Sedapnya Sup Kepala Ikan Haruan Laut!
8:41 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini Encik Suami minta kita masak sup kepala ikan haruan laut @ haruan tasik. Kita masak sup kepala ikan haruan laut macam Bonda selalu masak kepala ikan baguk. Bezanya , kita tambahkan sedikit rempah sup supaya lebih beraroma sebab tidak ada daun sup. Bonda kita kalau masak sup ikan, mesti tumis bahan perencah terlebih dahulu, kemudian masukkan ikan hingga layu atau berubah warna. Seterusnya tambahkan air dan biarkan hingga mendidih.
Sedap pula isi kepala ikan haruan laut masak sup. Ditambah pula dengan sambal kicap! Puaslah meratah kepala ikan berdua dengan Encik Suami. Bahagian mata itulah yang paling sedap! Firdaus pula makan ikan batu goreng.
Sup Kepala Ikan Haruan Laut |
Sup Kepala Ikan Haruan Laut Sayur Campur Tumis Sos Tiram: Kacang Panjang, Sengkuang, Lobak Merah & Sotong Sambal Kicap Ikan Batu Goreng |
Citarasa dua generasi yang berbeza : Sup & Ikan Goreng |
Ikan Batu Goreng |
Sambal Kicap |
Sayur Campur Tumis Sos Tiram : Kacang Panjang, Sengkuang, Lobak Merah & Sotong |
Sup Kepala Ikan Haruan Laut |
Resipi Sup Kepala Ikan Haruan Laut
Bahan-bahan:
- 600 gram kepala ikan haruan laut - bersihkan
- 3 cm halia muda - hiris
- 3 ulas bawang putih - pecahkan
- 1 labu bawang besar - mayang kasar
- 1 batang serai - ketuk
- 2 biji tomato - belah empat
- 1 sudu kecil serbuk rempah sup
- 1 sudu besar lada putih - tumbuk
- 1 liter air
- 4 sudu besar minyak
- garam / perasa pilihan
Cara memasak:
- Panaskan minyak.
- Goreng bawang putih, bawang besar dan serai hingga terbit aroma.
- Masukkan serbuk rempah sup.
- Kemudian masukkan kepala ikan dan balik-balikkan sehingga layu atau berubah warna.
- Seterusnya tuangkan air dan biarkan kuah mendidih atau sehingga kepala ikan masak.
- Masukkan lada putih tumbuk, garam / perasa pilihan dan tomato.
- Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.
- Ketika menghidang, taburkan dengan hirisan daun sup / daun bawang / bawang goreng.
13 comments
Wak panggil ikan haruan tasik
BalasPadamTapi tak pernah beli atau makan lagi
Sama ye Wak nama haruan laut dengan haruan tasik.
Padamkenapa ada kepala je kak? mmg beli part kepala je ke?
BalasPadamSudah sedia dipotong, ada bahagian kepala dan bahagian isi. Boleh pilih. Beli juga bahagian isi tapi belum dimasak.
PadamSA pernah beli ikan siakap batu..x tau la sama species ngan ikan batu tu ke x ..haruan laut macam pernah makan..tapi dh lupa..sedapnya kepala ikan tu....
BalasPadamSiakap batu berkeluarga dengan ikan batu. Ikan batu pun macam-macam namanya.
PadamSedap makan sup ikan panas-panas. Berselera, ada sambal kicap pula. :)
BalasPadamMemang sedap Nur. Lagilah kalau ditambah daun sup dan bawang goreng! Naik aromanya.
PadamOhh haruan pun ada spesis laut jugak ye. Ingatkan ikan haruan sungai je. Sup ikan panas, ikan goreng dan sayur campur, menyelerakan sungguh lah Kak Amie.
BalasPadamAda Fiza. Tak ada bau hanyir macam haruan darat.
PadamSaiznya lebih besar dan panjang.
ni buat lauk utk org beranak boleh ke kak?
BalasPadamSedapnya jika cicah kicap tu, Kak Amie. Jika sy, tak mahu dah kuah² dari lauk lain, hihi
BalasPadamRasanya kalau kat semenanjung dikenali sebagai haruan tasik( hidupnya dilaut)
BalasPadam