Nikmat Secawan Kopi Tenom di Kala Hujan Petang
6:40 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Bagaimana cuaca di tempat rakan-rakan blogger hari ini?
Menjelang petang LD disirami hujan.
Memang seronok betul kalau dapat lelapkan mata melepas lelah. Takut terlena sampai ke senja, kita pun bingkas bangun menuju ke dapur. Alangkah nikmatnya kalau dapat hirup secawan kopi panas! Sayangnya tiada teman untuk bersembang. Kita terus masak ayam palekko di kala hujan turun. Bolehlah makan dengan buras. Sambil menunggu ayam palekko terbit minyak, di atas dapur sebelah kita tenggekkan periuk, dan renih kopi. Semerbak aroma kopi Tenom memenuhi ruang dapur.
Tidak lama kemudian Encik Suami dan Firdaus pulang. Hari ini hari terakhir Firdaus mengikuti latihan choral speaking di sekolahnya. Esok pertandingan akan diadakan di SJK (C) Chee Vun.
Sampai di rumah, hidangan petang sudah tersedia:
- Kopi Tenom
- Kuih Penjaram
- Buras
- Ayam Palekko
Secawan Kopi Tenom |
Hidangan makan petang merangkap makan malam. |
Buras & Ayam Palekko |
Ayam Palekko Resipi di sini: NASU PALEKKO (AYAM MASAK PALEKKO) |
Kuih Penjaram |
Firdaus makan roti telur dengan teh ais. |
Petang tadi Firdaus ikut latihan choral speaking bermula pada pukul dua petang. Selepas solat Jumaat bersama Encik Suami, Firdaus tidak terus ke sekolah. Kami cari makan di Kampung Bugis. Tak perlu pergi ke tempat yang lebih jauh kerana Firdaus hanya ada masa selama 45 minit sebelum latihan bermula.
Firdaus : Roti Telur |
Amie & Encik Suami : Coto Kulit Ayam & Bakso Kulit Ayam |
Amie : Coto Kulit Ayam |
Coto Kulit Ayam, kuahnya sama dengan coto makassar. Ada kacang tanah kisar, dan kuahnya memang pekat. Bukan soto ye. Ada takan-rakan blogger yang selalu keliru antara coto dengan soto. Coto lain, soto tak sama dengan coto. Soto, kuahnya jernih. Coto, kuahnya pekat dan berwarna seperti dalam gambar di atas. Dalam semangkuk Coto Kulit Ayam, terkandung lontong, ayam carik dan hirisan kubis. Kulit ayam digoreng garing, dan rangup ketika dikunyah.
Encik Suami : Bakso Kulit Ayam |
Bakso Kulit Ayam mengandungi kulit ayam goreng, pentolan, bihun dan sayur kubis. Tambah enak apabila diperahkan jus limau kasturi, dan ditambah air lada.
Buras RM2.00 dua bungkus. |
Sebelum meninggalkan Warung Makan Malampek, sempat sambar buras! Terbayang-bayang makan buras dengan ayam palekko. Jadinya, petang tadi dapatlah melayan selera makan buras yang dibeli di warung tetapi masak ayam palekko di dapur sendiri.
Kopi Tenom : Yang bungkus putih tidak bergula. Yang bungkus emas ada gula. |
Sekian.
Cerita tentang kopi Tenom, meleret ke buras dan ayam palekko! Tak cukup lagi, mengungkit kisah makan roti telur, coto dan bakso pula!
Tadi kita bukan minum secawan kopi tapi tiga cawan! Rasanya lama sungguh tak hirup kopi panas. Sekali hadap tak cukup secawan! Lupa dunia. Lupa kalau malam nanti susah tidur sebab sudah terminum kopi! Esok kena bangun awal pagi. Kena hantar Firdaus ke sekolah. Encik Suami pula perlu ikut serta Gotong-Royong Madani di sekolah Firdaus. Amie? Esok kena turun ke sekolah juga. Ada tugas di sekolah sempena Karnival STEM!
Eh, hujan sudah berhenti rupanya.
7 comments
Sedap nampak menu-menu petang Amie... Nak sikittt....hehe...
BalasPadamMari sini Illya... terbang ke LD.
PadamSini dah 2 hari tak hujan Kak Amie... Sedap betul hirup kopi di kala hujan. Nikmat!
BalasPadamGood luck Firdaus 💪
Memang nikmat hirup kopi kan PH terutama waktu pagi dan di kala hujan.
Padamsini lps subuh td hujan lebat...
BalasPadamsedapnyaaaa baksoooo
Haaa... time hujan pun sedap makan bakso!
PadamKat sini pun selalu mendung dan hujan minggu ni. sejuk sikit. Datang Sabah kena cuba coto. Kat Malaya tak ada rasanya. Tudiaa sekali 3 cawan. Memang nikmat hirup kopi panas. Tanpa sedar kadang. hihi...
BalasPadam