Bermalam di Sama-Sama Hotel KLIA1 Sebelum Terbang ke Sharjah Airport

5:38 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Menulis dari Hospital LD. Ketika ini menemani Encik Suami di Wad 3A. Sebentar tadi Encik Suami akan dibawa ke tingkat bawah untuk scan jantung. Pada masa yang sama  Amie sempat jamah bubur pedas Marry Brown sebagai hidangan tengah hari walaupun sudah agak terlewat, sudah pukul 4:00 petang. Memang lapar sangat sebab hanya sempat makan dua biji telur rebus dan sedikit bihun goreng waktu sarapan di kantin pagi tadi. Hari ini hari yang sangat sibuk di ladang kerana pembahagian BAP.

Terima kasih atas doa-doa rakan yang singgah di blog Amie. Semoga dengan doa kalian, Encik Suami akan beransur sembuh.

Menemani Encik Suami sambil sembang-sembang sampai tak tahu apa hendak dibualkan, hendak tidur tapi duduk di kerusi, tersengguk-sengguk pula.... ahaks! Baiklah keluarkan Mr Lappy, boleh menulis entri. Sementara menunggu proses scan jantung selesai, baiklah ketuk-ketuk keyboard dulu.

Sama-Sama Hotel KLIA1

Catatan 25 Disember 2025 bersamaan hari Khamis.
Kami dikehendaki berkumpul di balai pelepasan pada pukul 6:15 pagi Jumaat, 26 Disember 2025 untuk berlepas ke Sharjah Airport.  Untuk memudahkan urusan, kami bermalam di Sama-Sama Hotel KLIA1. Setelah memulangkan kereta yang kami sewa di Suria Rental Car, KLIA1 kami terus daftar masuk di Sama-Sama Hotel. Sepatutnya daftar selepas pukul tiga petang, tetapi apabila Abang Farid telefon, pihak hotel mengatakan datang sahajalah ke sana walaupun ketika itu belum pukul dua petang.

Jadi kami pun naik buggy sampailah di depan pintu hotel. Kami itu termasuklah Amie, Encik Suami dan Firdaus.


Ini merupakan kali kedua Amie menginap di Sama-Sama Hotel KLIA1. Kali pertama sewaktu hendak jalan-jalan ke India tahun 2018 lalu. Abang Farid tempahkan kami Bilik Deluxe Hollywood. Alhamdulillah, dapatlah separuh harga walaupun hampir menyamai harga dua bilik di Park Inn by Radisson Putrajaya tempat kami menginap sebelum ini.





Bilik Deluxe Hollywood ini luas dan sangat selesa.

Beg Amie warna merah, beg Encik Suami warna biru. Beg Firdaus warna hijau.

Sebelum pukul dua petang, kami sudah berada dalam bilik.





Minuman tin dan makanan ringan percuma untuk pelanggan hotel.


Kebetulan pada hari tersebut merupakan Hari Krismas, jadi kami turut disambut denga sekotak kecil biskut di atas meja.



Di bawah kimono robe, ada mesin penimbang. Sempat timbang berat, dan nampaknya sudah melebihi paras berat yang disarankan... ahaks!





Ada dua daun pintu ke bilik air. Satu pintu ke tandas dan satu pintu lagi ke bilik mandi.

Intai ke tandas.



Intai ke bilik mandi.


Ada shower (atas) dan bathtub (bawah).





Berangan dahulu, lepas mandi, ambil losyen Orchid yang harum dan terus sapu di badan. Kemudian tarik bantal dan bolehlah tidur.


Tiba-tiba terdengar ketukan di pintu. Rupanya Abang Farid, Aseeyah dan Hamzah datang! Terlupa, sewaktu daftar masuk tadi Abang Farid minta satu lagi kunci dari kaunter dan berikan nombot plat keretanya untuk bayaran RM10.00 sehari di tempat letak kereta hotel.

Kata Abang Farid, hendak tumpang ganti lampin Hamzah. Tapi, ketika masuk Hamzah sudah lena dalam dukungan Aseeyah.


Suhu sejuk di bilik membuatkan Hamzah tambah nyenyak tidur. 



Tok Baba menemani Hamzah tidur.

Electric curtain opener / closer.

Apabila Hamzah bangun dari tidur, terujalah dia melihat Firdaus naik turunkan langsir menggunakan electric curtain opener / closer.


Pemandangan dari dalam Bilik Deluxe Hollywood.


Aksi cucunda Hamzah sebaik sahaja bangun tidur. Baju sejuk dan stokin tidak sempat dibuka, terus bersilat!


Sama-Sama Hotel, KL International Airport ialah penginapan 5 bintang yang dihubungkan secara mudah ke Bangunan Terminal Utama KLIA melalui jejantas berbumbung. Tetamu boleh berjalan terus ke dan dari penginapan selepas melepasi pemeriksaan kastam dan imigresen.

Perkhidmatan buggy disediakan secara percuma 24 jam antara penginapan dan Terminal KLIA1. 


Encik Suami sudah selesai menjalani scan jantung dan sewaktu Amie ke surau, Encik Suami solat asar di atas kerusi. Amie kembali dari surau, kelihatan Encik Suami sedang menjamah hidangan makan malam yang disediakan oleh pihak hospital. Amie pula teruskan menulis entri ini. Sebenarnya rasa sangat mengantuk, dan tiba-tiba sakit pula kepala. Pernah dengar orang berkata : Menjaga orang sakit adakalanya yang menjaga itu terlebih pula sakitnya....heheheheee.





0 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Acheh - Banda Acheh) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Acheh Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe