Resipi Ayam Masak Kari Sedap Gaya Emak Mentua
7:50 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Petang tadi sempat masak sebelum Firdaus sampai ke rumah. Hari ini Firdaus mengikuti latihan choral speaking di sekolah rendah dan tamat pada pukul empat petang. Ketika masuk ke dapur, Firdaus hendak terus makan Ayam Masak Kari tetapi Amie suruh Firdaus mandi dan solat asar dahulu. Lagi pun nasi yang dimasak belum tanak.
Memang Firdaus tidak sabar untuk makan nasi lauk Ayam Masak Kari. Beberapa kali dia menambah nasi ke dalam pinggan dan berketul-ketul ayam serta kentang masuk dalam perutnya. Fuad pula menegur dari Penang. Katanya, masakan kari ayam air tangan Mommy tidak sama dengan kari ayam yang selalu dia makan. Memanglah tidak sama sebab kita masak ikut gaya arwah emak mentua! Yang penting, di akhir masakan perlu tuangkan jus limau nipis!
Ayam Masak Kari Gaya Emak Mentua |
Hidangan Makan Tengah Hari / Malam |
Sayur Kubis Cina Tumis dengan Udang |
Lama tak masak sayur kubis Cina. Sedap rangup rasanya.
Tambah ulam timun jepun, tomato ceri dan hirisan mangga air. Ada telur masin yang tak berapa masin, sambal belacan dan sambal tomato. |
Ulaman begin ditemankan dengan ikan goreng atau ikan bakar memang sedap! Tapi, kali ini tak ada ikan. |
Limau Nipis @ Limau Kapas |
Amie hanya gunakan jus dari separuh buah limau nipis kerana saiznya besar. Kalau limau nipis saiz biasa bolehlah gunakan sebiji. Itulah keistimewaan Ayam Masak Kari, masakan orang Cocos resipi tinggalan MIL yang digemari cucu-cucunya.
Resipi Ayam Masak Kari Sedap Gaya Emak Mentua
Bahan-bahan:
- 2 kepingan ayam sukuan peha - potong 8
- 2 biji kentang - kupas kulit - belah 4
- 4 sudu besar serbuk kari ayam / daging 888
- 1 cawan santan pekat
- 4 cawan santan cair
- 2 pelepah daun kari - lurutkan
- 4 sudu besar minyak
- garam / gula / perasa pilihan secukupnya
- 1 biji limau nipis - ambil jusnya
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 2 cm halia
- 1 labu bawang besar - hiris kasar
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis. Tumis hingga terbit aroma dan bawang besar menjadi kekuningan.
- Masukkan bahan kisar dan kacau rata, dan kemudian masukkan daun kari.
- Seterusnya masukkan serbuk rempah kari. Tambahkan sedikit santan cair dan perlahankan api dapur.
- Kemudian masukkan ayam, dan masak sehingga ayam menjadi layu atau berubah warna.
- Tuangkan lebihan santan cair dan masukkan kentang.
- Taburkan sedikit gula.
- Apabila ayam mula empuk, tambahkan santan pekat.
- Perasakan dengan garam / perasa pilihan secukupnya.
- Akhir sekali, tuangkan jus limau nipis. Kacau sekali dua dan padamkan api dapur.
Ayam Masak Kari Sedap Gaya Emak Mentua |
23 comments
Sedap-sedap nampak semuanya
BalasPadamTerima kasih Syaz.
PadamFirdaus sibuk sekarang dengan latihan choral speaking. Tak sabar nak tengok persembahannya. Yelah kan, mana nak sama masakan air tangan mommy yang sedap tu. Tambah sedap lagi guna resipi gaya emak mentua. Confirm sedap! Macam lama juga tak makan kubis cina tu. Sedap rangup.
BalasPadamSeronok sangat Firdaus terpilih ikut serta pertandingan choral speaking.
PadamSedap kubis cina tu Fiza, rangup!
Confirm sedap..
BalasPadamIn syaa Allah.
PadamKiranya limau nipis tu ganti air asam jawa lah kan.
BalasPadamSaya pun tak ingat masak kari bubuh asam jawa ke tak heheheh.. kadang masak dok campak2 je
Ya, betul tu Faizah. Mak mentua mesti nak guna jus limau nipis juga.
Padamgaya mak2 dulu mask. kari ni
BalasPadammemangg sedappp, mkn dgn ulam sambal x byk lauk pun xper
Ai tangan orang dulu-dulu memang tiada tandingan sedapnya kan Cik Nur.
PadamMenyelerakan!
BalasPadamKak Amie ni kreatif la, food presentation selalu wow 🤩
Hantam saja tu PH. Ikut mana yang ada hihihiii.
Padampekatnyaaaa kuah kariiii... sy suka kalau pekat2 mcm ni cicah dgn roti canai fuhhhh
BalasPadamMasak pelan-pelan dengan api sederhana. Sedap Anies. Malam tadi Firdaus makan lagi kari ayam cecah roti.
Padamsedap nya kak siap dengan segala sambal dan ulaman
BalasPadamItulah saki-baki yang ada dalam peti sejuk Dana, itu sikit, ini sikit hihihiii.
PadamSedapnya kari ayam...alaaaa...terus rasa nak masak kari ayam untuk bekal jugak....sedapnyaaaaa
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamMemang sedap SA.
Buat bekal dengan nasi atau roti pun ok.
Nampak sedapnyer
BalasPadamSelamat menjamu selera
ditambah jus limau nipis..sedapnya..
BalasPadamYg membezakan dgn resepi kari lain, perahan jus limau nipis. Kalau hari² Kak Amie masak macam ni, mesti Daus suka sangat nanti.
BalasPadamBau limau nipis bisa membangkitkan selera..telan ayaq lioq pulak..
BalasPadamLimau nipis tu menarik la tak ada biji
Itu caranya perah limau nipis di akhir masakan. Boleh cuba letak kalau ingat. Hehe.
BalasPadam