Lo Mai Gai & Tart Comel
6:35 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini badan melekit, berpeluh-peluh balik dari aktiviti sukantara. Rasa hendak cepat-cepat sampai rumah supaya dapat bersihkan diri. Tapi kena isi perut dahulu di Geprek Kitchen dan dalam perjalanan pulang menyinggah pula di Garden Hut Bakery. Kononnya hendak membeli Lo Mai Gai @ Pulut Ayam. Tiba-tiba teringin pula hendak makan pulut waktu petang! Harap-harap masih adalah Lo Mai Gai.
Alhamdulillah. Lo Mai Gai idaman masih ada beberapa mangkuk, dan dalam keadaan panas. Amie beli dua mangkuk. Satu untuk Encik Suami dan satu untuk Amie sendiri. Untuk Firdaus, Amie belikan tart kegemarannya:
- Mini Cheese Tart
- UFO Tart
- Portuguese Egg Tart
Lo Mai Gai @ Pulut Ayam ini tidaklah susah sangat hendak menyediakannya. Agaknya kena tunggu mambang balik dari Tanah Jauhar, barulah boleh buat. Amie suka sangat aroma cendawan shiitake, apabila bertemu dengan kepingan isi ayam, ditambah halia dan kicap serta sos tiram! Sewaktu dikukus, memang timbul bau yang semerbak! Oh, Lo Mai Gai @ Pulut Ayam! Kenapalah engkau sedap sangat?
Lo Mai Gai @ Pulut Ayam RM4.50 X 2 = RM9.00 |
Tart yang comel-comel untuk Firdaus. Suka sangatlah budak kecil itu apabila balik dari sekolah, terus kita bawa ke dapur untuk makan tart! |
Portuguese Egg Tart RM2.80 sen |
Mini Cheese Tart RM1.70 X 3 = RM6.10 sen |
UFO Tart RM2.70 sen |
12 comments
Ditengok fotonya sedap sangat lah lo my gay nih. Sayangnya saya belum menemiuinya di Indonesia.
BalasPadamLo Mai Gai ini sejenis hidangan klasik dimsum.
PadamOhh ini pulut ayam versi lain ada cendawan. Saya dah terbayangkan pulut ayam Thai. hihi..
BalasPadamMurah juga harganya tu. Pemanis mulut yang comel, antara kegemaran saya.
Sedap nasi pulut ayam ni Fiza. Ikut tradisinya dibalut dengan daun teratai ketika dikukus.
Padamsedapnya kak oi.... lagi lah tgk yang portugese egg tart
BalasPadamSedap dan comel kan Dana.
Padamsedapnya pulut ayam... ufo tart tu menarikkkk
BalasPadamPulut ayam memang sedap, lagilah ketika masih hangat-hangat panas suap ke mulut.
Padamhmmm mana laa sy nak cari.pulut ayam kat sini...
BalasPadamBuat sendiri Anies hihihiiiii.
PadamManalah agaknya mambang sesat, di Tanah Jauhar pun tak ada ni, Kak Amie! 🤣🤣🤣
BalasPadamKe mana juga si mambang menyinggah. Nak kena rotan nanti si mambang hihihiii.
Padam