Bismillahirrahmanirrahim.
Entri kali ini sepatutnya Amie siarkan pada minggu lepas, tetapi disebabkan demam maka tersimpanlah drafnya. Makan malam ini sudah berlalu pada minggu lepas, hari Sabtu malam Ahad. Salah seorang rakan sejawat kami akan bersara sebagai penoreh getah. Jadi, kami seronok-seronok untuk makan malam bersama di Hawa Artisan Kitchen.
Pada masa yang sama, Amie ajak Encik Suami, Fairuz dan Firdaus dan meminta meja khas untuk kami berempat,
Makan malam di Hawa Artisan Kitchen. |
Video kenangan makan malam.
Makan malam dijadualkan bermula pada pukul 7:15 malam.
Lampu malap dan lilin menonjolkan suasana romantis!
Nampaknya kami merupakan orang terawal sampai.Sementara menunggu rakan-rakan yang lain tiba, kami dihidangkan dengan minuman air bunga telang.
Jus bunga telang boleh ditambah jus limau kasturi dan air gula untuk seimbangkan rasa. |
Fairuz dan Firdaus suka sangatlah dapat minum jus bunga telang yang segar ini. |
Jus bunga telang sebelum ditambah jus limau kasturi. |
Air bunga telang yang pada mulanya berwarna ungu gelap, seperti gambar di atas akan bertukar menjadi ungu muda seperti gambar di bawah apabila ditambah jus limau kasturi.
Jus bunga telang setelah ditambah jus limau kasturi. |
Kami turut dihidangkan kudapan ringan berupa kerepek keledek ungu dan oren. |
Minuman jus bunga telang yang sudah habis di botol, diganti dengan botol berisi jus bungatelag yang baharu. Oleh kerana setiap kali jus bunga telang habis, pelayan akan bertanya mahu tambahkah lagi? Fairuz dan Firdaus sudah tentu mahu. Jadinya, sampai tiga botol jus bunga telang kami minum!
Sambal ini dibawa seiringaan dengan kerepek keledek oren dan ungu sebagai pencecah. Malam itu, enam mangkuk tempurung kami makan kerepek!
Kudapan kerepek keledek oren dan ungu. |
Kawan-kawan yang lain mula berdatangan.
Hidangan berat pun disajikan. |
Menurut pemilik Hawa Artisan Kitchen, hidangan makan malam kami berupa nasi campur. Nasi beras kampung dari Kundasang dibungkus dalam daun pisang. Masih panas!
Nasi beras kampung dari Kundasang. |
Kari Ayam Kapitan. |
Sup Jagung, Kuah Air Kelapa. |
Sayur Kacang Bendi dan Kerabu Terung Campur Mangga dan Kacang Botol. |
Semangkuk kecil kentang bersama kacang kuda beraroma daun kari. |
Encik Suami dan Fairuz minta tambahan nasi dan Kari Ayam Kapitan serta sup jagung. Suami isteri pemilik Hawa Artisan Kitchen serta para pelayan sentiasa memberikan layanan istimewa, bertanya sekiranya ingin menambah mana-mana menu. Suami kepada pemilik Hawa Artisan Kitchen ini orang putih, kadang-kadang bercakap dengan kami dalam bahasa Melayu dan kadang-kadang bahasa Inggeris.
Selesai makan nasi campur, pelayan mengedarkan tuala dan diberikan sehelai untuk setiap orang. Tualanya lembab, sejuk dan wangi. Kami gunakan untuk lap tangan dan mulut.
Selepas itu kami diberi pilihan samada hendak minum kopi atau teh moringa. Encik Suami memilih kopi, Amie pilih teh moringa. Fairuz dan Firdaus tidak mahu minuman panas.
Untuk pencuci mulut, kami turut dihidangkan dengan aiskrim teh tarik! Unik bukan?
Aiskrim Teh Tarik |
Untuk Firdaus, dihidangkan aiskrim bersama kepingan coklat.
Sebelum makan malam berakhir, kami sempat menikmati kek batik indulgence yang sangat sedap! Oleh kerana kek ini sangat sedap, tidak cukuplah ambil sepotong!
Kek ini ditempah khas untuk Teacher Kwan yang akan bersara dua minggu lagi.
Siapa mampu menolak Kek Batik Indulgence, pencuci mulut tanpa bakar yang terdiri daripada tiga lapisan, lapisan dasar kek batik, lapisan keju krim, dan lapisan ganache coklat.