SANWA Malt Soda Cracker - Biskut Kegemaran Keluarga

8:39 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Kalau kami beli SANWA Malt Soda Cracker, jangka hayatnya hanyalah lebih kurang seminggu sahaja di rumah. Itu tidak termasuk kalau bawa ke sekolah! Firdaus peminat nombor satu biskut comel ini. Setakat ini kami hanya pernah beli dua jenis sahaja iaitu Original Flavor dan Grains Flavor. Ada enam perasa sebenarnya iaitu:
  • Original
  • Grains
  • Saltine
  • Sesame
  • Tomato
  • Seaweed
Biasanya kalau Amie makan biskut ini sebagai bekal kudapan, disertai dengan minum air kosong sahaja. Kalau di rumah, ada pula orang yang rajin renih kopi atau teh. Jadi, hirup sahajalah minuman panas yang sudah terhidang.

SANWA Malt Soda Cracker Original & Grains Flavor



Kopinya hitam pekat tak boleh diampunkan!
Begitulah kejadiannya kalau Encik Suami yang renih kopi!


Terdapat 21 shachet dalam sebuah bungkusan SANWA Malt Soda Cracker. Setiap satunya mengandungi empat keping biskut  dan seberat 23 gram. Senang dibawa ke mana-mana. Masukkan dalam beg tangan pun ok!

Setiap gigitan membawa rasa yang sungguh enak, dan pastinya tidak cukup makan sekeping. Habis satu sachet buka lagi sachet yang baharu!

16 comments

  1. tak pernah jumpa lagi dekat sini kak... mcm menarik jugak ni biskutnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang grains flavor tu lebih sedap, ada rasa masin sikit. Pada Kak Amie lah hehehee.

      Padam
  2. Salam Isnin Kak Amie.

    Kalau di Sarawak biskut ni kiteorg buat kek lapis cheese. Saya suka perisa saltine tu, makan dgn cheese sedap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo begitu pula ye. Perisa Saltine tu tak ada di LD. Itulah dua saja yang ada, original dan grains.

      Padam
  3. Pertama kali tengok biskut ni, bila google memang tak pernah jumpa lah sebelum ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo ye ... first time nampak rupanya.
      Saya selalu bawa bekal. Kalau tak sempat makan tengah hari (lepas PdP dan sambung mesyuarat) memang biskut inilah saya buat kudapan.

      Padam
  4. Biasanya kalau di sini yg rasa keju yg sering di beli

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap kan kalau rasa keju. Dewasa dan kanak-kanak mesti suka.

      Padam
  5. Nampak sedap biskut tu nipis². Sy kalau makan biskut kena ada teh o atau milo, hehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pada saya memang sedaplah SK sebab tak manis.

      Padam
  6. Betul-betul sedap tu nampaknya. Bolehlah mencari, nak juga rasa kesedapannya. Kopi O pekat celik mata dibuatnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cari tau Fiza.
      Pada Kak Amie memang sedaplah. Yang original tu ada rasa manis, nampak butiran gula pasir yang halus-halus. Yang satu lagi, memang suka sangatlah Kak Amie makan.

      Padam
  7. Biskuit mirip begini ada dijual juga, dan saya sukaaaaa. Rasanya memang ringan ya kak Amie, agak sedikit asin, ada terselip manis pula. Dikiiiiit je .

    Memang enak utk Snack ringan atau teman minum kopi bagi saya. Tapi tak sepekat kopi suami kakak, itu saya belum mampu minumnya 😂

    BalasPadam
  8. alahaiiiii sedapnyaaaa kalau dpt cicah dgn air kopiiiiiiii

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe