cruise, para pelancong dapat menikmati makan malam sambil bersiar-siar me,lihat pemandangan bandar pada waktu malam. Sambil menikmati hidangan malam, mereka akan menyaksikan persembahan kebudayaan seperti tarian Tanoura di atas dek.
Eh, terlajak pula. Hendak cerita Panorama Senja dari Jendela Bas - Sharjah ke Dubai, tercerita pula sampai ke malam!
0 comments