Makan-Makan Keluarga di Kampung

7:59 PTG

Bismillahirrahmanirrahaim.
Hari ini kami beraktiviti di sekolah sehingga tengahari. Rasanya kawan-kawan yang lain rasa letih sebab petang Jumaat melatih murid-murid di tengah padang untuk persediaan sukan tahunan pada 10 hari lagi. Dalam perjalanan pulang, terbaca mesej dari kampung Encik Suami ada seorang saudara meninggal dunia pada pukul 10 pagi. Jadi kami terus ke kampung untuk berziarah sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.

Setelah sampai ke rumah, Encik Suami beritahu kakaknya jemput ke kampung untuk makan-makan di sebelah petang. Jadinya, tak sempatlah hendak masak di dapur sendiri.

Sampai di kampung, sudah tersedia bubur kacang hijau dengan durian, bubur pulut hitam, sagu koktail, bihun sup, teh masala dan sebagainya.

Bubur Kacang Hijau dengan Durian

Bubur Pulut Hitam

Bihun Sup

Sagu Koktel

Kek Coklat

Kek Pisang

Minggu lepas, pada hari Ahad kami pun makan-makan keluarga juga di kampung. Adik ipar dan biras serta anak-anak buah yang masak. Kata Encik Suami, adik ipar panggil kami makan-makan buat doa kesyukuran setelah  Ummi Syazana selamat diijabkabulkan pada minggu sebelumnya. Ketika kami menjamu selera, pasangan pengantin baharu pun sampai setelah seminggu berbulan madi di Thailand.

Anak-anak buah dan biras masak nasi dengan pelbagai jenis lauk-pauk termassuk:
  • Ayam Palekko'
  • Kulit Ayam Goreng dengan Ubi Manis
  • Ikan Tenggiri Jeruk Goreng
  • Sayur Labu Masak Bening dengan Bayam & Kacang Panjang
  • Ayam Masak Lada Putih
  • Kari Daging Lembu
  • Roti Canai Homemade
Ayam Palekko'


Kulit Ayam Goreng dengan Ubi Manis

Ikan Tenggiri Jeruk Goreng

Sayur bening Labu Manis dengan Kacang Panjang & Bayam

Ayam Masak Lada Putih

Kari Daging Lembu

Roti Canai Homemade

Pada petang Jumaat, minggu lalu kami dijemput untuk minum petang pula. Anak buah sediakan Coto Makassar! Hidangan lain yang disajikan termasuklah lemang segera, daging masak kuah kacang, dendeng dan rendang daging.


Lemang segera makan dengan rendang dan dendeng daging serta daging masak kuah kacang.

Kita lebih tertarik untuk makan nasi dengan lauk ikan bawal goreng dan sayur bening labu manis dengan bayam. Maklumlah ketika itu baru baik demam, dan selera makan sudah datang!

Ikan bawal goreng.

Terima kasih Hasna, masak Coto Makassar yang sangat sedap!

Kuih Kocong Daun Pandan

Sewaktu malam berinai Ummi Syazana, kita masih demam tetapi kita gagahakan juga untuk hadir ke kampung. Macam-macam makanan dihidangkan. Kita terbuka selera untuk makan bubur dan sip tulang rusa. Sayangnya sewaktu duduk di meja untuk menyuap makanan, kita rasa kerusi meja semuanya bergerak! Kita pun rasa tak selesa dan rasa tidak stabil sewaktu berdiri. Barangkali ketika itu kita baru sahaja makan ubat dari rumah dan perlu berehat!

Bubur dan sup tulang rusa yang tidak sempat dijamah.

Sup Tulang Rusa

Akhirnya Fairuz terpaksa hantar kita pulang untuk berehat! Nampaknya sewaktu Ummi Syazana diijabkabulkan di hari kelmarinnya, malam berinai dan hari persandingannya pada keesokan hari, semuanya tidak dapat Amie hadiri. Sedih pula rasa sebab biras sudah berikan sepasang pakaian sedondon dan tiara untuk dipakai bersama ipar duai di majlis persandingan Ummi Syazana.

Seminggu kemudian, sekembalinya Ummi Syazana bersama suami dari berbulan madu, barulah dapat memeluk pengantin baharu!

7 comments

  1. Rezeki dapat jemputan makan. Sedap-sedap semuanya.

    BalasPadam
  2. warghhhhh sedapnyaaaa roti canai dpt cicah kari daginggggggg

    BalasPadam
  3. kalau selera belum berapa nak ada... memang makan lauk bening aje. kemam kemam telan

    BalasPadam
  4. Harap Kak Amie dah sihat seperti biasa ye...memang musim sekarang ni kak amie..sebab tu SA menjaga kesihatan supaya tidak terjejas masa majlis nanti

    BalasPadam
  5. Kalau tengah pening memang boleh berpusing dunia kak.

    BalasPadam
  6. Salam takziah.

    Banyak betul menu-menunya. Memang terbuka selera nak makan.
    Pening teruk tu kak Amie. Memang kena bawak berehat. Tak apalah, ada hikmahnya tu. Dapat juga bertemu pengantin walau lambat sikit.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe