Daftar Masuk Hotel Rawa Amman Jordan
11:31 PGBismillahirrahmanirrahim.
Pukul 6:45 petang kami sudah selesai daftar masuk ke bilik penginapan di Rawa Hotel Suites yang terletak di Queen Rania Street. Di sinilah kami bertemu semula dengan beg-beg dari KLIA1 yang berpisah dengan kami selama dua hari dua malam. Setiap daripada kami boleh membawa beg seberat 30 kg. Sewaktu transit di Sharjah, kami hanya bawa persalinan untuk semalam sahaja. Kami akan bertemu beg-beg kami di Amman.
Hotel suites begini memang selesa sangatlah untuk kami bertiga. Biliknya lebih besar dan mempunyai ruang berasingan. Ada ruang tamu dan dua bilik air serta pantri kecil yang dilengkapi dengan kabinet simpanan, peti sejuk kecil, cerek elektrik, ketuhar gelobang mikro, sinki kecil dan cawan minuman.
| Firdaus tidak sabar untuk masuk ke biliknya. |
Semua warna coklat! Kiranya warna ini dapat memberikan suasana hangat. Oh, ya! Suhu ketika ini serendah 10'C.
Ini bilik Firdaus. Ada dua buah katil.
Pada mulanya Firdaus tidur sendiri di bilik ini. Tiba-tiba menjelang tengah malam Firdaus berpindah bilik, dan tidur di tengah-tengah kami! Mungkin suhu terlalu sejuk waktu itu jadi Firdaus mencari hangat masuk di celah kami.
Ada dua bilik air. Bilik air pertama agak besar dan satu lagi kecil sedikit.
| Bilik air pertama. |
| Bilik air kedua. |
Suasana di pintu masuk ke ruang tamu.
Ruang tamu kelihatan luas dan selesa.
Ada pantri kecil.
Alhamdulillah. Turut disediakan air mineral dan cerek.
Sementara menunggu pukul tujuh untuk turun makan malam, basahkan tekak dengan air mineral dulu.
1 comments
Selesa sangat la luas betul tu. Ke Firdaus takut tidur sorang. Hihi
BalasPadam