Tongkeng Ayam Goreng Nestum & Ikan Haruan Tasik Masak Tempoyak

9:24 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Petang tadi, selepas solat Asar rasanya hendak rebahkan diri, lelapkan mata seketika sebab terasa letih. Namun begitu, gagahkan diri juga masuk dapur. Terngiang-ngiang di telinga setiap kali Firdaus pulang, pertanyaannya: Mommy sudah masak? Tidak sampai hati untuk jawab : Belum.

Firdaus suka makan nasi dengan ikan goreng, tetapi ikan kegemarannya sudah habis. Yang tinggal hanya dua ekor ikan kerisi. Kita pula hendak makan ikan masak singgang. Terpandang tongkeng ayam, rasanya hendak goreng saja. Tiba-tiba teringat petang kelmarin sewaktu Firdaus makan nasi dengan udang goreng nestum, budak kecil itu pesan lain kali kalau buat udang goreng nestum, bubuhlah nestum banyak-banyak!

Terfikir pula hendak buatkan Firdaus Tongkeng Ayam Goreng Nestum! Dalam keadaan kesepian di dapur, akhirnya siaplah hidangan makan malam kami. Sementara menunggu Encik Suami dan Firdaus pulang, sempatlah ambil gambar. Eh, banyak pula lauknya. Yang pasti, singgang ikan haruan tasik tak menjadi! Yang jadinya Ikan Haruan Tasik Masak Tempoyak.

Walaupun banyak lauk, tetapi tidaklah habis kami makan bertiga. Amie akan simpan sebahagiannya untuk dijadikan bekal ke tempat kerja. Bosan juga setiap pagi beli sarapan bihun goreng dengan ayam goreng! Bukan tidak ada makanan lain boleh dibeli, tapi entah kenapa setiap kali sampai ke warung, bihun goreng dan peha ayam goreng itu juga yang ditunjuk! Kantin? Tak usah cerita.

Esok pagi, Amie akan masak nasi. Ikan kerisi goreng memang berbaki seekor. Amie suka makan ikan kerisi goreng yang sudah 'menginap' satu malam. Sedap aromanya! Tak perlu dipanaskan semula. Tongkeng Ayam Goreng Nestum hanya tinggal nestumnya sahaja. Boleh ditemankan dengan ikan kerisi goreng. Daun salad dan tomato ceri serta sambal mangga boleh dibawa sama.

Firdaus hendak bawa bekal nasi kuning. Jadi, esok pagi kami akan singgah di warung Bandar Tabanak mencari bekal Firdaus.




Tongkeng Ayam Goreng Nestum

Ikan Haruan Tasik Masak Tempoyak

Ikan Kerisi Goreng

Daun salad crystal & tomato ceri.

Terung Goreng

Sambal Mangga

Ada masa nanti Amie kongsikan resipi Tongkeng Ayam Goreng Nestum. Malam ini kena tidur awal, cari tenaga baharu. Esok pukul 12:30 tengah hari kena hadir Dialog Prestasi Peperiksaan Sumatif Pertengahan Tahun Tingkatan Lima. Kebetulan pula, sebelah petangnya kita kena turun padang untuk melatih atlet rumah sukan yang akan bertanding minggu depan.


13 comments

  1. Woww... jadi pelbagai jenis masakan pula, seronok kalau tengok meja makan terhidang macam ni.

    BalasPadam
  2. Sentuhan Kak Amie tak pernah tak menjadi :)

    BalasPadam
  3. Terliur dengan sambal mangga tu.
    Bagus kak Amie ni, sibuk dengan hal kerja pun dapur tetap keluar macam-macam hidangan 💪🏼

    BalasPadam
  4. Kalau sy masak nasi lebih esok nak buat bekal tinggal dipanaskan. Tapi lauk² nya semua menggoda tu Kak Amie.

    BalasPadam
  5. tongkeng ayam goreng nestum rangup n sedap

    BalasPadam
  6. Sedapnya! Suka la, lauk masak tempoyak. Ada sambal mangga pulak tu. :)

    BalasPadam
  7. Masakan kak amie..x pernah x sedap..sentiasa menggoda selera

    BalasPadam
  8. sedapnyaaaaaaa haruan masak tempoyakkkkk👍👍👍

    BalasPadam
  9. Memang tak sampai hatilah nak cakap belum masak kan mommy. Seronoklah Daus dapat makan nestum lebih mommy letak banyak. Masak banyak bagus juga dapat bawa bekal. Betullah tu, hari hari menu sama memang jemu.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe