Mi Goreng Daging & Air Lada Yang Sedap!
10:50 PGBismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Jemput sarapan Mi Goreng Daging di dapur kami. Istimewanya, Mi Goreng Daging dihidangkan bersama air lada yang cukup sebati dengan pedas, masam, manis dan masin.
Mi Goreng Daging & Air Lada |
Selain mi goreng, Amie hidangkan juga salad lalique crystal lettuce, kek pisang dan minuman lo han kuo @ air mata kucing panas.
Lalique crystal lettuce ini Amie tambahkan telur rebus, buah mini plum, tomato cherry on vine dan diperasakan dengan sos thousand island serta perahan jus lemon.
Salad yang ringkas ini sudah habis licin masuk perut kami! |
Resipi Mi Goreng Daging
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
- 400 gram mi kuning - rendam seketika dan toskan
- 1 cawan hirisan daging yang sudah direbus empuk
- 1 cawan hirisan kubis cina
- 4 sudu besar kicap lemak manis Cap Kipas Udang
- 3 sudu besar cili kering kisar
- 1 labu bawang besar - cincang
- 3 ulas bawang putih - cincang
- 4 sudu besar minyak
- garam / perasa pilihan
- Panaskan minyak. Goreng bawang besar dan bawang putih hingga layu.
- Kemudian masukkan cili kering kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
- Masukkan daging dan sayur kubis cina. Kacau rata.
- Seterusnya masukkan mi kuning.
- Tuangkan kicap lemak manis.
- Tambahkan garam / perasa pilihan.
- Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.
Air Lada |
Pelengkap hidangan mi goreng sudah tentulah ada air lada! Kali ini Amie gunakan perahan dua biji limau kapas (jenis limau nipis) bersaiz besar. Jadi, banyaklah jusnya dan cairlah air ladanya. Memang sedaplah. Orang kata cukup rasa garam, masam, manis dan pedasnya.
Kek Pisang & Kek Coklat Pisang |
Kelmarin petang, anak buah di kampung bungkuskan tiga jenis kek. Kita hidangkan dua jenis untuk pagi ini buat manis-manis mulut. Bertambahlah seleranya sarapan pagi apabila dituang secawan lo han kuo panas!
Air Mata Kucing @ Lo Han Kuo |
Jumpa lagi. Semoga ceria-ceria sahaja sepanjang hari ini.
11 comments
Selamat menjamu selera
BalasPadamNampak sesedap semuanya
Set pinggan tu lawa bebeno...bertambah sedap menjamu selera 😁
BalasPadamkak air lda tu pakai cili hijau pun ok kan?
BalasPadamselamat berhujung minggu amie terliur mandang menu pilihan
BalasPadamsuami saya paling suka mi goreng letak daging. saya pula paling malas nak buat..hahaha
BalasPadamSedapnya tengok mi goreng. Bunyi terus perut saya. :D
BalasPadamfav sy ni kak mee goreng daging
BalasPadamTengok penyajian hidangan kakak ni cantik"bikin penasaran rasa makanannya...sedaaap
BalasPadamSA sekarnag kemaruk makan mee goreng daging tapi bukan dagiang pejal tapi lebih kepada daging cincang..sedap...ada lemak2 gitu...
BalasPadamPenggemar mee goreng baru sampai. Dapat tengok gambar saja nampaknya, mee tentu dah wassalam, hehehe.
BalasPadamSangat istimewa hidangan kak Amie. Seronok perut pagi pagi dapat menjamu makanan sedap sedap. Belum pernah lagi mencuba mi goreng dengan air lada.
BalasPadam