Solat di Masjid Kahfi : Menyusuri Jejak Ashabul Kahfi

10:32 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Ketibaan kami di Queen Alia International Airport Amman, Jordan disambut oleh tour guide bernama Nash dan pemandu bas bernama Majid. Kami dijadualkan mengikuti lawatan ke Pokok Sahabat dan Istana Umayyah. Namun, keadaan banjir salji di sana menyebabkan pihak agen pelancongan terpaksa batalkan lawatan. Kami akur segalanya dilakukan demi keselamatan. Sebelum sampai ke Amman, kami juga sudah diberitahu bahawa keadaan jalan raya menuju ke tempat tersebut dibanjiri salji.

Amman dalam keadaan mendung, langit tampak muram ditutup awan kelabu. Dalam hujan renyai bas membawa kami ke Masjid Kahfi Ashabul KahfiMasjid Kahfi Ashabul Kahfi terletak berhampiran bandar Amman, Jordan dan dibina bersebelahan gua yang dipercayai berkait dengan kisah Ashabul Kahfi, iaitu sekumpulan pemuda beriman yang disebut dalam Surah Al-Kahfi.

Lawatan ke Gua Ashabul Kahfi ini sepatutnya di hari terakhir iaitu 03 Januari 2026 kami berada di Jordan. 


Marilah kita kenali lebih dekat tentang Masjid Kahfi Ashabul Kahfi ini. Plak ini menerangkan tentang perasmian Masjid Kahfi Ashabul Kahfi. Tarikh perasmian dicatatkan pada 3 Ramadan 1427 Hijrah bersamaan 26 September 2006.


Plak ini pula menyebut nama Raja Abdullah II, pemerintah Jordan. Kandungannya menyatakan bahawa baginda telah merasmikan Maahad Raja Abdullah II untuk penyediaan dan latihan para pendakwah.

Maksudnya, masjid ini bukan sekadar lokasi sejarah, tetapi turut dibangunkan sebagai pusat pendidikan Islam dan dakwah.

Masjid Kahfi Ashabul Kahfi

Masjid Kahfi Ashabul Kahfi dibina di atas atau berhampiran tapak gua yang dipercayai menjadi tempat perlindungan Ashabul Kahfi. Gua ini disebut dalam Surah Al-Kahfi sebagai tempat sekumpulan pemuda beriman berlindung daripada pemerintah zalim pada zaman mereka.

Masjid itu dibina untuk memudahkan umat Islam menunaikan solat ketika menziarahi gua dan untuk memelihara tapak bersejarah ini. Kawasan sekitar masjid juga mengekalkan suasana asli gua dan batu-batu semula jadi yang dikaitkan dengan kisah tersebut.

Jadi, masjid tidak jauh dari gua itu sendiri, kadang-kadang dikatakan berada di atas sedikit bukit atau kawasan batu berdekatan gua, supaya pengunjung boleh solat sambil menziarahi tapak sejarah Ashabul Kahfi.


Memandangkan keadaan hujan, jadi tidaklah dapat berlama-lama mengambil gambar. Dan sebenarnya tidak tahu hendak ambil dari sudut mana. Tempat solat jemaah wanita di tingkat atas tetapi tempat berwudhu' di bahagian bawah pula. Kami berhati-hati menaiki anak tangga supaya kaki tidak tergelincir.




Masjid Kahfi Ashabul Kahfi dibina menggunakan banyak bahan berunsur semula jadi supaya selaras dengan persekitaran gua dan kawasan batu sekeliling. Bahan binaan utama terdiri daripada batu kapur (limestone), batu berwarna krim atau kekuningan. Bahan ini banyak digunakan dalam seni bina tradisional Jordan dan Timur Tengah. Hal ini kerana lebih tahan cuaca dan memberi rupa klasik serta bersejarah.

Selain itu batu blok berukir turut  digunakan pada dinding luar masjid. Ini memberi tekstur timbul yang kukuh dan tahan lama. Simen dan konkrit moden pula digunakan sebagai struktur asas bagi menguatkan bangunan untuk membantu masjid lebih stabil dan selamat.

Kayu dan kaca juga digunakan pada bahagian pintu dan tingkap untuk memberi pencahayaan semula jadi ke dalam masjid.

Keistimewaan seni bina ini adalah pada reka bentuk masjid yang mengekalkan unsur tradisional Timur Tengah. Warna batunya pula hampir sama dengan persekitaran gua supaya bangunan kelihatan sebati dengan alam.


Masjid ini bukan sekadar tempat solat, tetapi direka dengan unsur simbolik yang berkait rapat dengan kisah Ashabul Kahfi dan suasana spiritual kawasan tersebut. Ia kelihatan sebati dengan alam dan gua.

Reka bentuk masjid yang menggunakan warna batu semula jadi yang hampir sama dengan bukit dan gua di sekitarnya ini melambangkan:
  • Kesederhanaan hidup para pemuda Ashabul Kahfi.
  • Hubungan manusia dengan alam ciptaan Allah.
  • Usaha mengekalkan keaslian tapak sejarah.
Kubah dan menara masjid menjadi simbol:
  • Ketinggian keimanan dan pengabdian kepada Allah.
  • Penanda visual bahawa kawasan itu ialah tempat ibadah.
  • Tradisi seni bina Islam Timur Tengah.
Bahagian dalam masjid biasanya direka ringkas dan tidak berlebihan bertujuan untuk:
  • Membantu jemaah fokus kepada ibadah.
  • Memberi suasana damai sesuai untuk berzikir dan tadabbur kisah Ashabul Kahfi.
Masjid dibina berdekatan dengan pintu gua untuk: 
  • Menghubungkan sejarah dengan ibadah masa kini.
  • Mengingatkan pengunjung tentang pengorbanan mempertahankan iman.
Masjid ini sering dikaitkan dengan pengajaran tentang kesabaran, keteguhan akidah dan pergantungan kepada Allah — nilai utama dalam kisah Ashabul Kahfi.





Sebenarnya jiwa begitu meronta-ronta untuk segera sampai ke Gua Ashabul Kahfi. Namun menurut penjaga Gua Ashabil Kahfi, pagar hanya dibuka selepas waktu zohor. Ini bermakna kami hanya boleh ke situ selepas solat. Dan pada masa yang sama ketika itu azan zohor sedang berkumandang. Jadi kami pun bersegera menyahut seruan itu.



Langkah kaki terasa semakin  perlahan ketika menapak satu demi satu anak tangga masjid ini. Tidak terasa dingin walaupun ditimpa titisan hujan gerimis kerana merasakan seolah-olah dinding batu berwarna lembut sedang menyambut kehadiran kami. Ia seolah-olah menyimpan kisah panjang tentang iman dan pengorbanan. Di sinilah, berhampiran gua yang disebut dalam Al-Quran, hati berasa begitu terharu dan sukar digambarkan.

Ketika melangkah masuk ke ruang solat, suasananya cukup sederhana. Tiada hiasan berlebihan, hanya ruang lapang yang damai dan menenangkan. Cahaya semula jadi yang masuk melalui tingkap menambah rasa syahdu, seakan mengajak jiwa untuk lebih dekat dengan Pencipta.

TV Skrin Rata di dalam masjid.



Di sepanjang dinding masjid, tersusun pelbagai jenis kitab.



Suasana begini benar-benar menjentik minda betapa masjid ini mengajak kita untuk mengisi dada dengan ilmu.



Selesai solat, tanpa mengendahkan hujan gerimis dan suhu dingin, kaki tidak sabar untuk melangkah menuruni anak tangga masjid menuju ke pintu pagar Gua Ashabul Kahfi.

Nun di hujung sana, pintu pagar Gua Ashabul Kahfi sudah dibuka!

Jom kita ke sana!

Inilah Nash, tour guide kami dan di belakangnya itu penjaga Gua Ashabul Kahfi.

Selamat Datang ke Gua Ashabul Kahfi.








0 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Acheh - Banda Acheh) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Jordan - Amman ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Palestine ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~UAE - Sharjah - Dubai ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Acheh Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe