Resipi Mi Goreng Hati & Air Lada
10:24 PGBismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen.
Jemput sarapan bersama kami dengan menu Mi Goreng Hati & Air Lada dan minuman panas lo han kuo atau air mata kucing.
Mi Goreng Hati & & Lo Han Kuo |
Bahan-bahan untuk air lada:
- 11 tangkai cili padi
- 7 ulas bawang putih
- 9 biji limau kasturi - ambil jusnya
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu besar gula pasir
Cara:
- Masukkan cili padi, bawang putih, jus limau kasturi, garam dan gula ke dalam pengisar.
- Kisar hingga halus.
Oleh kerana lada yang dikisar agak pekat, Amie perahkan juas dari sebiji limau kapas. Limau kapas ini sekeluarga dengan limau nipis. Nampaknya air lada yang dihasilkan agak cair sedikit, tetapi jika ditambah lagi jus limau kasturi atau jus limau nipis, semakin cair semakin sedap rasanya!
Tambahkan jus dari sebiji limau kapas. |
Air lada yang agak pekat. Boleh tambahkan jus limau kasturi @ limau nipis untuk lebih cair. |
Resipi Mi Goreng Hati
Bahan-bahan:
- 500 gram mi kuning - rendam seketika dan toskan
- 300 gram hati ayam - bersihkan - potong ikut saiz yang disukai
- 200 gram kubis cina - hiris nipis
- 4 sudu besar kicap lemak manis Cap Kipas Udang
- 1 sudu kicap pekat
- 1 labu bawang besar - cincang
- 3 ulas bawang putih - cincang
- 4 sudu besar minyak
- garam / perasa pilihan
Bahan tambahan / hiasan:
- 1 cawan taugeh
- limau kasturi - belah 2
- hirisan cili hijau
Cara memasak:
- Panaskan minyak. Goreng bawang besar dan bawang putih hingga layu.
- Masukkan hati ayam. Kacau rata dan biarkan sehingga hati masak.
- Seterusnya masukkan sayur kubis cina dan mi kuning.
- Tuangkan kicap pekat dan kicap lemak manis.
- Gaul sebati dan tambahkan garam / perasa pilihan.
- Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.
- Ketika menghidang, taburkan taugeh, taburkan hirisan cili dan susun merata belahan limau kasturi.
Sedap pula makan mi goreng dengan taugeh mentah yang rangup. Ditambah pula dengan air lada yang penuh aroma limau kasturi dan limau kapas. Terasa manis, masin, masam dan pedas di bibir. Enaknya sarapan di pagi minggu dengan menghirup secawan air mata kucing panas! Alhamdulillah.
Cuma satu saja yang kurang di dapur Amie. Biasanya kalau di Sabah, mi goreng dihidang bersama semangkuk kecil sup kosong!
11 comments
Bismillah... terliur kita. Nak cuba juga. Terima kasih berkongsi resipi.
BalasPadamMemang nampak sedap
BalasPadamSelamat menjamu selera
Krap krap krup bila gigit tauge tu, sedapnya...
BalasPadamwahhhh tauheh tu sedapnya krup krapp krup krapp
BalasPadamgoreng hati okey... jangan makan hati!
BalasPadamwah hati goreng dlm mi n sambal asam limau pecah selera
BalasPadamAir lada tu menarik. Ingat nak cuba lah 😗
BalasPadamOh, belum pernah lagi goreng mee letak hati ayam. Makan dengan sambal lada pun tak pernah, sedap nampaknya tu lebih lagi ada air mata kucing panas, Kak Amie.
BalasPadamSha tak pandai makan hati.. kikiki.. tapi nampak mengancam sangat mee goreng tu..
BalasPadamDalam rumah saya ni saya sorang ja makan hati....Kadang kalau rasa teringin sangat goreng garing-garing ratah sengsorang...hihihi
BalasPadamSelaku penggemar taugeh, berselera tengok mi goreng kak Amie dengan taugeh mentah yang banyak macam tu. Lawan pula dengan air mata kucing panas.
BalasPadam