Iftar 2 Ramadan1447H - Cucur Udang Rangup & Sup Tulang
8:40 PTGBismillahirrahanirrahim.
Hari ini masuk hari kedua kita berpuasa. Pukul satu tengah hari Amie renih tulang dalam slow cooker. Tak pasti hendak makan dengan nasi atau bihun. Atau makan dengan roti. Tengoklah nanti macamana. Selepas solat asar, masuk dapur dan jenguk tulang dalam slow cooker. Nampak dagingnya sudah lembut.
Hendak masak nasi atau rendam bihun? Rendam bihun sajalah.
Teringin pula hendak makan Cucur Udang Rangup. Mulalah cari bahan dalam peti sejuk dan dalam kabinet dapur. Jumpa udang basah, setongkol jagung, sayur bayam, cili merah dan bawang besar. Cari tepung gandum, baking powder, telur dan serbuk kunyit serta bahan perasa. Gauil semua bahan dengan air sejuk berais. Siap adunan, tuang minyak dalam kuali dan mulalah kerja menggoreng Cucur Udang rangup.
Sos Cili Thai sudah habis. Tak adalah pencecah Cucur Udang Rangup. Teringat ada baki sambal kacang dalam peti sejuk. Panaskan seketika dan bolehlah dihidangkan bersama hirisan Cucur Udang rangup.
Waktu hiris-hiris Cucur Udang Rangup terdengarlah pisau tenggelam dalam cucur krup krup krupppp! Lama lagikah waktu berbuka? Oh, ada sembilan minit lagi. Sabar.... ahaks!
| Cucur Udang Rangup dengan Sambal Kacang. |
| Sup Tulang |
Sup Tulang ini kami tambah bihun. Tak sempat ambil gambar Bihun Sup Tulang sebab sudah masuk waktu berbuka. Oleh sebab perut sudah penuh dengan Cucur Udang Rangup, jadi dapat makan semangkuk sahaja Bihun Sup Tulang .... ahaks! Ada bakinya, panaskan semula dalam slow cooker. Nanti boleh makan lagi. Atau makan waktu sahur nanti pun boleh.
| Sup tulang bahagian leher. |
Salad untuk Encik Suami - Daun salad tambah telur, bawang Holland, kurma Palestin dan yogurt serta minyak zaitun dan secubit garam. Encik Suami makan roti celup Sup Tulang.
| Selamat berbuka puasa. |
1 comments
Alaaaa Kak Amie terasa sedapnya cucur udang rangup ni. Apalagi makan dengan sambal kacang. Sup tulang, memang lah forever sedap makan panas2 dengan nasi, bihun atau cicah roti.
BalasPadam