Petik Donut Peach Sweet Cap (Spain) di Jin Hua Cold Storage

8:05 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Mata mula rasa mengantuk. Seawal pukul empat pagi bangun tidur, sehingga sekarang belum merehatkan diri. Firdaus pula sedang membuat ulang kaji untuk persediaan peperiksaan di sekolah agama. Sambil menemani Firdaus hingga selesai mengulang kaji, kita pun tulis entri ringkas di sebelahnya.

Nampaknya demam donut peach belum lagi reda. Hari minggu, sekali lagi kami intai dan nampak donut peach di Jin Hua Cold Storage. Apabila tengok harga, Amie letakkan semula donut peach ke tempatnya. Kali pertama beli beberapa minggu lalu harganya RM19.95 sen 500 gram di sini: DONUT PEACH SPAIN YANG MANIS BERJUS DAN WANGI! Kali kedua jumpa donut peach di tempat yang sama, harganya RM35.90 sen 500 gram pula.

Kemudian kami ke kampung, dan sebelah petangnya dalam perjalanan pulang asyik teringat-ingat pula donut peach yang comel-comel itu. Sebelum belok jalan ke rumah, kami pergi semula ke Jin Hua Cold Storage dan terus petik buah donut peach itu tadi!

Donut Peach Sweet Cap (Spain)
RM35.90 sen 

Saiz donut peach kali ini agak kecil dan dalam sebungkus mengandungi enam biji seberat 500 gram.




Kalau dah kerap makan donut peach, lama-lama tidaklah teruja sangat hendak mencarinya. Dan harganya pun mungkin akan turun juga. Yang Amie suka, sudah tentulah aromanya yang wangi dan rasanya yang manis berjus. Setakat ini, dua kali beli memang dapat donut peach yang rasanya sedap. Mungkin banyak jenis donut peach. Itu yang kadang-kadang dengar, orang kata tak sedap. Kebetulan pula ada teman berebut makan iaitu Encik Suami dan Firdaus. Itu yang seronoknya.

Bentuk donut peach memang unik. Lain dari yang lain. 


Jom makan Donut Peach Sweet Cap

8 comments

  1. Ammi masih belum terjebak dgn peach kayangan ni lagi

    BalasPadam
  2. Ingatkan petik dr ladang td rupanya dr coldstorage... hahaha

    BalasPadam
  3. Senang sekarang ni, petik je di kedai hihi...
    Sy pun sama dgn Ammi, belum terjebak lagi. Sebab tak jumpa lagi kot hehe...

    BalasPadam
  4. dana lum pernah memetik lagi ni kak nk tunggu harga murah lagi heheheh

    BalasPadam
  5. SA dah beli dan dapat yang masam..terus tak rasa nak makan dah..kali ni ada yang viral lagi..donut peach kaler kuning plak

    BalasPadam
  6. nampak dah hari tu... mak aiiii mahal sgt... x pe laa sy beli cempedak dulu😀

    BalasPadam
  7. Sekali dah cuba pasti nak lagi. Saya pun macam nak memetik lagi. Sedap manis berjus dan wangi. Saya tak ada orang teman makan, encik suami tak suka. hihi..Sekarang banyak dah turun harga bawah RM20.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe