Sekeping Biskut Seribu Kenangan
8:26 PTGCikgu, saya masih ingat cikgu selalu bawa makanan untuk kami. Bla...bla... bla...bla!
Setelah Damian Lim berlalu, tiba-tiba kita rasa sebak. Menitik jugalah setitis dua air mata. Pada masa yang sama, terbayang satu persatu wajah-wajah bekas anak didik yang kini berada entah di mana-mana. Rasa rindu suasana ketika bersama mereka. Gurau senda. Marah-marah sayang. Semuanya datang silih berganti.
Amie selalu pesan supaya bawa bekal air kosong. Dan Amie juga selalu ingatkan supaya minum air kalau rasa mengantuk. Air kosong dapat melancarkan pengaliran oksigen dalam darah. Air kosong turut membantu membersihkan buah pinggang. Amie benarkan murid minum air kosong pada bila-bila masa di dalam kelas.
Kalau kelas bermula pada pukul 6:45 pagi, Amie akan masuk kelas pada pukul 6:30 pagi. Kalau kelas selepas rehat bermula pada pukul 9:45 pagi, Amie sudah berada di kelas pada pukul 9:30 pagi. Amie sengaja bawa makanan seperti biskut, kuih, coklat dan sebagainya. Sebelum kelas bermula, sesiapa yang hendak makan boleh ambil. Kadang-kadang kalau ada rezeki lebih, Amie tempahkan anak-anak murid Amie nasi lemak atau nasi kuning.
Tahun lepas, Amie perasan ada seorang murid yang sentiasa menanti Amie keluarkan makanan dari bakul yang selalu Amie bawa dalam kelas. Murid ini tidak pernah lulus dalam setiap peperiksaan walaupun peperiksaan percubaan SPM. Apa sahaja Amie bawa, dia mesti ambil dan makan termasuk pisang dan buah-buahan lain. Dia cukup berselera sewaktu makan. Melihat pakaian dan kasutnya yang lusuh, Amie tahu keluarganya bukan orang senang. Dan memang dia jarang ke kantin membeli makanan.
Butter Cookies & Teh |
8 comments
Senang ya rasanya melihat anak didik bisa lulus dan sukses...wah minum teh dan celup biskuit itu kebiasaan saya juga😀
BalasPadamBenar mbak. Rasanya, apabila anak didik lulus itulah puncak kegembiraan seorang guru.
PadamGuru guru yg baik Dan penyayang akan diingat Seumur hidup anak muridnya..
BalasPadamIn syaa Allah. Mudah-mudahan.
Padamkenapa laa kak amie ni x jd cikgu sy dulu... kan best hari2 dpt mkn biskut hahaha gurau je...
BalasPadammungkin 1 hari nnt dia dah berjaya dia pasti akn dtg kak amies... percayalah!
Mari daftar semula jadi murid hihihiii.
PadamOrang kata, berkongsi itu mengasihi. Jadi, semuanya untuk murid-murid yang dikasihi.
BalasPadamSebak pula membacanya kak Amie. Alhamdulillah..syukur anak murid kak Amie berjaya juga akhirnya. Berkat doa guru dan usaha murid.
BalasPadamSeronok jadi anak murid kak Amie. Semoga Allah limpahi rezeki berpanjangan dengan segala keberkatan buat kak Amie sekeluarga yang suka berkongsi rezeki. Aamiin...