Bertugas di Hari Minggu

2:58 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Sebenarnya mendongkol juga hati apabila sering terpaksa bertugas tujuh hari seminggu. Namun begitu, sempat pujuk diri dengan mengikhlaskan semuanya demi anak didik. Ya Allah! Kami bermohon kepada-Mu, mana-mana kerja kami yang terkurang, mohon halalkan. Mana-mana yang terlebih, kami ingin keberkahan menjadi sedekah jariah.

Masih lagi cerita menggalas amanah sewaktu aktiviti Perkhemahan Perdana di Kem Semulung Julai 2023 lalu. Selesai bertugas pada hari Sabtu, sambung pula pada hari Ahad.  

Sempat mengintai aktiviti fizikal para peserta perkhemahan.

Memang kita tabik spring untuk rakan-rakan fasilitator yang bertugas mengikut waktu, siang atau pun malam. Mereka menjaga kumpulan peserta yang sudah diagih-agihkan.

Mangga Air

Dalam perjalanan pulang pada petang Sabtu, kita singgah beli mangga air dan pisang lemak manis di gerai tepi jalan.

Pisang Lemak Manis

Keesokan paginya kami petugas bahagian makanan kena datang awal ke Kem Semulung untuk mengurus sarapan. Sarapan yang ditempah ialah nasi lemak bungkus dan akan tiba pada pukul tujuh pagi. Seawal pukul enam pagi, kami sudah mula menjerang air untuk dibancuh dengan serbuk milo dan susu pekat.

Sebagai ketua, Amie sepatutnya sampai tepat pada masanya atau lebih elok kalau datang awal. Ketika Amie sampai, beberapa orang rakan guru menerpa ke arah Amie yang sedang meletakkan bakul makanan di dapur.
Kakak bawa sarapan pagi kan?
Laparnya perut kami, malam tadi kena berjaga.

Allahu Akbar!
Kita terkunci mulut tak dapat jawab apa-apa.
Yang kita bawa hanyalah sedikit lauk untuk makan dengan nasi lemak yang akan sampai pada pukul tujuh pagi nanti. Selebihnya, pisang lemak manis!

Kem Semulung ini letaknya agak jauh dari jalan besar, dan tidak ada tempat menjual makanan di kawasan berhampiran! Dapat bayangkan perut yang lapar di pagi hari setelah bertugas sepanjang malam.

Nanti kita makan sama-sama. Tapi kenalah tunggu nasi lemak sampai. Kakak bawa lauk tambahan saja. Tidak ada nasi lemaknya!

Mata terpandang ke dalam tong sampah yang terletak di tepi pintu dapur. Ada pembungkus mi segera dan banyak bekas bungkusan minuman kopi 3 in 1. Barangkali malam tadi mereka makan mi segera dan minum kopi untuk menahan rasa mengantuk!

Sebelum bungkusan nasi tiba, datang pula rakan-rakan dengan buah tangan masing-masing. Ada yang membawa kuih-muih untuk sarapan. Setelah selesai membancuh minuman pagi, dan menanti para peserta perkhemahan membersihkan diri, kami sarapan dahulu. Pukul lapan nanti kami akan agihkan sarapan untuk mereka.

Antara kuih-muih yang kami makan bersama:
  • Bakwan @ Cucur
  • Kek Pisang
  • Popia
  • Apam Coklat
  • Kuih Kasturi
  • Karipap

Bakwan @ Cucur

Kek Pisang

Popia & Apam Coklat

Kuih Kasturi

Karipap



Sarapan dahulu dengan kuih-muih yang ada sementara menunggu nasi lemak bungkus sampai.

Lauk tambahan untuk nasi lemak yang Amie bawa dari rumah. Rakan-rakan guru yang hendak tambah lauk bolehlah ambil.

Telur Rebus

Ikan Bilis Goreng

Kacang Tanah Goreng

Sambal Udang

Keropok Belinjo

Sepinggan nasi lemak untuk sarapan di pagi minggu.


Sedikit sama dirasa, banyak sama dikongsi.


Selain pisang lemak manis, ada rakan guru yang bawa pisang berangan.



Ada yang membawa buah tembikai.

Buah mangga air yang Amie bawa, kami kupas bersama-sama. Tengah hari nanti, bungkusan makanan akan tiba pada pukul 12:00. Menunya ialah nasi ayam. Jadi, kami pun cincang mangga dan tambah dengan bahan yang ada untuk dijadikan kerabu. Bolehlah jadi lauk tambahan makan dengan nasi ayam.

Kerabu Mangga


Setelah kerabu mangga siap, kami pun merasalah sedikit. Rakan-rakan yang lain ikut merasa sama. Tidak lama kemudian, mereka yang berada di luar pun masuk ke dapur. Tidak sampai berapa minit, habis licin kerabu mangga dimakan begitu saja!

Tidaklah dapat makan nasi ayam dengan kerabu mangga sebab kerabu mangga sudah wassalam, pinjam kata-kata SK.

Tidak apalah. Yang penting tidak berasa tertekan kerana waktu berehat bersama keluarga terpaksa dikorbankan.


Mari kita saksikan beberapa keping gambar aktiviti Perkhemahan Perdana yang dijalankan selama dua hari di Kem Semulung, Pusat Kokurikulum Lahad Datu.











Sekian.
Perkhemahan Perdana di Kem Semulung berakhir dengan jayanya!


18 comments

  1. waahhhh tabik spring akak menggalas amanah sempena perkhemahan di hujung minggu. yang lagi wahhhhhh bila semua menu tu sangat menggiurkan hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheee.... apabila terhidang macam-macam makanan dikongsi bersama, kuranglah sedikit beban perasaan.

      Padam
  2. sedih pula baca n3 amie kenangkan guru2 yg galas tugasan menjayakan aktiviti perkhemahan anak murid. kadang anak kak terpaksa ajak suaminya sekali membantu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah Kak PI... atas tiket Saya Yang Menjalankan Amanah.

      Padam
  3. Barang yg sikit, jika dikongsi terasa cukup dan terlebih sedap!
    Seronok anak² murid dapat cikgu² yg sangat komited dan sentiasa bersedia untuk mengerah tenaga 👍👍👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cikgu-cikgu tak sabar nak pencen PH hihihiii.

      Padam
  4. best akitiviti yang dibuat tu kak, lepas tu dah penat dapat lak makanan yang sedap, bakwan jagung tu menggoda sangat nak cuba jugakla nnti. Nasi lemak tu sedapnya kak oi.... dana pun hari sabtu kene bertugas, bertugas ikut Aiyan punya hari perbarisan hehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cerita hari perbarisan, terbayang murid-murid kami latihan kawad kaki untuk perbarisan Kejohanan Olahraga Tahunan pada hari lusa.

      Padam
  5. alahai.. kesiannya cikgu cikgu. bukan dapat claim ot pun. Sebab tu saya suka sertai apa sahaja aktiviti jika dipelawa oleh guru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, sabar sajalah MY. Saya Yang Menjalankan Amanah.

      Padam
  6. Sy dulu pernah dilantik AJK makanan. Sy tak boleh la Kak Amie, jadi AJK makan ni membuat sy tak boleh tidur, hahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita SK. Walaupun banyak kali jadi ketua bahagian makanan, tapi setiap kali itulah tak boleh tidur malam memikirkan hari kejadian!

      Padam
  7. Bertahan ye kak... jumaat ni game over... mgu dpn cui sekolah.. boleh la rest sekejap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaa... Mira, hari Selasa, Rabu, Khamis kami bertugas di tengah padang! Hari Jumaat nampak warna gigi kami jew...kihkihkih.

      Padam
  8. Memang penat tu kak Amie kena bekerja pada waktu yang sepatutnya rehat. Isnin nak sambung mengajar semula. Semoga usaha guru guru dibalas dengan segala kebaikan oleh Allah. Aamiin...Kesian pula guru guru yang bertanya tu. Mujur juga ada makanan sampingan buat alas perut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin ya Allah.
      Kena belajar ikhlaskan hati. Mana tahu ada keberkatannya di situ.
      Ya, memang Kak Amie tak boleh nak jawab pertanyaan guru yang bertugas berjaga hingga ke pagi itu.

      Padam
  9. Semoga penat dan lelahnya berganti pahala ya kak Amie 🤗.

    Saya melihat lauk pauk nasi lemaknya langsung teringin, rasa nak balik Penang utk makan ini lagi. Ga ada yg bisa ngalahin kenikmatan nasi lemak untuk sarapan 😄👍👍

    Kegiatan perkemahannya seruuuuu 😍. Sampai mandi lumpur ya kak, tak apaaa, saya ingat dulu selalu kena marah mama kalo main lumpur, tapi bagi anak2, itu memang permainan seru dan melatih motorik tubuh👍

    BalasPadam
  10. sy kena panggil keje setengah hari pun dah lemau rasanya kak...
    tahniah kak! gagahkan juga hadiri program... tak pe minggu dah dah cuti sekolah. boleh laa rehat seketika...
    tp nasi lemak tu mengamcam sangat laa kak

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe