Buah Terap @ Tarap Terlebih Masak

9:27 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Sekarang ini kalau hendak beli buah terap @ tarap terpaksa banyak kali fikir. Harganya mengalahkan harga durian. Sebiji buah terap @ tarap mencecah sehingga RM20.00 walaupun kepala kita lagi lebih besar saiznya dari buah terap itu. Disebabkan teringin belilah juga walaupun sampai rumah rasa sakit hati sebab buah terap sudah terlebih masak dan rasanya masam pula!

Rasanya bukan juga terlebih masak, tetapi buah terap dipetik ketika belum cukup tua dan kemudian diperam. Warna kulitnya pun tidak segar, dan batangnya sudah kecut warna kehitaman! Tapi tak banyak pilihan untuk dibeli.

Cerita tentang buah terap @ tarap ada di sini:



Buah terap @ tarap terlebih masak. Ada rasa masam!


Buah terap @ tarap yang masak sempurna, rasa lemak manis dan harum.



Sehingga ke hari ini masih berusaha mencari buah terap @ tarap yang masak, harum dan lemak manis seperti yang selalu kami makan zaman buah terap @ tarap tidak dipandang orang. Dulu harga buah tarap paling mahal pun RM2.00 sebiji dan lebih besar dari saiz kepala kita. Sekarang buah terap @ tarap sudah jadi buah kayangan!

28 comments

  1. rasa mcm pernah try sekali buah ni.. rupa mcm nangka / cempedak sket.. tp tu la dah x igt camne rasa nya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya lemak manis.
      Ada aromanya yang tersendiri.

      Padam
  2. Dulu2 wak ada tanam 2 pokok tarap ni kat dusun
    Rajin berbuah, tapi buahnya kalau masak jatuh berderai
    cuma tekak wak kata lebih sedap buah cempedak
    Pokoknya pun dah jadi arwah kena banjir besar suatu masa dulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kalau masak ranum jatuh berderai.
      Buah terap kena petik kalau sudah matang. Peram dua tiga hari, masaklah dia.

      Padam
  3. Apa aje yang tak harga kayangan sekarang ni Kak Amie... 😬

    BalasPadam
  4. Perasan kalau masuk hotel di Sabah, dinyatakan buah tarap ni selain duiran tidak dibenarkan bawa masuk ke hotel. Mungkin bau dia yang agak kuat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin juga, walaupun baunya tidaklah sekuat bau durian atau cempedak.

      Padam
  5. SA pernah rasa masa pi Sarawak dulu...cuma dh lupa la rasanya macam mana..eh..kena cuba semula ni..SA suka je cuba makan makanan negeri lain..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu nampak buah terap diterbangkan dari Sabah ke Restoran Seri Semporna di Kuala Lumpur.

      Padam
  6. tk pernah rasa tp buahnya skali tgk mcm cempedak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Barangkali buah terap ini berkeluarga juga dengan cempedak dan nangka.

      Padam
  7. Cantik rupa buah tarap.
    Belum pernah merasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada yang boleh terima apabila merasa buat pertama kali, dan ada yang sebaliknya.

      Padam
  8. Lama tak makan buah terap kak. Betul, harga buah sekarang harga kayangan. Dulu² orang tak pandang buah terap. Sekarang ni mencecah puluhan ringgit kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu sewaktu harga RM1-RM2 sebiji, memang tak pandang. Sekarang harga melambung, baru nak pandang hihihiiii.

      Padam
  9. Boleh tertukar dengan cempedak ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kulit cempedak dengan baunya tak sama dengan buah terap, tapi kalau sekali pandang isinya mungkin ya.

      Padam
  10. 1st time tengok buah Tarap. mcm rupa isi buah cempedak hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, hampir sama.
      Cuma bezanya buah terap lebih bulat berbanding cempedak.

      Padam
  11. Buah ni di Malaya memang tak dapatlah kan. Teringin juga rasa. Nampak buah elok je. Kecewa juga dapat yang masam dan tak seperti yang kita harapkan. Jauh beza harga dulu dengan sekarang. Bila demand tinggi, harga pun ikut meninggi diri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin ada tapi tumbuh di hutan.
      Rindu pula hendak makan buah terap yang masih segar, wangi dan lemak manis seperti dulu.

      Padam
    2. Pernah tengok FB Pasar Borneo Seri Kembangan ( setiap sabtu) ada jual buah tarap ni tapi bukan selalu.Boleh rujuk FB Pasar Borneo Seri Kembangan

      Padam
  12. Lamanya tak makan buah terap. Harga sekarang memang harga kayangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudahlah harga kayangan, susah juga hendak jumpa buah terap!

      Padam
  13. arwah makcik sy punya laa suka buah ni. ms g Kundasang dia siap beli anak pokok terap. alhamdulillah dia sempat rs hasilnya sblm dia meninggal

    BalasPadam
  14. Kuasa viral, semuanya dah jadi harga kayangan.

    BalasPadam
  15. Arwah ayah saya pernah tanam pokok tarap ni kat kampung dulu.Benihnya dari Sabah.Tapi sayang tak sempat berbuah dah wassalam

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe