Iftar 5 Ramadan 1447H - Bihun Goreng Udang Kering
8:25 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Semoga dipermudahkan urusan di bulan mulia ini, bulan Ramadan penuh keberkatan. Mudah-mudahan sempurna ibadah berpuasa dan solat tarawih setiap malam.
Hari kelima kita berpuasa, Amie sediakan juadah Bihun Goreng Udang Kering untuk berbuka. Kalau dilihat entri yang lepas-lepas, banyak sangatlah perkongsian menu dan resipi bihun goreng. Amie terjumpa entri lama : 10 Resepi Hidangan Berbuka Puasa Yang Sedap Berasaskan Mee Hoon @ Bihun. Bolehlah dijadikan rujukan sendiri dan kawan-kawan yang lain. Melihat menu Bihun Sup Tulang dengan Daging Cincang rasa teringin pula hendak dijadikan hidangan berbuka puasa. Nanti bolehlah beli daging cincang saja, tak perlu beli tulang.
| Bihun Goreng Udang Kering |
Walaupun Bihun Goreng Udang Kering ini dihiasi dengan udang basah, tetapi perencahnya berasaskan udang kering, bawang putih dan bawang merah tumbuk. Harum aromanya apabila ditumis. Untu naikkan seri, Amie taburkan hirisan daun bawang dan daun sup, hirisan cili merah, limau kasturi dan juga bawang goreng - bawang putih goreng beli di kedai!
| Tak nampak rupa bihun goreng sebab dipenuhi aksesori... ahaks! |
Untuk Firdaus, Amie gorengkan samosa inti kentang.
| Kalau ikutkan selera Firdaus, habis satu pinggan samosa dia nak makan sendiri... ahaks! |
Untuk Encik Suami, Amie sediakan salad campur. Kali ini Amie campurkan lettuce dengan red coral, buah peach dan tomato ceri. Untuk pelengkap rasa, tambahkan Kewpie Sesame Dressing.
| Selamat berbuka puasa. |
2 comments
Mmg wangi kalau dalam tumisan ada udang kering. Kena selak2 baru jumpa mihun ye kak
BalasPadamNampak sedap pulak bihun tu meriah. Cie setakat 5 Ramadan ni masih berbuka menu nasi.
BalasPadam